Setelah Michi dan Ruelle menjalinkan ikatan perkahwinan, Michi menjadi semakin sibuk dengan kerjayanya sebagai CEO syarikat milik ayahnya. Dia juga telah menukar nama syarikat tersebut kepada MRC Yakni Michi-Ruelle Company. Dalam masa yang sama, mereka kini tinggal di sebuah rumah banglow mewah dua tingkat di tengah-tengah bandar.
Ruelle : "Aaa.... Bosannya duduk rumah ini!"
Ruelle hanya menghabiskan masanya dengan duduk di rumah sementara Michi keluar bekerja untuk menyaranya.
Ruelle : "Aku nak kerja... tapi...."
Seraya Ruelle mendongakkan kepalanya memandang siling rumahnya mengenangkan kata-kata Michi.
🌸🌸🌸
Michi : "Kau jangan nak mengada. Kau duduk sahaja di rumah. Kau ingat aku kerja tak bergaji ke tak mampu nak tanggung kau?"
🌸🌸🌸
Mengimbau kata-kata tegas Michi, Ruelle kian membuat muka pasrahnya. Lantas dihempasnya kasar punggungnya di atas sofa.Ruelle : "Eee! Aku stress betullah duduk rumah ini seorang-seorang. Dia pula jarang ada dekat rumah. Pergi kerja pagi-pagi buta, balik tengah-tengah malam. Aaa...! At least, carikanlah aku hobi baru untuk di buat!"
Hati yang membara Ruelle hanya dapat diredakan dengan iklan jualan pakaian berjenama di laman sesawang mayanya.
Ruelle : "Eh! Ini baju edisi terhad itu kan? Pay!"
Pantas Ruelle menekan butang bayar yang tertera pada kaca telefon bimbitnya.
Disebabkan Ruelle begitu bosan, itulah rutinnya hampir setiap hari. Bukannya dirinya sedar bahawa itu adalah hobi barunya di rumah. Menggayakan suaminya seorang pengurus syarikat, maka Ruelle tidak berapa kisah berapa nilai pakaian dan barangan yang dibelinya.
Setelah puas Ruelle menelaah telefon pintarnya, dia kembali bermenung sendiri. Siling rumahnya di renung ibarat mahu berlubang dibuatnya.
Ruelle : "Sudah seminggu dan aku rasa macam aku ini masih lagi bujang. Huhuhuh.... What ever. Aku bosan. Jadi aku nak keluar jalan-jalan sekejap. Pergi shopping pun okey juga."
Akibat masih tidak berpuas hati dengan hari yang cukup membosankan, Ruelle bersiap untuk ke pusat membeli-belah seperti yang diperkatakan dengan menaiki teksi. Mujurlah Michi tidak menyekat dirinya daripada keluar dari rumah.
🌸🌸🌸
Lima belas minit masa diperuntukkan untuk dia tiba ke lokasi. Justeru Ruelle mengorak langkah ke mesin pengeluaran tunai untuk memeriksa baki kad kreditnya.
YOU ARE READING
White Truffle©
Storie d'amoreGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...