Dirumah cikgu shakiram, Kak sya pergi ke dapur untuk menolong mamanya masak manakala cikgu shakiram sedang sibuk melihat barang hantaran. Kak sya melihat cikgu shakiram dan terus duduk di sebelah nya.
"Kiram, kau betul betul ke nak nikah dengan budak sekolah tu? ". Tanya Kak sya.
" Betul lah. Ada tengok muka Kiram ni main main ke?". Jawab cikgu shakiram.
"Kalau kau betul betul dah buat keputusan , aku percaya keputusan kau tu tepat. Tapi kau dah bagitahu pasal syarikat kita belum? ". Tanya Kak sya.
" Tu nanti nanti lah". Jawab cikgu shakiram.
Cikgu shakiram mula terfikir kata kata Kak sya. Kak sya tahu bahawa adik nya telah membuat keputusan yang betul .
Keesokan paginya, Fatin melihat abang abangnya bangun pagi untuk pergi ke studio. Mereka bersarapan bersama. Sedang mereka bersarapan, cikgu shakiram datang ke rumah. Fatin melihat cikgu shakiram pakai baju yang smart. Fatin menjadi tertanya-tanya.
"Kenapa cikgu pakai baju macam ni?".
Tanya Fatin." Bukan sayang Ajak abang pergi ke runway trainer tu ke? Aidil yang bagitahu". Kata cikgu shakiram.
"Hah? Ada ke" . Tanya Fatin.
"Abang Aidil sengaja Ajak shakiram sekali. Anggap lah ni hadiah kawin korang". Kata abang Airil.
" Kawin pun kene paksa". Kata Fatin.
Fatin sambung makan roti di depannya. Selepas bersarapan mereka pergi ke studio untuk buat persiapan. Sampai di depan studio ramai wartawan sudah menunggu di luar studio. Mereka menjadi tumpuan semua wartawan . Fatin tidak mengendahkan cikgu shakiram dan terus turun dari kereta. Abang Aidil dan abang Airil panik kerana Fatin meninggalkan cikgu shakiram. Abang Airil memberikan topeng muka dan topi untuk menyorokkan identiti sebenar cikgu shakiram.
Masuk sahaja dalam studio cikgu shakiram dapat melihat betapa sibuk nya orang orang yang terlibat. Cikgu shakiram ternampak Fatin dan PD Izz sedang berbual. Fatin ternampak cikgu shakiram sedang memandang mereka, Fatin terus menamatkan perbualannya dengan PD Izz. Fatin berjalan ke arah cikgu shakiram.
"Cikgu, saya nak tanya. Cikgu nak hubungan kita orang tahu atau cikgu nak timbulkan gosip tentang kita". Tanya Fatin
" Maksud sayang? ". Tanya cikgu shakiram
" Tak pe lah". Kata Fatin.
"Sayang sebenarnya tak suka ke nak nikah dengan abang. Okey abang janji, kalau sayang nak kita rahsiakan tentang kita abang tak kisah.Kalau sayang nak abang buat macam biasa dekat sekolah pun abang okey". Kata cikgu shakiram.
" Cikgu nak lanjut kan pernikahan ni? ". Tanya Fatin.
" Kalau sayang ada alasan untuk menolak, abang ada untuk
lanjutkan ". Kata cikgu shakiram.Fatin terdiam dengan kata kata cikgu shakiram.
Selepas beberapa jam, runway dimulakan. Walaupun cikgu shakiram hanya duduk di belakang tabir, cikgu shakiram selalu memandang ke arah Fatin. Fatin tahu bahawa cikgu shakiram memandang nya tetapi dia hanya membiarkan nya. Abang Aidil dapat merasakan ada sesuatu buang pelik tentang Fatin. Abang Aidil tanpa berjaga jaga dengan keadaan sekeliling bertanya tentang cikgu shakiram dengan Fatin.
"Adik, kenapa adik ni? Ada masalah dengan shakiram ke? ". Tanya abang Aidil.
" Entah, cuba abang fikir adik dah terbiasa panggil cikgu, tak kan lah tiba tiba nak panggil abang pulak. Janggal lahh". Kata Fatin.