Malam tersebut, keluarga Ruelle bersiap untuk tidur. Hari yang memenatkan itu perlu melabuhkan tirainya.
🌸🌸🌸
Jam kini menunjukkan pukul 3.00 pagi.
Ruelle : "Haa.... Nak ke tandaslah."
Ruelle pun terus mengatur langkah berjalan ke tandas. Dalam perjalanannya ke tandas, dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya.
Ruelle : "Michi?"
Michi sedang tidur di atas sofa ruang tamu sendirian. Hairan sungguh Ruelle melihat situasi itu.
Ruelle : "Kenapa dia tidur sini?"
Bingkas Ruelle membawa keluar selimutnya. Seraya dia menyelimutkan Michi. Usai itu, dia kembali dengan hasratnya untuk ke tandas.
🌸🌸🌸
Keesokan paginya, Michi sudah duduk terpacak di atas sofa sambil meminum air kopi panas.
Ruelle : "Kau dah bangun?"
Michi : "Kau itu yang bangun tengah-tengah hari buta."
Ruelle : "Mana ada tengah hari. Baru pukul 10.00."
Sejurus Ruelle berjalan melepasi Michi.
Michi : "Ruelle. Selimut kau ke yang kau bagi malam tadi?"
Persoalan Michi itu telah menghentikan gerak kaki Ruelle.
Ruelle : "Haa. Kenapa kau tidur luar?"
Michi : "Russel tidur lasak sangat. Aku tak tahan. Itu yang aku tidur luar."
Ruelle : "Ye ke? Kesian kau."
Michi : "Benda kecil sahajalah. Biasalah budak-budak.... Kau pun janganlah risau sangat."
Ruelle : "Hmm.... Kau memang penggemar kopi kan?"
Michi : "Tak selalu. Ikut mood."
Rosette : "Michi!"
Suasana yang tenang itu dengan mudahnya musnah apabila Rosette menyergah Michi daripada belakang. Terus tersedak Michi dibuatnya.
Rosette : "Ops...."
Michi kian memandang Rosette yang tiba-tiba membuat serangan hendap semacam.
Rosette : "Awak ada baju tak untuk malam ini?"
Michi : "Baju untuk apa?"
Rosette : "Festival malam ini...."
Ruelle : "Malam ini ke festivalnya?"
Rosette : "Yelah, dik. Kau dengan Michi sahaja yang tak ada baju."
Ruelle : "Bukan aku ada ke?"
Rosette : "Tak adalah. Masa kita orang beli baju kan kau orang busy dengan kem?"
Ruelle : "Kau orang tak tunggu aku pun? Kejamnya...."
Rosette : "Alaa.... Janganlah marah. Ada baiknya juga kamu bawa Michi. So kau orang berdua bolehlah shopping bersama."
Ruelle dah membuat muka malas dengan cadangan kakaknya. Tidak tentu fasal pula kena membeli belah dengan Michi.
Michi : "Baju macam mana yang kita orang kena cari ini?"
Rosette : "Baju macam ini."
Lantas, Rosette menunjukkan gambar dua orang model lelaki dan perempuan memakai baju traditional cina pada raja zaman 40-an.
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...