Michi : "Ruelle.... Aku sukakan kau. Nak tak kau jadi girlfriend aku?"
Ruelle : "M... Mi-chan...."
Michi dan Ruelle semakin rapat dan mereka hendak berciuman antara satu sama lain. Akan tetapi suatu tragedi berlaku kepadanya.
'Bukk!'
Michi terjatuh dari katil. Ianya hanyalah mimpi semata-mata. Nasib baiklah ianya bukan katil double decker. Kalau tidak, mahu ke hospital jawabnya.
Michi : "Adedeh.... Sakitnya...."
Pada masa itu juga, adiknya memasuki bilik untuk mengejutkannya.
Fio : "Eeeh? Mak! Ada cempedak jatuh! Cempedaknya dah busuklah, mak!"
Michi : "Urgh."
Begitulah pagi Michi sebelum dia ke sekolah. Nasiblah ianya adik. Kalau tidak, sudah lunyai dikerjakannya. Pagi-pagi lagi sudah buat perangai.
🌸🌸🌸
Di sekolah pula, ianya merupakan hari valentine dan budak perempuan di sekolah tak putus-putus memberikan Michi coklat. Mengalahkan bintang popular gayanya.
Shiba : "Bestnya, Michi...."
Neru : "Aku pun nak coklat."
Shiba : "Relaxlah. Nanti selepas habis sekolah, kitalah tukang perhabiskan coklat dia."
Neru : "Bukan. Kau tak faham. Perasaan apabila ada orang-?"
Belum habis Neru bercakap, terdapat seorang pelajar perempuan tahun satu datang memberikan Shiba coklat valentine.
"Terimalah coklat daripada saya, Senior Shiba."
Terkejut besar mereka berdua. Ini kali pertama dalam sejarah, Shiba mendapat coklat. Walaupun hakikatnya, Shiba juga merupakan seorang yang agak terkenal di sekolah. Namun populariti Michi memonopoli kesemua perhatian warga sekolah. Sampai macam itu sekali populariti Michi.
Shiba : "Oh. Terima kasih. Siapa nama awak?"
"Nama saya Lila. Kelas 1-A. Saya... saya... sa...."
Tergagap-gagap perempuan itu hendak meluahkan perasaannya kepada Shiba. Shiba terus mengusap kepala Lila yang tergagap-gagap hendak meluahkan perasaan kepadanya.
Shiba : "Tak perlu paksa diri kamu. Kalau kamu dah cukup keberanian, baru kamu boleh cakap. Terima kasih, Lila-chan."
Muka Lila terus berubah menjadi merah padam tambahan lagi melihat senyuman segak Shiba. Dia terus tertunduk dan berjalan pergi dengan penuh sopan.
Neru : "Wah! Untungnya kau orang...."
Shiba : "Eheheh, comelnya budak itu."
Sudah mulalah ulat bulu Shiba merangkak ke kaki.
Neru : "Kau jangan cakap yang kau nak date dengan dia pula?"
Shiba : "Nuh-uh. Aku tunggu sahaja. Perempuan ini pelik-pelik sedikit. Sekejap kata lain, sekejap kata lain. Kalau dia dah confess nanti baru aku decide."
🌸🌸🌸
Pada waktu rehat, seperti kebiasaannya Michi, Shiba dan Neru akan berehat bersama-sama di tempat lepak biasa mereka.
Shiba : "Kau dah dapat satu beg coklat dalam masa sebelum rehat itu, Mitch?"
Michi : "Aku penatlah. Ingat ini fan meeting event ke? Aku rasa nak buang sahaja coklat dia orang semua."
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...