BAB 1

886 39 0
                                    


Permandangan waktu senja itu menjadi tatapan dingin Faradina Inani ketika berada di beranda biliknya. Fara sering memikirkan tentang sekolah barunya. Fara risau akan matapelajarannya merosot disebabkan berpindah ke suasana yang lain dan tempat belajar yang lain. Fara sering berfikir kenapa papanya mahu pindah ke rumah yang lebih besar? di rumah lama pun apa kurangnya mempunyai 4 bilik di atas dan 2 bilik di bawah. Bagi Fara rumah lamanya pun dah cukup besar kerana mereka hanya tinggal bertiga, Faris (alongnya) Dan Fakhira (angahnya) pun sudah mempunyai rumah sendiri.

Pintu bilikku diketuk oleh mama, menyebabkan aku menyedari daripada lamunan.

Aku duduk di atas katil dengan perasaan yang sangat sedih

"Kenapa ni, adik?" Soal mama kepada ku yang kelihatan risau kepadaku

"Ma, kenapa Kita kena pindah sini?" tanyaku dengan kesal

"Kenapa adik tak suka ke? rumah ni lebih besar dan lebih selesa kan?" jawab mama sambal mengusap kepalaku

"Adik suka, tapi kenapa ma?" soalku lagi

"Sebab papa nak jual rumah tu" jawab mama dengan nada yang sedih

"But why?" soalku tidak mengerti

Puan Adeeba terdiam seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada aku. Aku cuba memahami situasi sekarang, dengan segeranya aku menukar topik supaya mama tidak berasa serba salah.

"Mama, adik mengantuk la" aku terpaksa berbohong kepada mama

"Tidurlah, mama keluar dulu ye" jawab mama dengan leganya

Aku sudah seperti kucing hilang anak je, aku tidak boleh tidur disebabkan semua yang terjadi dalam sekelip mata. Esok aku kena hadap sekolah baru, kawan baru ,cikgu baru ,suasana baru, semuanya baru. Aku, Faradina Inani binti Rahimi yang tidak suka dengan suasana baru, tetapi semua orang tak faham aku. Aku cuba lelapkan mata sambil mendengar ayat-ayat suci Al-Quran.

*****

Hari yang cerah tidak selalunya indah. Begitulah perumpamaan yang bersangkut paut dengan kisah aku. Aku tidak menyangka aku akan melalui suasana yang baru. Fikiranku sangat serabut dengan apa yang berlaku. Sudah tiga hari aku memikirkan baik buruk hal ini dan semestinya ini amat berat untuk aku laksanakan tapi aku terpaksa, aku terpaksa melalui semua ini dengan senyuman kegembiraan.

Dari kejauhan sepasang mataku ini tidak berkedip melihat makanan yang terhidang. Hatiku juga meruntun sayu. Berat aku untuk melangkah harini, berat lagi bahuku untuk memikul segalanya. Siapakah yang akan berkawan dengan aku? aku nak duduk di mana? macam mana aku nak jadi peramah dengan orang yang aku tak kenal? semua ini terlintas dalam fikiranku.

"Adik !!"

Aku tersedar dari lamunan dengan panggilan papa yang sangat kuat.

"Cepat makan,nanti lambat pula ke sekolah" mama seolah-olah memberikan semangat kepadaku tetapi aku tidak merasakan itu.

*****

Selangkah kakiku memijak sekolah itu, aku berasa redha dengan takdir yang ditentukan oleh Allah untukku di sekolah ini. Mungkin ada hikmah atas semua yang terjadi. Aku terkejut dengan suasana sekolah ini sangat berlainan dengan sekolah lama aku. Sekolah ini sangat la besar dan semua bercakap bahasa English tiada satu pun yang berbahasa Melayu.

" Hmm..lupa pula nak tanya mama dan papa nama sekolah ini"

Tapi pelik juga sekolah ini tak sebising sekolah lama aku dan barang di sekolah ini semuanya brand-brand.

Aku memandang sekeliling sekolah itu. Agak menarik juga la sekolah ini.

"Hai" seorang lelaki menegurku

Aku just ignore dengan sapaannya .Bukan bererti sombong tapi Faradina Inani ini takkan layan orang yang tak kenal. Maaf la ye..

"Errr...muka je cantik tapi sombong" kata lelaki itu dengan perlahannya

Aku mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Pantas aku mengecilkan mata memandangnya.

Lelaki itu hanya mentertawakan aku dan beransur pergi.

struggleWhere stories live. Discover now