Ianya sehari sebelum hari merentas desa sekolah tiba. Senarai nama rumah sukan mereka telah di tampal di papan kenyataan sekolah. Maka masing-masing berpusu-pusu untuk melihat ahli rumah sukan masing-masing.
Kyi : "Alaa.... Kali ini kita tak sama rumah sukanlah, Ruelle."
Ruelle : "Hmm.... Sekurang-kurangnya rumah sukan aku ada atlet balapan, Shiba."
Kyi : "Oh, yeah? Rumah sukan aku ada Michi."
Ruelle : "Kau ambillah dia. Tak kuasa aku. Yang pasti, aku tak akan belas kasihan dekat kau!"
Kyi : "Aku pun tak akan mengaku kalah!"
Api mula menyala dalam perbualan Kyi da Ruelle. Tanpa mereka sedari, mereka telah menarik perhatian pelajar lain yang turut sama berada di situ.
Michi : "Aku tak faham apa yang perempuan ini selalu fikirkan?"
Shiba : "Ahahah.... Biasalah itu. Bila kali terakhir kita pernah serumah sukan ye?"
Michi : "Pernah ke? Aku rasa tak pernah."
Shiba : "Pernah. Time kita tahun satu. Selepas itu, semua komplot tak bagi kita satu rumah sukan lagi."
Michi : "Memanglah.... Asyik muka kita sahaja yang masuk acara. Masuk acara, dapat nombor pula itu? Kau tak rasa berasap rumah sukan yang lain?"
Aoi : "Michi! Kita satu rumah sukan."
Aoi dari belakang menyapa Michi yang sedang khusyuk berborak dengan Shiba.
Michi : "Ye ke? Aku tak perasan nama kau pun?"
Aoi : "Adalah.... Pernah ke selama ini kau tengok papan kenyataan itu?"
Aoi sudah membuat muka malasnya ke arah Michi. Memang selama ini, Michi tak pernah nak melihat papan kenyataan tersebut. Hanya mengarahkan orang untuk tengokkannya sahaja.
Michi hanya tersengeh kerang busuk mendengar kata-kata Aoi yang sudah cukup kenal dengan perangainya.
Shiba : "Aku satu kumpulan dengan Kageru. So lepas ini, dia suruh kita orang berkumpul."
Michi : "Okey."
Lantas Shiba mengatur gerak kakinya berjalan pergi dari situ. Tinggallah Michi dengan Aoi di situ.
Michi : "Jadi siapa sahaja dalam kelas kita yang sama rumah sukan dengan kita?"
Aoi : "Aaa.... Aku pun tak berapa perasan sebab ramai sangat tadi. Yang pasti ada nama kau dan cik naib president."
Michi : "Kau pasti ke?"
Michi sudah berkerut dahi mendengarnya gelaran yang keluar dari mulut Aoi. Cik naib president yang dimaksudkan ialah Lian. Dia sering digelarkan sebagai putera di sekolah kerana perwatakannya yang sangat high class. Dia juga merupakan naib president pelajar tahun 2. Pangkat kedua tertinggi dalam organisasi selepas Ruelle.
Jangan di seru namanya jikalau enggan bertemu. Suara manusia yang sangat enggan mereka temui kini menyapanya.
Lian : "Hei, kau orang berdua."
Michi dan Aoi secara serentak sudah mula berkerut dahi medengar suara Lian.
Lian : "Kita ada meeting sekejap lagi. Lekas gerak."
Mereka tidak berlengah masa terus ke lokasi perjumpaan yang telah ditetapkan.
Lian : "Okey, sekarang ini. Warna tema kita adalah warna kuning. Sesiapa ada idea untuk maskot kita?"
YOU ARE READING
White Truffle©
Любовные романыGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...