Bab 52 : Bersara

89 28 19
                                    

Seminggu kemudian, Michi kembali hadir ke sekolah seperti biasa.

Aoi : "Michi.... Lama aku tak jumpa kau. Kau dah okey ke?"

Michi : "Hmm.... Lebih kurang."

Dek kerana begitu lama Michi bercuti, begitu ramai manusia yang hendak bertemui.

Kageru : "Mitch!"

Michi : Ye?"

Kageru : "Petang ini ada meeting dengan wakil sekolah semua wakil sekolah bola tampar."

Michi : "Okey."

Kageru terus berjalan pergi setelah menyampaikan utusannya. Shiba agak terkejut dengan Michi yang mengiakan arahan Kageru.

Shiba : "Jangan cakap yang kau still nak main?"

Neru : "Oh, itu gila...."

Michi : "Hmm.... Kau tengok sahajalah nanti. Kecederaan aku ini tak pulih sepenuhnya lagi. So agak sukar untuk aku capai target untuk menang."

Shiba : "Tahu pun. Aku bukannya nak melemahkan kau tapi kesihatan kau itu lagi penting. Banyakkan berehat lepas ini ya?"

Michi hanya membisu dengan nasihat Shiba.

🌸🌸🌸

Petang tersebut, kesemua ahli wakil sekolah bola tampar telah berkumpul di dewan bola tampar.

Kageru : "Okey. Kita ada lagi sebulan sebelum international. Ahli pasukan pun dah di pilih. Cuma...."

Kageru kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah Michi.

Kageru : "Kau pasti ke yang kau boleh main ini, Mitch?"

Yuu : "Yelah. Kecederaan kau dengar macam sangat serius. Walaupun dah baik sedikitlah?"

Lalu Michi menghembuskan nafas panjang.

Michi : "Aku... minta maaf sangat. Aku terpaksa tarik diri. Aku tak dapat nak join kau orang."

Mujurlah rakan-rakannya memahami keadaannya.

Shiba : "Tak apalah. Kitaborang faham itu."

Kageru : "Ye. Kai boleh gantikan tempat kau."

Michi : "Aku tak nak dia gantikan tempat aku."

Masing-masing sudah membisu dengan keengganan Michi.

Neru : "Wait? Jangan cakap yang kau dah ada pengganti?"

Michi : "Ye. Aku dah buat keputusan."

Kageru : "Kau nak pilih siapa untuk gantikan kau?"

Michi : "Shiba, kau ingat tak budak yang kau kata cara dia main sama macam aku itu?"

Shiba : "Budak tahun satu itu ke?"

Michi : "Ye."

Kageru : "Sekejap? Kau ini biar betul? Kau nak budak tahun satu gantikan tempat kau?"

Michi : "Aku akan latih dia. Lagipun, aku tengok dia lagi berpotensi berbanding Kai."

Shiba : "Aku sokong. Kalau kau tengok cara budak itu main, memang mantul gila. Sebiji macam Michi."

Shiba mengukuhkan lagi pendapatan Michi di hadapan Kageru.

Kageru : "Okey. Kalau macam itu, nanti aku suruh Aki jumpa dia."

White Truffle©Where stories live. Discover now