Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.