Bab 35 : Minat Tersimpan Michi

113 27 36
                                    

Ianya merupakan hari perlawanan persahabatan kelab bola tampar Sekolah Tinggi Isaac menentang Sekolah Tinggi Ryoko. Walaupun ianya cuma perlawanan persahabatan, namun gayanya seakan-akan perlawanan sebenar. Dengan bunyi sorakan peminat dan seumpamanya.

Setelah selesai perlawanan persahabatan, mereka pun berjabat tangan antara satu sama lain. Menyempat juga mereka berkenalan antara satu sama lain. Masing-masing seperti sudah lama berkenalan.

Setelah itu, mereka pun hendak beransur pulang ke sekolah.

Michi : "Aaa.... Penatnya."

Shiba : "Jarang aku dengar kau cakap penat."

Michi : "Kau ingat aku ini, apa? Robot? Robot pun kadang perlu di cas."

Shiba : "Ahaha...."

Tiba-tiba, kedengaran bunyi seseorang menyeru mereka.

"Hei, kau!"

Masing-masing berhenti berjalan. Seraya mereka berpaling ke arah suara tersebut. Ianya seorang lelaki yang sangat segak berambut hitam di belakang mereka semua. Dia kemudiannya menunding jari ke arah Michi.

"Kau."

Michi hanya membuat muka peliknya.

Michi : "Kenapa dengan aku?"

Tenn : "Lupa nak kenalkan. Nama aku, Tenn. Kau ini mesti Michi kan?"

Michi : "Ye? Kenapa ini? Bagaimana kau boleh tahu nama aku?"

Tenn : "Hmm...."

Tenn melihat Michi dengan lebih dekat. Michi kemudiannya membelakangkan belakangnya untuk menjarakkan diri daripada Tenn. Mereka yang lain-lain membuat muka pelik dengan situasi itu. Apa yang Tenn ini nak dengan si Michi?

Neru : "Peminat ke?"

Shiba : "Rare ini...."

Tenn : "Kau tak macam yang aku bayangkan."

Michi kian membuat muka malasnya. Langsung tidak faham apa yang Tenn cuba sampaikan sebenarnya.

Michi : "Kalau kau tak ada apa-apa urusan dengan aku, aku nak pergi sekarang. Kaki aku pun terasa ringan sangat nak terbang dekat kau ini."

Tenn : "Hmm.... Sangat jauh daripada sangkaan aku. Macam mana budak dingin angin monsun barat daya ini boleh ada begitu ramai peminat?"

Masing-masing membisu setelah mendengar persoalan Tenn.

Neru : "Nanti dulu.... Maksudnya, dekat sekolah ini...?"

Belum habis Neru bercakap, Tenn sudah menyahutnya.

Tenn : "Aku merupakan calon ikonik sekolah ini. Jadi kebanyakan budak-budak yang menonjol di sekolah lain aku tahu. Macam dekat Sekolah Nusa High, calon ikoniknya Young."

Mendengar sahaja nama Young, mood Michi terus berubah.

Michi : "Apa masalah kau sebenarnya ini?"

Tenn : "Alright. Jadi aku tak ada pilihan. Ambil templat ini."

Lalu menyerahkan sehelai templat kepada Michi. Michi pun dengan perlahan melihat templatnya.

Neru : "Apa bendanya ini?"

Michi : "Iconic contest?"

Tenn : "Aah, ye. Kami akan melantik seorang calon pelajar ikonik bagi setiap sekolah yang ada."

White Truffle©Where stories live. Discover now