Bab 54 : Tragedi Krismas

96 27 31
                                    

Selepas daripada perjumpaan mereka itu, Ruelle dan Michi kembali terpisah. Masing-masing kembali membawa haluan masing-masing.

🌸🌸🌸

Sehinggalah sehari sebelum perayaan Krismas, Ruelle baru sahaja selesai peperiksaan. Dia berjalan keluar dari dewan peperiksaan dengan penuh longlai.

"Ruelle, kau sambut Krismas dengan boyfriend kau ke?"

Ruelle : "Urm.... Aku tak pasti. Dia sangat sibuk sebenarnya."

"Lah.... Ye ke? Baru nak buat double date dengan kau. Liam ajak aku pergi tengok pokok Krismas dekat tengah-tengah bandar itu."

Ruelle : "Hmm.... Tak apalah, Sassy. Kau pergi sahajalah date dengan boyfriend kau. Aku okey sahaja ini...."

"Mesti sunyi kan, sambut Krismas seorang-seorang?"

Ruelle : "Nak buat macam mana? Aku kena biasakan diri."

Dalam tika mereka sibuk berbincang untuk perancangan Krismas, hadirnya seorang lelaki menyapa Ruelle.

"Hei, Ruelle. Nak lepak dekat rumah aku tak?"

Ruelle : "Hei, Johnny. Urm...."

Terkial-kial Ruelle apabila lelaki yang di panggil Johnny itu mempelawanya.

Johnny : "Aku dengar, boyfriend kau tak balik Krismas ini. Mesti kau alone kan? Jangan risau. Family aku okey-okey sahaja."

Ruelle : "T... tapi...."

Johnny : "Alaa.... Janganlah bagitahu dia yang kau lepak dengan aku."

Ruelle : "Aaa?"

Johnny : "Lagipun, dia pun belum tentu tak keluar dengan perempuan lain kan? Kau kena tahu yang lelaki ini, kalau dia bosan. Dia boleh sahaja hang dengan sesiapa pun yang dia suka. Itu memang lumrah semua lelaki. Kita orang tak dapat nak elak itu. So mustahillah kalau boyfriend kau...."

Belum habis Johnny bercakap, Ruelle sudah membidasnya kasar.

Ruelle : "Kau diamlah!"

Johnny terus membisu apa di gertak oleh Ruelle.

Ruelle : "Dia tak akan buat macam itu! Dia tak akan! Aku dah kenal dengan dia lama. Lebih sepuluh tahun aku kenal dia. Mustahil dia akan buat macam itu!"

Johnny : "Apa yang akan jadi kalau dia buat?"

Ruelle kian terkaku dengan persoalan Johnny. Mulalah kepercayaannya goyah.

Johnny : "Dia tak contact kau kan?"

Ruelle : "Itu sebab kalau dia contact aku, dia akan hilang fokus dia untuk kerja."

Johnny : "Mengarut betullah. Aku syak dia memang dah ada perempuan lain. Apa-apa pun kalau kau tak keberatan, datanglah ke rumah aku. Bye...."

Tiada kata-kata lagi yang mampu Ruelle bidas. Seraya dia terus berjalan pergi dengan geramnya. Johnny memang dengan sengajanya hendak mengapikan Ruelle.

Ruelle : "Benci aku! Esok ada paper lagi.... Tak gunanya! Kalau aku dapat tampar muka Johnny itu. Memang hilang pipi dia dekat situ."

Disebabkan Ruelle terlalu stress, dia pun belajar sepanjang malam untuk melupakan peristiwa tadi. Kesimpulannya, dia ibarat mayat hidup pada pagi Krismas.

"Tak sabarnya nak keluar malam ini..."

"Penat.... Tapi bila fikirkan Krismas, terus hilang rasa penat aku itu."

White Truffle©Where stories live. Discover now