Selepas beberapa hari fatin bercuti sekolah, fatin kembali ke sekolah seperti biasa. Kedatangan fatin ke sekolah membuat kan pelajar di sekolah itu gila kerana kepopularan fatin. Fatin juga terkejut melihat pelajar pelajar lain berdiri di luar kelas fatin hanya untuk melihat nya. Nasha wan dan pian datang mendekati fatin.
"Fatin Fatin, nak mintak autograf? ". Gurau wan.
" Ishh, kau ni wan. Terkejut aku". Kata Fatin.
"Sekarang dah tak boleh kacau dah sebab dah famous". Kata pian
" Famous apa nya? ". Kata Fatin.
" Famous apa? Fatin, nama kau trending dekat Twitter tahu tak? ". Kata wan.
" Bolehlah ". Kata Fatin.
Wan dan pian tidak percaya kerana Fatin seperti tidak kisah yang dirinya trending di Malaysia. Di luar kelas mereka penuh dengan pelajar yang berdiri sehingga menghalang cikgu untuk masuk ke kelas. Mereka terus lari apabila melihat cikgu disiplin di kaki lima itu. Fatin hanya tersenyum apabila cikgu displin memandang ke arahnya.
Waktu rehat, semua memandang Fatin sehingga mereka tidak selesa. Fatin meminta maaf kepada Nasha wan dan pian kerana semua memandang ke arah mereka." Sorry lah korang, korang kene tempias sekali". Kata Fatin.
"Tak pe, wan dengan pian suka kalau diorang jadi tarikan ramai ". Kata Nasha.
" Betul betul, aku dapat rasa kan yang akan ada seorang wanita yang menghampiri aku tak lama lagi". Kata wan.
"Haah betul lah tu. Orangnya cikgu mawar tu. Kau tak siap kerja dia kan. Mampus kau kena kerja dengan dia ". Kata pian.
" Okey, aku lari dulu". Kata wan.
Wan terus melarikan diri dari cikgu mawar. Mereka terhibur melihat wan berlari lintang pukang ketakutan.
Lepas balik sekolah, Fatin terus pergi ke syarikat mengikut abang Aidil . Sampai di syarikat, Fatin melihat para trainer yang bakal debut sedang berlatih menari. Fatin masuk ke bilik latihan mereka dan melihat mereka berlatih. Walapun tujuan Fatin ke sana adalah untuk mendengar lagu baru abang Aidil tetapi Fatin meluangkan sedikit masa nya untuk melihat mereka berlatih. Fatin tengok mereka berlatih sambil tersenyum. Fatin memberi kad kredit nya kepada Manager mereka dan menyuruh mereka untuk makan malam menggunakan duitnya.
"Ni, bawak lah diorang pergi makan. Mesti penat kalau asyik berlatih je". Kata Fatin.
" Baik". Jawab Manager mereka.
Mereka berterima kasih kepada Fatin. Fatin terus pergi ke studio rakaman abang Aidil dan melihat abang aidil merekod lagu. Setiap kali Fatin masuk ke studio rakaman, Fatin aku berubah menjadi serius. Fatin memandang abang aidil dengan pandangan serius. Selepas abang aidil siap merekod lagu, abang aidil meminta tolong kepada Fatin untuk menyanyikan lagu demo yang abang aidil buat.
"Adik, tolong nyanyi kan lagu ni boleh tak? Nak buat demo je. Aidil mintak abang yang buat tapi lagu abang sendiri tak siap". Kata abang aidil.
" Boleh je, tapi abang kena bagi tahu suami adik yang adik dekat sini". Kata Fatin.
Abang Aidil terus memberi lirik lagu kepada Fatin dan menelefon cikgu shakiram. Fatin pergi ke bilik latihan vocal untuk menghafal lagu itu.
Tak lama kemudian, sedang Fatin menghafal lagu sesorang mengetuk pintu. Fatin membuka pintu itu dan ternyata orang itu ialah cikgu shakiram. Fatin terus tersenyum apabila ternampak cikgu shakiram.
"Abang buat apa dekat sini? ". Tanya Fatin.
" Aidil telefon bagitahu sayang ada kerja dekat sini. Abang terus datang". Kata cikgu shakiram.