Extra iv : Keluarga Baru

123 27 24
                                    

Ianya sudah genap tujuh bulan Ruelle hamil dan kini Michi hendak membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Masuk sahaja di dalam kereta, Ruelle membuka telefonnya dan mengeluarkan gincu. Dia pun memakai gincu tersebut di sebelah Michi.

Michi : "Sayang? You buat video ke itu? Kereta I ini ada cermin. Kenapa still buka phone?"

Aneh sungguh Michi melihat Ruelle yang buang tabiat membuat demonstrasi memakai gincu di dalam kereta.

Ruelle : "Well.... Sengaja. Nak buat demonstrasi pakai lipstick."

Michi : "Dekat dalam kereta?"

Michi sekali lagi memandang Ruelle semacam.

Ruelle : "Kenapa pun?"

Mendengar pertanyaan Ruelle yang bersahaja, Michi mengabaikan hasratnya untuk bertanya lebih lanjut.

Michi : "Haiz.... Tak ada apa-apalah. Teruskan."

Tengah-tengah memakai gincu, tiba-tiba Ruelle pergi makan gincu tersebut. Michi kemudiannya memandang Ruelle semacam untuk memastikan betul ke apa yang telah dilihatnya. Sekali lagi Ruelle memakan gincu tersebut.


Michi : "Eh!"

Kali ini, Michi tidak berlengah lagi. Dia terus memaksa Ruelle untuk mengeluarkan gincu yang telah di gigit olehnya.

Michi : "Keluarkannya! You ini lapar sangat ke?"

Michi menadah tangannya supaya Ruelle meludahkan gincu tersebut di atas tapak tangan Michi. Akan tetapi ianya hanya helahnya semata-mata.

Ruelle : "Ianya cuma coklatlah."

Michi kian membuat muka geram sebaik sahaja terkena dengan helah Ruelle.

Michi : "Patutlah you record ye?"

Lalu Michi memakan coklat yang telah diludahkan Ruelle tadi.

Michi : "Jangan bergurau macam itu boleh tak? Ada yang kena beduk nanti."

Ruelle : "Ihihihihh...."

Michi terus menghidupkan enjin kereta dan terus bertolak ke hospital.

🌸🌸🌸

"Baiklah.... Tahniah sebab cik berdua akan mendapat seorang anak perempuan."

Dengan gembiranya doktor menyampaikan berita gembira kepada pasangan muda itu.

Ruelle : "Ye ke? Omg...."

"Tarikh yang berkemungkinan untuk puan bersalin adalah pada 16 Jun. Tapi boleh jadi awal seminggu atau lewat seminggu. Bergantung kepada keadaan."

Ruelle : "Okey."

"Banyakkan makan vitamin C dan kalsium."

Ruelle : "Baik, doktor."

"Okey, lagi sebulan datang lagi untuk check up ye?"

Itulah nasihat yang telah doktor sampai kepada mereka berdua.

Michi : "Terima kasih, doktor."

Usai sahaja sesi pemeriksaan, mereka pun terus pulang ke rumah.

White Truffle©Where stories live. Discover now