Bab 29

128 5 0
                                    

          Cikgu shakiram membawa beg itu balik ke rumah dan meletakkan di dalam sarung banyaknya supaya Fatin tidak mengetahui. Cikgu terpaksa menyorokkan gambar itu kerana tidak mahu Fatin tahu tentang hubungan dia dan Sarah pada waktu dulu. Cikgu shakiram jugak bercadang untuk membakar gambar itu tetapi tiada masa yang sesuai. Fatin hairan kerana cikgu shakiram asyik baring sahaja dan seperti tidak mahu meninggalkan katil.

"Abang, asyik baring je. Orang panggil pun tak dengar". Kata Fatin.

" Okey, okey, sayang nak apa panggil abang". Tanya cikgu shakiram.

"Esok orang tak sekolah sebab esok kan final show. Orang kena ada dekat sana sampai show habis". Kata Fatin.

" Oh okey, nanti masa live show abang datang ". Kata cikgu shakiram.

Fatin terus menarik cikgu shakiram untuk turun ke bawah bersamanya. Cikgu shakiram membetulkan bantalnya dan mengikuti Fatin kebawah.

           Keesokannya, Fatin dan abang abangnya pergi ke studio untuk shooting. Ini lah masanya untuk cikgu shakiram membuang gambar itu. Cikgu shakiram memasukkan gambar itu kedalam begnya. Cikgu shakiram mengambil lighter dan membakar gambar itu di dalam tong sampah luar rumah. Cikgu shakiram menunggu gambar itu untuk terbakar semuanya dan barulah dia pergi ke sekolah. Sampai sahaja di sekolah, Imran menunggu cikgu shakiram di tempat parkir kereta sambil memegang satu sampul. Dalam pikiran cikgu shakiram ialah dia berharap yang sampul itu bukan sampul yang sama Sarah bagi kepadanya. Keluar saja kereta, Imran terus memberikan sampul kepada cikgu shakiram . Cikgu shakiram terus membuka sampul itu dan ternyata isinya sama seperti apa yang sarah bagi.

" Imran, jangan sia sia kan masa muda awak . Sarah tu tak betul lah ". Kata cikgu shakiram.

" Mungkin dulu saya buat untuk dapat kan Fatin, tapi sekarang saya buat sebab saya nak balas dendam dekat cikgu. Kalau cikgu tak muncul, Maybe sekarang saya tengah bahagia dengan Fatin". Kata Imran.

"Ingat kata saya ni baik baik. lepas Sarah dapat kepuasan dia, dia tak akan pandang orang yang tolong dia. Itu perangai Sarah. Jangan rasa kalau awak buat ni untuk bende yang awak nak. Awak salah, sebab bukan Sarah yang akan tolong awak'. Kata cikgu shakiram.

Imran terus terdiam dan pergi dari situ. Cikgu shakiram meletakkan sampul itu di dalam box keretanya dan masuk ke sekolah seperti biasa.

        Habis sekolah, cikgu shakiram pulang ke rumah dan bersiap siap untuk pergi ke studio shooting. Cikgu shakiram terlupa yang dia meletakkan sampul itu di box keretanya. Sampai di studio, cikgu shakiram terus masuk dan berjumpa dengan Fatin.

" Sayang tak siap lagi ke? ". Tanya cikgu shakiram.

" Lambat lagi live nya. Ini baru nak buat rehearsal round 2. Abang duduk lah sini dulu, orang nak kena tengok diaorang rehearsal ". Kata Fatin.

" Okey". Kata cikgu shakiram.

"Ha, abang lagi satu. Abang bawak charge tak? Bateri habis lah". Tanya Fatin.

" Ada dalam kereta abang dalam box. Nak abang amik kan tak? ". Kata cikgu shakiram.

" Bagi kunci je". Kata Fatin.

Cikgu shakiram memberi Fatin kunci tanpa ragu-ragu. Sampai di kereta, Fatin membuka box kereta untuk mencari Charge tetapi sampul itu menarik perhatian Fatin. Fatin melihat sampul itu dengan perasaan ingin tahu. Fatin meletakkan sampul itu ketepi dan mencari Charge. Setelah jumpa Charge, Fatin ingin membuka sampul itu tetapi tiba tiba cikgu shakiram datang ke kereta. Fatin cepat cepat meletakkan sampul itu ke dalam box kembali.

"Sayang cari Charge pun lama ke? ". Tanya cikgu shakiram.

" Ha, baru jumpa ni. Dah Jom lah". Kata Fatin.

CIKGUKU SUAMIKUWhere stories live. Discover now