Keesokannya, Fatin mengikuti mama membeli barang dapur. Fatin memang suka jika mengikuti mamanya pergi membeli barang dapur. Mama Fatin mengambil troli dan Fatin mengambil satu troli untuk dirinya.
"Adik, satu troli je. Bukan banyak sangat pun mama nak beli ". Kata mama fatin.
" Adik punya barang banyak. Mama pergi lah beli barang dapur belah sana. Adik nak pergi beli mandian dulu". Kata Fatin.
Fatin dan mamanya mengikuti haluan yang berlainan. Sebelum keluar tadi, Fatin mengambil gambar semua produk yang cikgu shakiram pakai. Fatin dengan teliti mencari semua produk itu. Separuh daripada troli itu di penuhi dengan produk cikgu shakiram dan miliknya. Sedang Fatin mencari barang, muncul seorang di depannya ternyata orang itu ialah Sarah. Fatin terus berhenti dan memandang Sarah dengan muka geram.
"My future husband tak pakai produk murah macam ni lah". Kata Sarah.
" Murah? Murah! Ha..! Future husband?? Kau tahu apa? Sibuk ikut orang sampai sini". Kata Fatin.
"Masa dekat luar negara dulu, I selalu belikan my future husband keperluan macam ni". Kata Sarah.
"Malas aku nak cakap dengan kau, buat sakit hati je" Kata Fatin.
Fatin terus menolak troli itu dan salah satu roda troli itu terkena pada kaki Sarah. Fatin langsung tidak memandang ke arahnya lagi. Fatin cepat cepat pergi ke kaunter dan menunggu mamanya.
Balik rumah, Fatin membawa barang barang ke biliknya. Cikgu Shakiram terkejut melihat Fatin berbelanja sangat banyak.
" Banyak nya sayang. Beli apa ke ni? ". Tanya cikgu shakiram.
" Tengok lah sendiri". Kata Fatin.
"Wahh, sayang. Baiknya hati sayang belikan semua ni. Tapi... Sebenarnya dekat dalam laci tu banyak lagi abang punya ". Kata cikgu shakiram.
" Okey, boleh buang je. Melainkan kalau your future Wife yang belikan ". Kata Fatin.
" Future Wife? Sarah? Mana ada sayang. You my Wife Now". Kata cikgu shakiram.
"Iyo lah tu". Kata Fatin
Fatin meletakkan barang barang itu di dalam laci cikgu shakiram. Fatin nampak sebuah fon ketika meletakan barang dalam laci. Fatin terus masuk kan telefon itu ke dalam kocek seluarnya.
Selesai meletakkan barang dalam laci, Fatin pergi ke bilik air untuk membuka telefon itu. Cikgu shakiram langsung tidak tahu tentang apa yang sedang Fatin lakukan. Fatin ingin membuka telefon itu, tetapi ada kata lalu. Fatin mencuba tarikh hari jadi cikgu shakiram tetapi tidak boleh. Fatin berfikir sejenak dan mencuba dengan tarikh hari jadi miliknya. Ternyata kata laluan itu betul. Fatin terus membuka senarai contact di telefon itu. Tetapi Fatin langsung tidak mengenal nama nama itu." Siapa ni? Encik Harith, Encik jihan. Kenapa penuh dengan Encik encik je". Kata Fatin.
Fatin membuka Gallery gambar dan hanya ada beberapa gambar lakaran bangunan. Tak lama kemudian, cikgu shakiram mengetuk pintu bilik air kerana Fatin berada dalam bilik air sangat lama. Fatin cepat cepat matikan telefon itu dan sorokkan di kocek nya. Fatin membuka pintu dengan muka selambar.
"Sayang, kenapa lama sangat dalam bilik air? Tak dengar air pun". Tanya cikgu shakiram.
" Hal perempuan. Tak perlu tahu". Kata Fatin.
Fatin terus turun ke bawah untuk menyelamatkan dirinya. Cikgu shakiram berasa curiga dengan Fatin. Cikgu shakiram masuk ke bilik air untuk memeriksa jika ada apa apa yang mencurigakan. Cikgu shakiram terpandang laci nya dan terus memeriksa laci nya. Cikgu shakiram melihat salah satu telefonnya hilang. Cikgu shakiram mengetahui Fatin yang mengambilnya.
"Apa nam buat ni? Dia tahu ke? Ya Allah, dia dah lah pandai. Memang Kantoi lah macam ni". Kata cikgu shakiram.
Cikgu shakiram turun dan melihat Fatin bermain dengan telefonnya. Cikgu shakiram dengan perlahan mendekati Fatin. Fatin memandang cikgu shakiram dengan mata yang bergetar. Cikgu shakiram duduk di sebelah Fatin tanpa berkata apa apa.
Di sekolah, Fatin pergi ke perjumpaan kelab silat. Semua memandang Fatin dengan muka pelik. Fatin terus rasa kedatangannya di kelab itu sangat tidak diingini. Wan dan pian mendekati Fatin.
" Kau bukan dah keluar ke? ". Tanya wan.
" Maksud kau? Aku tak ade cakap apa apa pun dengan cikgu khairil". Kata Fatin .
"Kitaorang dengar dari budak form 5. Dia kata kau dah keluar" . Kata pian.
"Patutlah cikgu khairil takda cakap apa apa pasal Fatin". Kata wan.
" Wah, padahal aku dah tolak kot penyertaan tu". Kata Fatin.
Cikgu khairil masuk ke dalam bilik itu dan tersenyum pada Fatin. Budak form 5 saing dengan cikgu khairil. Mereka memandang Fatin dengan muka geram. Fatin juga menyampah dengan mereka. Semasa latihan di jalankan, seorang budak form 5 datang ke arah Fatin dan mengajak Fatin untuk berlawan. Fatin tanpa ragu-ragu menyahut cabarannya.
"Fatin, aku nak cabar kau lawan aku. Itu pun kalau kau berani". Kata budak form 5 itu.
" Boleh je. Kalau kalah jangan nangis. Bukan apa takut nanti mengadu dengan cikgu pulak". Kata Fatin.
Mereka pun berdua masuk ke kawasan berlawan. Cikgu khairil memandang dari jauh dengan pandangan tajam. Wan dan pian menyokong Fatin dari belakang. Fatin dengan mudah mendapat mata dan menang. Selepas Fatin menang, budak form 5 itu terus memegang tangan kiri Fatin dan memutarkan nya. Fatin menjerit kesakitan. Semua terkejut dia buat sebegitu.
"Sekarang kita tengok, kau boleh main silat dengan taekwondo ke tak? Jangan ingat kau hebat sangat". Kata budak form 5 itu.
Cikgu khairil terus menyuruh dia pergi ke bilik hem. Wan dan pian melihat keadaan tangan Fatin. Mereka cepat cepat pergi ke bilik kesihatan. Cikgu shakiram tidak mengetahui tentang itu. Disebabkan sudah masa belajar, cikgu khairil menyuruh wan dan pian masuk ke kelas. Cikgu shakiram melihat hanya mereka berdua sahaja masuk ke kelas dan Fatin tiada bersama mereka.
" Wan, mana Fatin? ". Tanya cikgu shakiram.
" Tangan dia terseliuh masa berlatih tadi". Jawab wan.
Walaupun Cikgu shakiram risau keadaan Fatin, dia tidak boleh meninggalkan kelas dan teruskan mengajar. Tak lama kemudian, cikgu khairil menghantar Fatin balik ke kelas. Cikgu shakiram memandang Fatin dengan risau. Cikgu shakiram tidak fokus mengajar kerana melihat Fatin dalam kesakitan.
Habis sekolah, cikgu shakiram menunggu Fatin di kereta. Fatin masuk ke kereta sambil tersenyum. Cikgu shakiram langsung tidak tahu kenapa Fatin tersenyum sedangkan tangannya sedang sakit.
"Senyum?? Serius sikit boleh tak? Macam mana boleh jadi macam ni? ". Tanya cikgu shakiram.
" Terseliuh sikit je. Tadi cikgu khairil dah balutkan. Tadi masa berlatih silat jatuh. Tahan guna tangan" Kata Fatin.
"Hati hati lah lain kali. Macam mana dengan show sayang nanti? Boleh ke nak ajar trainer tu? ". Tanya cikgu shakiram.
" Boleh je, nasib tangan kiri. Kalau tangan kanan Maybe tak boleh ". Kata Fatin.
Mereka terus pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, Fatin terus bersiap siap pergi ke studio bersama abang abangnya. Abang Airil menyuruh Fatin untuk duduk di rumah sahaja tetapi Fatin berdegil untuk pergi. Mereka pergi studio tak lama kemudian. Selepas melihat Fatin dan abang abangnya pergi, cikgu shakiram terus mengambil kunci keretanya dan pergi ke syarikat. Sampai di syarikat, cikgu shakiram melihat atas mejanya banyak file kerja yang perlu dia approved. Cikgu shakiram melakukan dengan laju kerana takut Fatin balik sebelum dia balik ke rumah.