Pada keesokan paginya, Michi tidak hadir ke sekolah. Seperti kebiasaannya apabila ketiadaan Michi, para pelajar di dalam kelas mulai menggila.
Nammy : "Uwargh.... Kenapa Michi tak datang ini?"
Shiba : "Ruelle?"
Pantas Shiba memandang ke arah Ruelle yang serba tahu tentang perihal Michi.
Ruelle : "Kenapa tanya aku?"
Shiba : "Kau yang ada dengan dia semalam."
Ruelle : "Dia demam agaknya?"
Shiba : "Aaa.... Kalau dia demam, petang ini mesti dia dah baik."
Nammy : "Ye. Si Michi itu cepat betul baik kalau dia sakit. Sampai orang panggil dia raksasa. Ahahah...."
Shiba : "Antibodi dia sangat kuat."
🌸🌸🌸
Petang berikutnya, Ruelle bertekad ke rumah Michi untuk melawatnya. Dia pun mengetuk pintu rumah Michi dengan perlahan. Akan tetapi, tiada sebarang sahutan daripada tuan rumah.
Ruelle : "Peliknya? Hmm...."
Lalu Ruelle tiba-tiba terdetik hendak memutarkan tombol pintu rumah Michi itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati pintu rumah Michi tidak berkunci.
Ruelle : "Tak berkuncilah. Eh, macam pencurilah pula main masuk sahaja...."
Pada awalnya Ruelle hanya menjenguk menerusi pintu rumah Michi.
Ruelle : "Hello.... Ada sesiapa dekat rumah? Michi? Fio? Uncle? Auntie?"
Melihatkan tiada sebarang sahutan daripada tuan rumah, Ruelle pun perlahan-lahan hendak masuk ke dalam rumah Michi.
Ruelle : "Hello?"
Seraya Ruelle pantas mengorak langkah naik ke bilik Michi. Dengan perlahan dia membuka pintu bilik Michi. Michi sedang baring di atas katil dengan berselimut.
Ruelle : "Mitch?"
Sejurus itu, Ruelle menghampiri Michi. Alangkah terkejutnya, muka Michi sangat merah dan badannya sangat panas.
Ruelle : "Mitch! Badan kau panas sangat ini!"
Michi perlahan-lahan membuka kedua-dua belah matanya.
Michi : "R... Ruelle...."
Ruelle : "Sekejap. Aku pergi ambilkan kain lembap untuk kau."
Secara rawak, Ruelle berjalan keluar dari bilik Michi. Dia kemudiannya kembali dengan gayung berisi air dan sehelai kain. Lalu dia membasahkan kain tersebut dan diletakkannya di atas dahi Michi.
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...