Ianya sudah merupakan tahun baru dan sudah tiba masanya untuk para pelajar kembali ke sekolah. Seperti biasa, mereka akan mengadakan perhimpunan rasmi untuk meraikan pelajar kembali ke sekolah dan ucapan selamat datang kepada pelajar tahun satu oleh pengetua sekolah.
Shiba : "Michi!"
Michi : "*Yawn.... Lamanya pengetua berucap. Aku dah tersengguk-sengguk ini."
Shiba : "Ahahah...."
Boleh pula Michi tidur masa pengetua tengah berucap. Tidur berdiri pulanya tu. Hebat sungguh dia ni.
Neru : "Mitch!"
Neru pantas menepuk Michi padu. Terkejut Michi dibuatnya.
Michi : "Apahal?"
Neru : "Ucapan president~"
Neru sengaja mengusik Michi.
Michi : "Aaa.... Biarlah dia. Aku nak tidur dulu...."
Ruelle sedang memberikan ucapan untuk meraikan pelajar tahun satu. Sebaik sahaja Ruelle ternampak Michi tidur dengan lenanya, dia mula mendapat idea nakal.
Ruelle : "Untuk memupuk adik-adik supaya gigih belajar, di jemput best student Isaac High untuk memberikan sepatah dua kata."
Terus segar mata Michi pada ketika itu. Shiba dan Neru menepuk tangan seronok mengenakannya.
Michi : "Tak kelakar. Aku tak ada tekslah!"
Ruelle : "Aku pun tak ada teks."
Michi hanya membuat muka geram. Manakala Shiba dan Neru tidak henti-henti ketawa kecil disebelahnya. Michi pun terkial-kial berjalan ke atas pentas.
Michi : "Sebelum itu, saya nak ucapkan selamat kembali ke sekolah dan tahniah bagi pelajar tahun satu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke sini. Saya Michi, pelajar tahun tiga kelas A mengalukan kedatangan kamu semua ke Isaac High. Urgh...."
Michi kemudian memandang Ruelle tiada idea nak cakap apa. Ruelle hanya tersenyum sinis melihat Michi yang kebuntuan idea di situ. Michi sudah mengangkat buku limanya ke arah Ruelle.
Shiba dan Neru masih ketawa terbahak-bahak di tempat duduk mereka dengan gelagat dia orang pasangan secucuk itu.
Michi : "Oh! Selamat maju jaya dalam meningkatkan gred sekolah. Sama-sama kita berusaha gigih demi mencapai matlamat diri dan sekolah. Sekian terima kasih."
Michi lekas menarik Ruelle ke belakang pentas sebaik sahaja perhimpunan rasmi mereka tamat.
Michi : "Kau memang sengaja kan?"
Ruelle : "Siapa suruh tidur?"
Michi : "Aku mengantuk. Kau tak boleh berucap panjang lagi ke?"
Michi dengan lantangnya menyindir Ruelle. Ruelle juga kembali mengenakannya.
Ruelle : "Boleh. Kau duduk sini aku nak sambung berucap."
Michi : "Tak nak...."
Ruelle : "Pleaselah. Kita dah senior. Tunjukkanlah contoh yang baik sedikit."
Michi : "Tak cukup ke dengan aku jadi best student? Oh, sekejap.... Aku rasa selepas ini, aku kena mohon organisasi pelajar macam kaulah. Baru boleh jadi contoh terbaik kan?"
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...