Sudah lebih seminggu cikgu shakiram tidak pulang ke rumah Fatin. Di sekolah juga mereka tidak selalu berjumpa kerana setiap kali ada kelas bersama Fatin, cikgu shakiram akan mengambil cuti dan menyibukan diri di syarikatnya. Cikgu shakiram duduk bersama mamanya. Seminggu terasa seperti setahun bagi Fatin.Wan, nasha dan pian melihat Fatin dengan pelik kerana Fatin tidak seperti dulu lagi. Sebelum kedatangan cikgu shakiram, Fatin seorang yang Complecated. Tetapi selepas datangnya cikgu shakiram dalam hidup Fatin, Fatin menjadi lebih lembut hati dan mesra. Mereka mendekati Fatin untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
"Fatin, kau dengan cikgu shakiram ada apa apa masalah ke? ". Tanya wan.
" Haah, korang boleh cerita dengan kitaorang". Kata Nasha.
"Entah, aku sendiri tak tahu apa yang aku buat ni sebenarnya betul ke tak. Mungkin betul cakap cikgu shakiram pasal gambar tu". Kata Fatin.
" Gambar apa? Cerita lah, cerita lah" Kata wan.
"Ish, kau ni. Orang tengah cerita lah tu sibuk lah" Kata pian.
Fatin menceritakan semua kepada mereka daripada A hingga Z. Nasha memeluk fatin kerana beras kesian. Keadaan fatin juga kelihatan teruk kerana tidak tidur dan kurang makan.
Di rumah, fatin sentiasa menunggu kereta cikgu shakiram untuk muncul setiap kali dia Balik sekolah, tetapi tiada. Lama kelamaan fatin berhenti menunggu dan fokus pada taekwondo nya. Mama melihat badan fatin sangat lesu untuk berlatih. Mama mencadangkan untuk fatin rehat selama beberapa hari tetapi fatin berdegil untuk berlatih di gym nya.
" Rehat dulu 2,3 hari ni. Kesian badan tu". Kata Mama.
"Tak pe Ma, orang bukan lemah sangat. Apa kata Mama buatkan Juice untuk orang? Nanti hantar dekat bilik gym". Kata Fatin.
Fatin terus pergi ke bilik gym. Mama pula menyiapkan Juice dan menghantar kepada Fatin. Sedang Fatin berlatih, dia merasa kaki nya sangat lemah dan tidak bermaya dan akhirnya Fatin terbaring ke lantai. Mama masuk dan melihat Fatin terbaring di lantai. Mama menjadi panik dan cepat cepat memanggil Kak atiera untuk menolong mengangkat Fatin dan bawak ke hospital. Sampai di hospital, Mama terus menelefon Cikgu shakiram tentang Fatin.
" Helo, shakiram? ". Kata Mama.
" Ye, Ma. Kenapa? ". Tanya cikgu shakiram.
" Datang hospital sekarang, fatin masuk hospital ni". Kata Mama.
"Hah??, okey ma. Shakiram datang sekarang'. Kata cikgu shakiram.
Cikgu shakiram terus bergegas ke hospital. Sampai sahaja di sana, Fatin sudah di masukkan di wad dan sedang berehat. Doktor memberitahu Mama bahawa Fatin hanya kepenatan dan kurang nutrisi. Di sebabkan itulah Fatin pengsan dan perlu banyak berehat. Mama memberi shakiram untuk berjumpa Fatin dahulu tetapi Fatin sedang tidur. Cikgu shakiram perlahan-lahan masuk ke bilik itu dan duduk di sebelah Fatin. Cikgu shakiram dengan perlahan memegang tangan Fatin dengan erat dan memandang ke arah Fatin.
" Sayang, sayang tak perlu siksa diri sayang. Ni salah abang, bukan salah sayang. Abang tak patut tinggal kan sayang". Kata cikgu shakiram.
Tak lama kemudian, cikgu shakiram merasa yang tangannya di genggam kembali tetapi dia melihat mata Fatin sedang tertutup. Fatin memegang tangan cikgu shakiram dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya.
Setelah beberapa jam, Fatin terbangun dari tidurnya dan melihat seseorang sedang memegang tangannya. Ternyata orang itu ialah cikgu shakiram. Fatin hanya melihat cikgu shakiram yang sedang tidur di sebelah nya. Fatin jugak tidak melepaskan tangannya. Mama masuk dan membuatkan cikgu shakiram terjaga. Fatin berlagak seperti biasa dan terlupa tentang tangannya.