Kini sudah genap lima hari dan Michi masih lagi belum sedar di hospital.
Pada hari yang sama, Ruelle membuat keputusan untuk keluar menenangkan fikirannya bersama Kyi dan Kyu. Mata Ruelle bengkak kerana menangis sepanjang hari.
Kyi : "Hei? Kau okey ke, Ruelle? Teruklah mata kau itu."
Kyu : "Kesiannya.... Michi masih tak sedar ke?"
Kyi : "Kyu...."
Kyi terus menepuk bahu Kyu yang tiba-tiba membuka cerita tentang Michi.
Kyu : "Oh, sorry."
Ruelle : "Aku langsung tak dengar khabar berita dia. Masa accident itu, doktor kata nyawa dia 50-50. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ini...."
Kyu : "Kau memang sangat sayangkan dia kan?"
Ruelle : "Hmm.... Aku benci nak cakap tapi dia tiu satu-satunya kawan terlama aku dan teman baik aku yang aku tak pernah sangka."
Secara tiba-tiba, Neru tiba di situ. Seraya menyapa mereka semua.
Neru : "Heyya."
Neru kemudiannya memandang ke arah Ruelle. Agak terkesima dia melihat wajah Ruelle yang begitu dahsyat.
Neru : "Ruelle? Kau okey tak? Kau nampak teruk...."
Kyu : "Ner...."
Neru : "Sorry. Aku terlepas cakap ke?"
Ruelle masih dalam keadaan yang sedih. Dia lebih banyak berdiam berbanding dengan sebelum ini.
Neru : "Hei, Ruelle...."
Lalu Neru duduk di sebelah Kyu.
Neru : "Kalau Michi ada, dia mesti marah kau menangis teruk macam ini."
Neru kian tersenyum manis ke arah Ruelle.
Neru : "Dia tak akan tinggalkan kaulah. Aku yakin itu. Dia sukakan lebih daripada segalanya. Dia tak akan tinggalkan kau dalam keadaan sedih macam ini."
Kyi : "Wah! Sejak bila Neru pandai memujuk ini?"
Kyi sengaja menyakat Neru yang tiba-tiba sahaja mengambil berat.
Neru : "Eh? I... itu sebab dia kawan aku juga."
Ruelle terkaku mendengar kata-kata Neru.
Neru : "Kau kena tahu yang Michi itu bukannya jenis yang senang-senang nak mengalah. Aku rasa kau dah tahu itu."
Ruelle : "Aku tahu.... Tapi... kalau dah takdir dia habis sampai sini sahaja macam mana...?"
Kyi : "Ruelle...."
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...