Pada esoknya, Fatin terlajak tidur dan menyebabkan dia pergi ke sekolah lambat. Ketika dia tergesa-gesa turun ke bawah bersama begnya, dia melihat cikgu shakiram ada di bawah bersama mamanya.
"Ma, asal tak kejut orang? Orang dah lambat dah ni. Cikgu pun satu kenapa tak pergi sekolah dulu". Kata Fatin.
" Ala sekali sekala cikgu masuk lambat apa salahnya. Dah pergi sekolah sana dengan shakiram ". Kata mama Fatin.
Mereka terus pergi ke sekolah. Cikgu shakiram dengan santainya membawa kereta dengan perlahan. Fatin hanya mampu bersabar dengan cikgu shakiram yang membawa kereta dengan perlahan. Sampai di sekolah, Fatin terus pergi ke kelasnya. Fatin melihat cikgu khairil ada di kelasnya. Fatin sambil menunduk masuk kedalam kelas. Cikgu khairil terus memandang Fatin.
"Fatin? Kenapa masuk tertunduk tunduk ni? ". Tanya cikgu khairil.
" Ha? Sorry cikgu saya datang lambat". Kata Fatin.
"Cikgu tahu. Cikgu shakiram dah bagitahu cikgu dah". Kata Cikgu khairil.
Fatin terus duduk dan menundukkan kepalanya kerana malu masuk ke kelas lambat. Mereka belajar seperti biasa.
Ketika waktu rehat, semua memandang Fatin dan Nasha. Nasha sangat bangga kerana mereka memenangi pertandingan itu. Ketika mereka sedang makan, beberapa perempuan datang kearah mereka. Fatin memandang mereka dengan muka kosong.
"Kau Fatin kan? Budak famous tu". Tanya perempuan itu .
" Ye saya Fatin, ada apa? ". Kata Fatin.
" Aku form 5 Amanah. Aku tak puas hati asal cikgu khairil pilih kau untuk pertandingan silat tu. Tahun ni tahun last aku tapi cikgu khairil langsung tak bagi aku peluang. Aku pengerusi silat kot". Kata perempuan itu.
Fatin hanya diam kerana malas hendak melayan. Fatin tahu perkara ini hanya akan memburukkan namanya. Fatin hanya tersenyum pada perempuan itu. Cikgu shakiram yang kebetulan berjalan ke kantin melihat mereka . Cikgu shakiram dengan perlahan pergi ke arah mereka.
"Eh, apa ni? Bergaduh ke? ". Tanya cikgu shakiram.
" Tak de lah cikgu. Dia tak puas hati cikgu khairil pilih saya untuk pertandingan silat minggu depan". Kata Fatin.
"Wah, kau mentang mentang kau pandai, kau hebat dalam taekwondo, kaya, kau ingat kau boleh menang ke lawan aku". Kata perempuan itu.
Fatin terus pergi dari situ. Cikgu shakiram membawa perempuan itu pergi ke bilik hem. Fatin dan Nasha balik ke kelas. Pian dan wan mengikuti mereka tanpa mengetahui apa apa. Sampai di kelas, Fatin hanya berdiam dan tidak cakap apa apa. Mereka bertiga tunggu penjel6 daripada Fatin.
"Fatin asal kau tak lawan je akak form 5 tu". Tanya Nasha.
" Aku kena jaga disiplin aku sekarang ni". Kata fatin.
"Kenapa pulak tiba tiba? ". Tanya wan.
" Bapak aku ada buat satu projek. Dan aku ada amik bahagian daripada projek tu. Aku tak nak lah projek tu tak berjalan dengan lancar ". Kata Fatin.
" Projek apa? Macam serius je ". Tanya Pian.
Tak sempat Fatin menjawab, cikgu shakiram masuk ke kelas membawakan roti dan susu coklat dan letak di depan Fatin. Semua memandang cikgu shakiram dengan muka pelik.
" Tak, tadi tengok macam tak habis makan lagi tu yang berikan susu dengan roti makan lah ". Kata cikgu shakiram.
Cikgu shakiram terus keluar dari kelas itu. Fatin dengan senang hati membuka roti dan susu itu.