Bab 8 : White Day

123 28 19
                                    

Ketika mereka di sekolah, kelab bola tampar wakil sekolah berlatih seharian sebagai persediaan untuk pertandingan peringkat daerah yang akan menjelang beberapa minggu lagi.

Tagawa : "Tangkas lagi! Kenapa lemau sangat itu?"

Masing-masing berlatih bersungguh-sungguh tanpa mengira penat dan lelah. Sehinggalah pada waktu petang berikut, kesemua mereka kelesuan.

Neru : "Aku dah tak rasa kaki aku lagi."

Shiba : "Kau tak rasa yang tangan aku dah lebam ini?"

Masing-masing kepenatan setelah seharian berlatih tanpa henti.

Michi : "Hei, Ruelle. Tolong hulurkan botol air aku dekat sebelah kau otu."

Ruelle : "Ambillah sendiri. Tak ada kaki ke?"

Michi hanya membuat muka malasnya. Jawapan Ruelle langsung tidak menyenangkan hati Michi yang telah penat berlatih.

Michi : "Tolonglah. Berkiralah dia ini...."

Ruelle pun menghulurkan botol Michi kepadanya.

Ruelle : "Mengada betul."

Michi : "Hei, Ruelle. Kau nak apa-apa tak untuk white day hari ini?"

🌸🌸🌸

White day lebih kurang sama dengan valentine. Cuma kali ini, lelaki yang bagi sesuatu kepada perempuan.

🌸🌸🌸

Ruelle : "Tak nak."

Michi : "Apa kata kalau kita keluar?"

Ruelle : "Tak nak!"

Michi : "Kau tak sudi nak keluar dengan aku ke?"

Ruelle : "Tak. Langsung tak."

Michi : "Kau ini kejamlah."

Ruelle : "Buat membazir duit kau sahaja."

Michi : "Tak ada. Aku nak bawa kau keluar juga time White day ini. Jumpa aku pukul 4 petang lepas sekolah dekat depan rumah kau. Bye~"

Ruelle : "Woi? Aku tak decide pun lagi!"

Michi : "Ianya adalah muktamad."

Ruelle terus membuat muka tidak bermaya. Tidak fasal-fasal dia terpaksa keluar bersama Michi.

🌸🌸🌸

Pada hari kejadian, Ruellelah yang menjadi orang paling huru-hara sekali.

Ruelle : "Wargh...! Aku nak pakai baju apa ini?"

Kekecohan Ruelle telah menarik perhatian kakaknya, Rosette.

Rosette : "Apa yang bising-bising itu? Bergegar rumah ini."

Ruelle : "Urm.... Saya tak tahu nak pilih baju untuk di pakai petang ini."

Rosette : "Kau nak ke mana?"

Ruelle : "Keluarlah."

Rosette : "Dengan siapa?"

Ruelle : "Dengan kawan."

Rosette : "Tak. Kau selalu dengan kawan tak ada sibuk-sibuk macam ini. Ini mesti pergi dating."

Rosette sudah dapat membaca perilaku adik perempuannya itu.

Ruelle : "Mana ada. Kita orang just nak makan angin je..."

White Truffle©Where stories live. Discover now