Setibanya mereka di puncak gunung, ianya sebuah pemandangan yang sangat cantik.
Ruelle : "Cantiknya pemandangan."
Michi : "Cantik? Aku dah bosan dah tengok pemandangan ini."
Neru : "Sebab kau dah duduk sini lainlah cerita."
Michi : "Okey, kita dah sampai. Cepat turun."
Mereka pun turun dari kereta dengan baju tebal masing-masing. Udara segar di puncak gunung itu sangat menaikkan semangat mereka.
Michi : "Sekejap ye? Aku nak kena survey bilik dengan nenek aku dulu."
Mendengar sahaja keterangan Michi, Ruelle terus meletup bagaikan bom atom di Nagasaki.
Ruelle : "Nanti? Kau tak survey dengan nenek kau lagi ke?"
Michi : "Aku ingatkan nak cancel ekspedisi ini. Tapi fikirkan kau orang beria sangat. Tak sampai hati pula."
Macam biasa, jawapan Michi sangat selamba. Dia tak tahu rakan-rakannya dah bersedia untuk menerkamnya.
Kageru : "Aku rasa nak tendang budak Michi ini jatuh gaung tau!"
Michi : "Aku bergaduh dengan nenek aku sejak tahun lepas."
Aki : "Lamanya. Mungkin kau patut minta maaf. Dia mesti tak marah dah itu."
Michi : "Nenek kau mungkin macam itu. Tapi nenek aku ini lain sedikit. Haiz.... Aku cuba dulu? Harap-harap berjalan lancarlah."
Michi pun berjalan masuk ke dalam pejabat pengurusan rumah inap tersebut. Tak lama selepas itu, kedengaran bunyi jeritan yang sangat lantang dari dalam bilik pejabat itu. Kesemua mereka sangat terkejut mendengar bunyi tengkingan yang cukup menakutkan.
Shiba : "Michi! Kita kena tolong dia."
Kyi : "Kau tak dengar ke bunyi itu?"
Neru : "Mampus kalau kita masuk sekali."
Shiba : "Tapi kalau dia gagal, kita terpaksa batalkan semua ini. Kau orang dah sampai sejauh ini, tak akan nak patah balik?"
Ruelle : "Kalau macam itu, jomlah!"
Lantas mereka bergerak masuk ke dalam pejabat urusan. Michi kini sedang teruk dimarahi oleh neneknya. Yang paling mengejutkan, nenek Michi kelihatan sangat muda.
"Maaf, ada apa-apa yang saya boleh bantu?"
Nenek Michi menyapa mereka yang lain-lain dengan penuh mesra.
Shiba : "Kami ini... kawan Michi."
Nenek Michi kembali kepada mood marahnya apabila mengetahui bahawa mereka itu ialah kawan Michi. Kesemua mereka mula ketakutan melihat wajah menakutkan nenek Michi yang berubah secara drastik.
Michi : "Nenek. Jangan nak babitkan dia orang pula."
"Kamu yang babitkan dia orang! Cucu tak guna."
Nenek Michi sepintas lalu menyekeh kepala Michi. Namun Michi hanya mampu membisu dan pasrah di pukul oleh neneknya.
🌸🌸🌸
Kemudian, mereka semua berkumpul di ruang menunggu untuk berbincang setelah nenek Michi mula bertenang.
Nek Sue : "Saya nenek Michi dan kamu semua boleh panggil saya Nek Sue."
YOU ARE READING
White Truffle©
RomantizmGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...