Ketika mana waktu sekolah, Ruelle bertemu dengan Michi secara berduaan.
Ruelle : "Urm.... Mitch. Kau nak temankan aku pergi beli barang dapur tak?"
Michi : "Hmm, kenapa ajak aku?"
Ruelle : "Nanti kalau aku ajak orang lain, kau cemburu pula. Lagipun, kau tahu sahaja kualiti barang-barang yang perlu di ambil berat."
Michi : "Mmm.... Okey. Kita naik kereta ye?"
Ruelle : "Aaa?"
Michi : "Papa aku ada di rumah sekarang. So kereta ada dekat rumah."
Ruelle : "Urm.... Mitch. Nak tak kalau kita pakai baju ikut tema?"
Michi agak terkaku dengan cadangan Ruelle. Agak sukar untuk dia mendengar permintaan begitu daripada Ruelle.
Michi : "Apa?"
Ruelle : "T... tak ada apa-apalah. Bye~"
Ruelle kelam-kabut berjalan pergi. Namun, Michi sempat memegang pergelangan tangannya.
Michi : "Kau nak aku pakai baju macam mana?"
Ruelle mula bermain-main jarinya malu.
Ruelle : "Aaa.... Aku... teringin nak tengok kau pakai baju yang cute. Macam dalam drama itu. Aku selalu tengok lelakinya comel sangat."
Michi : "Ahah.... Pengaruh drama kuat sangat kau ini."
Ruelle tersengeh kerang busuk dengan kenyataan Michi.
Michi : "Gaya comel? Hmm.... Okey. Kau nak aku ambil kau pukul berapa?"
Ruelle : "Urm, pukul 5.00 petang?"
Michi : "Okey. Kau tunggu dekat depan rumah kau. Nanti aku ambil kau ya?"
🌸🌸🌸
Petang berikutnya, Ruelle sudah bersiap dengan semua senarai barang yang hendak di beli. Ruelle menunggu Michi di hadapan rumahnya sepertimana yang di minta.
Beberapa minit kemudian, Michi tiba dengan sebuah kereta yang sangat mewah di hadapan rumah Ruelle. Ruelle terkaku melihat kereta yang begitu mahal itu. Dia dengan perlahan membuka pintu penumpang bahagian hadapan.
Alangkah terkejutnya dia melihat Michi nampak sangat lain. Dia memakai topi separuh kepala yang menonjolkan belahan rambutnya. Cermin mata bulat yang sangat comel dipakainya. Dia pula memakai jaket jean yang tak di butang menampakkan t-shirt putih didalamnya. Seluarnya pula jenis bergetah mengikut bentuk kaki berwarna putih.
Michi : "Aku nampak pelik ke?"
Ruelle membisu dan hanya menggelengkan kepalanya. Lantas dia terus duduk di tempat duduk penumpang di sebelah Michi.
Ruelle tidak memakai cermin matanya. Sebaliknya dia memakai kanta lekap yang menonjolkan kecantikan wajahnya.
Michi : "Kau pakai lens yang aku belikan itu ke?"
Ruelle hanya mengangguk dan tidak berkata apa-apa.
Michi : "Kenapa kau nampak awkward?"
Ruelle : "Ye ke? Aku nampak teruk sangat ke?"
Michi : "Bukan kaulah. Kau nampak cantik. Maksud aku, perwatakan kau itu."
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...