Hari berikutnya, kesemua ajkt kelab bola tampar memulakan misi untuk menangkap Cikgu Nagano. Perancangan yang kemas sudah pun di rancang mereka.
Ruelle membuat surat aduan kepada pihak pentadbir tentang perihal Cikgu Nagano. Kageru pula cuba berbaik-baik dengan Cikgu Nagano untuk mengorek rahsianya. Sementara yang lain-lain, cuba untuk memujuk sokongan daripada guru-guru lain.
🌸🌸🌸
Petang itu, kesemua ahli kelab bola tampar sedang berlatih seperti biasa. Akan tetapi Cikgu Nagano tiada pun di situ untk memantau aktiviti mereka.
Michi : "Kau tengoklah. Mana dia nak pantau kita buat training."
Neru : "Siapa yang kau maksudkan ini?"
Shiba : "Cikgu Nagano."
Lama kelamaan, Michi mendapat idea gila.
Michi : "Aku nak pergi usha dia."
Shiba : "Michi."
Michi terus bergegas ke bilik Cikgu Nagano untuk meneruskan rancangan gilanya.
Shiba : "Michi...."
Michi : "Kenapa kau ikut?"
Shiba : "Aku risau."
Michi : "Kalau macam itu, tak payah ikut aku."
Shiba : "Aku risaukan kaulah."
Michi : "Hmm.... Sekejap sahaja. Lepas itu, kita balik semula."
Shiba : "Janji ye?"
Dengan perlahan Michi mengangguk mengiakan perjanjian Shiba. Lantas mereka memandang pintu bilik cikgu Nagano setelah tiba di situ.
Michi : "Tak ada kasutlah."
Shiba : "Oh, tak Michi.... Jangan...."
Pucat wajah Shiba cuba mengagak apakah tindakan Michi seterusnya.
Michi : "Aku nak masuk."
Shiba terus menepuk dahi setelah apa yang disangkakan menjadi kenyataan.
Michi : "Kau bawa phone tak, Shiba?"
Shiba : "Bawa."
Michi : "Kau duduk dekat luar. Kalau kau nampak cikgu Nagano, kau sms aku atau tak bagi apa-apa isyarat."
Shiba : "O... okey...."
Dengan itu, Michi terus masuk ke dalam bilik Cikgu Nagano secara senyap-senyap. Dia kemudian, menyelongkar satu demi satu dokumen yang terdapat di atas meja Cikgu Nagano. Namun dia tidak menemui satu benda pun yang membolehkan dirinya menahan Cikgu Nagano.
Michi : "Mesti ada sesuatu yang dapat membuktikan Cikgu Nagano ini bersalah. Mana ini...? Tak ada ke? Mesti ada ini.... Dekat mana?"
Sementara Shiba yang mengawal di luar, dia hanya duduk dan tak buat apa-apa. Jantungnya berdegup kencang sebaik sahaja manusia yang dibayangkan kini berada dibelakangnya.
Nagano : "Hei? Kau bukan dari kelab bola tampar ke?"
Shiba serta merta berkerut dahi disertai dengan peluh dingin menyelaputi dahi. Namun dia cuba sedaya upaya untuk mengawal kepanikannya di hadapan cikgu Nagano.
Shiba : "Y... ye saya, cikgu."
Nagano : "Kau buat apa dekat sini? Tak buat latihan ke?"
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...