Bab 31 : Kemenangan Terulung

99 26 37
                                    

Ianya sudah tiba hari perlawanan bola tampar peringkat daerah. Pasukan Isaac High sudah berusaha sehabis baik untuk merebut gelaran juara. Kini pasukan lelaki Isaac High berjaya ke peringkat akhir dan mereka akan menentang musuh ketat mereka, Nusa High.

Kageru : "Kuatkan semangat semua."

Shiba : "Sangat jarang kita ke final dan menentang Nusa High."

Yuu : "Nishi High tarik diri. Itu yang Nusa High boleh lompat terus ke final."

Aki : "Kau orang. Buat yang terbaik."

Neru : "Aku takutlah!"

Kyu : "Neru. Buat yang terbaik!"

Neru terus terkaku melihat Kyu yang hadir pada pertandingan tersebut sedangkan dia bukanlah ahli kelab bola tampar. Kembang semangkuk Neru rasakan.

Neru : "K... K... Kyu...?"

Kyi : "Aku sengaja bawa dia untuk tolong bagi support dekat kau orang."

Kyu : "Jangan takut, Neru. Kau boleh buat!"

Muka Neru perlahan-lahan memerah sebaik sahaja Kyu memberikannya sokongan padu kepadanya. Mereka yang lain-lain hanya tertawa kecil melihat reaksi Neru.

Ruelle : "Kalau kau orang berani kalah tahun ini! Aku merit kau orang semua!"

Pasukan lelaki membuat muka terkejut dengan desakan Ruelle. Sampai macam itu sekali ugutan Ruelle.

Yuu : "Seriously?"

Michi : "Ahahah.... Bilalah kau ini nak berubah?"

Ruelle : "Terutama sekali kau!"

Lalu Ruelle menunding jari betul-betul di hadapan muka Michi. Michi hanya membuat muka selambanya. Seraya dia memegang tapak tangan Ruelle lantas disilangkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Ruelle membentuk 'pinky promise'.

Michi : "Aku janji yang kita orang tak akan kalah kali ini."

Nammy : "Mitch, jangan buat janji yang kau belum tentu dapat tunaikannya."

Michi : "Kau ragu-ragu ke?"

Nammy terus membisu dengan persoalan Michi.

Michi : "Aku serius sekarang ini. Aku dah muak setiap tahun asyik kalah dengan dia orang. Masa untuk kita tunjukkan dekat dia oran, yang anak kucing ini dah membesar menjadi seekor singa yang tak dapat dihentikan."

Kageru : "Yosh! Itulah semangatnya. Ayuh, semua! Kita kena menangkan ini."

Michi : "Oh, Ruelle. Kalau aku kalah kali ini, mungkin aku akan mengalah fasal kau macam yang kau pernah minta sebelum ini."

Lantas Michi dan lain-lain terus berjalan ke gelanggang. Ruelle sangat terkaku mendengar kata-kata Michi. Maka kedua-dua pasukan telah masuk ke dalam gelanggang.

Young : "Oh, kau lagi?"

Michi : "Kau ingat aku akan mengalah macam itu sahaja ke?"

Young : "Dengar sini, aku nak cakap sesuatu. Kau orang akan kalah."

Michi : "Aku tak akan biarkan benda itu terjadi lagi."

Young : "We'll see."

Maka perlawanan mereka pun bermula. Strategi baru dan semangat baru, kumpulan Isaac High bermula dengan sangat baik. Bola di lambung tinggi dan Shiba merejam bola tersebut cantik dan terus memasuki petak pihak lawan.

White Truffle©Where stories live. Discover now