Bab 28 : Kem Bola Tampar

92 27 34
                                    

Ianya hari kem bagi kelab bola tampar. Semua peserta sudah berkumpul kecuali macam biasalah seorang itu sahaja.

Ruelle : "Gragh...! Mana perginya budak ini?"

Shiba : "Dalam bas ke?"

Elise : "Teacher baru sahaja turun daripada bas. Tak ada orang pun dekat dalam bas."

Semenjak Cikgu Nagano di tangkap, Teacher Elise pula menggantikan tempatnya sebagai guru pembimbing kelab. Mereka semua sedang menunggu Michi yang masih lagi belum tiba di situ.

Tak lama selepas itu, Michi pun tiba di situ. Dia nampak sangat kelam-kabut dan kepenatan daripada berlari.

Michi : "Haah. Maaf, nenek aku punya fasallah ini."

Tercungap-cungap Michi cuba bercakap.

Shiba : "Nenek kau ada dekat rumah?"

Michi : "Ye. Entah dia mimpi apa entah nak datang."

Kyi : "Sengallah dia Ini...."

Elise : "Okey, semua berkumpul. Saya nak ambil kedatangan."

Selesai mengira kedatangan, mereka pun naik ke dalam bas. Akan tetapi pelajar lelaki adanya rancangan lain untuk dilakukan.

Neru : "Hei, Michi.... Kau sudahlah lambat. Kita orang dah prepare denda untuk kau."

Lalu pelajar lelaki tahun tiga kesemuanya sudah memandang Michi semacam.

Michi : "Aku bukannya sengaja pun nak lambat. Kalau nak denda, pergi denda nenek aku. Dia yang buat aku lambat."

Michi dengan selambanya berkata begitu dan hendak naik ke dalam bas. Namun pelajar lelaki tahun 3 tiba-tiba menghalang laluannya.

Neru : "Tak ada-tak ada...."

Maka bermulalah denda yang mengazabkan buat Michi.

Michi : "Wargh! Apa yang kau orang cuba buat ini?"

Neru : "Denda untuk kaulah."

Pelajar perempuan kesemuanya sudah terkejut besar apabila melihat situasi tersebut. Neru dan beberapa pelajar tahun tiga nakal lain tiba-tiba membuka baju jersi Michi. Terpampanglah badan Michi yang tersusun six packnya.

Neru : "Siapa nak jersi Senior Michi?"

Michi : "Woi!"

Pelajar perempuan mulai tidak keruan dengan situasi tersebut.

Neru dengan tidak bersalahnya, melemparkan jersi Michi. Akan tetapi manusia yang menangkapnya ialah Ruelle. Muka Ruelle sangat marah melihat mereka yang membuat onar. Terkesima kesemua mereka yang berada di situ.

Ruelle : "Semua masuk dalam bas sekarang!"

Masing-masing gerun dengan Ruelle yang telah bertukar menjadi singa. Kelam-kabut kesemua mereka masuk ke dalam bas. Tinggallah Michi dan Ruelle yang masih lagi berada di luar bas.

Ruelle : "Kau pakai baju kau ini!"

Michi : "Okey."

Michi mencapai baju jersinya yang berada di dalam tangan Ruelle dan disarungnya kemas pada badannya..

Michi : "Tak fasal-fasal pagi ini aku dah buat free show."

Ruelle : "Kenapa kau tak bertindak apa-apa?"

White Truffle©Where stories live. Discover now