Bab 41 : Malam Bersama

92 26 33
                                    

Bagi majlis penutup, mereka mengadakan makan malam yang sangat meriah. Michi duduk dan termenung sendirian di meja makan. Lantas Ray menyapanya dari belakang.

Ray : "Apa termenung seorang-seorang ini?"

Michi : "Eh, tak ada apa-apa. Cuma penat sedikit sahaja...."

Ray : "Aah, kau tak tidur ke petang tadi?"

Michi : "Tak."

Ray : "Patutlah.... Kau okey tak ini? Dah macam orang mabuk sahaja aku tengok."

Michi : "Ahahah...."

Rosette : "Michi...!"

Michi : "Apa lagi itu?"

Sekali lagi, Rosette menyergah Michi. Kali ini dia lebih aggresif dengan memeluk Michi daripada belakang.

Rosette : "Oh, akhirnya.... Awak dah berjaya ubah persepsi ayah. Akak tahu, awaklah satu-satunya orang yang boleh ubah fikiran ayah."

Michi : "Aaa.... Apa ini?"

Ruelle : "Kak, apa yang akak tengah buat itu?"

Rosette : "Sengaja nak try pakwe kau."

Lantas Rosette terus cium pipi Michi tanpa sebarang sebab. Michi terkejut dengan tindakan Rosette. Ruelle pula sudah berkerut dahi melihatnya.

Ruelle : "Jauhi dialah, akak tak guna!"

Rosette : "Ahah...."

Ruelle : "Gah...!"

Lekas Ruelle menarik tangan Michi ke luar dewan.

Michi : "Eh, Ruelle?"

Sampai sahaja di luar, Ruelle memandang wajah Michi dengan geram.

Michi : "Kenapa kau pandang aku macam itu?"

Ruelle : "Dia dah cium kau tadi!"

Michi : "So? Benda dah lepas.... Kau nak aku buat apa?"

Ruelle hanya mengerutkan dahinya geram ke arah Michi. Akan tetapi Michi secara tiba-tiba ketawa.

Michi : "Pfft.... Ahahahahah...."

Ruelle : "Apa yang kelakarnya?"

Michi : "Ini rare untuk tengok kau cemburu. Ahahahah...."

Ruelle : "Eeee! Dia dah mula balik...!"

Ruelle memukul Michi bertubi-tubi. Geram sungguh dia dengan teman lelakinya itu. Michi kemudian memegang kedua-dua belah tangan Ruelle secara serentak.

Michi : "Kenapa? Kau nak 'basuh: aku ke?"

Muka Ruelle mula memerah sebaik sahaja mendengar idea nakal Michi.

Ruelle : "Tanduk."

Justeru, Michi terkaku mendengar ayat pelik Ruelle.

Michi : "Apa?"

Ruelle : "Tanduk kau dah keluar semula, makhluk durjana tak guna!"

Michi : "Dah lama tak dengar gelaran itu."

Ruelle : "Kau diam! Ak-!"

Belum habis Ruelle bercakap, Michi menciumnya. Ruelle sangat terkejut.

Michi : "Kau kena ingat yang kau dah hold aku terlalu lama. Kalau kau terus berperangai macam ini, elak nanti aku dah tak boleh di kawal lagi."

White Truffle©Where stories live. Discover now