Keesokkannya, fatin tidak sekolah kerana shooting bermula dari pagi. Abang abangnya memberi tahu cikgu shakiram yang fatin tidak bersekolah hari itu. Selepas fatin dan abang abangnya pergi, cikgu shakiram terus mengambil kotnya dan pergi ke syarikat. Sampai di syarikat , cikgu shakiram melihat Sarah ada di syarikatnya.
"Nak apa datang sini? ". Tanya cikgu shakiram.
" I selalu je datang. Cuma bila ia datang you yang tak de. Sibuk dekat sekolah kan". Kata Sarah.
"Kau tak de sebab untuk datang sini. Pergi balik sana". Kata cikgu shakiram.
Sarah terus keluar dari pejabat itu selepas di halau cikgu shakiram. Cikgu shakiram tidak tahu apa tujuan sebenar Sarah untuk datang ke pejabat. Cikgu shakiram menyelesaikan kerja di syarikat dan pulang sebelum fatin pulang.
Waktu petang, fatin pulang shooting awal dan melihat cikgu shakiram masih tidak balik. Fatin pelik kerana sudah waktu nya untuk balik. Fatin cuba untuk menelefon cikgu shakiram tapi tidak diangkat. Fatin tiba tiba teringat tentang telefon yang ada di laci cikgu shakiram. Fatin cepat cepat masuk ke bilik untuk melihat. Fatin melihat laci dan ternampak telefon cikgu shakiram dan bukan telefon yang dia nampak tempoh hari. Fatin pelik mula tertanya tanya.
" Kenapa abang tak bawak telefon? Pelik lahh. Telefon hari tu yang aku nampak tak de pulak". Kata Fatin.
Fatin terus mengambil telefon itu dan bawak turun ke bawah dan menunggu cikgu shakiram pulang.
Cikgu shakiram nampak kereta abang Aidil terus cepat cepat menanggalkan kodnya dan masuk ke rumah. Fatin memandang cikgu shakiram dengan muka yang garang.
"Sa.. Sayang, a.. Awalnya balik. Ingat kan balik malam". Tanya cikgu shakiram.
" Sekejap je Shooting nya. Abang, orang nak tanya? ". Kata Fatin.
" Tanya apa? ". Tanya cikgu shakiram.
" Kenapa abang pergi sekolah tak bawa telefon? ". Tanya Fatin.
" Ah, abang tertinggal sebab tu tak chat sayang tu. Abang balik lambat ni pun sebab ada hak dekat sekolah". Kata cikgu shakiram.
Fatin mengganguk. Walaupun Fatin mengganguk fatin masih ragu ragu dengan Cikgu shakiram. Cikgu shakiram mengambil telefon di tangan fatin terus naik ke bilik untuk mandi.
Pada hujung minggu, Fatin menghadiri latihan taekwondo bersama cikgu shakiram di sekolah. Fatin menunggu cikgu shakiram di dalam kereta. Cikgu shakiram masuk ke kereta dengan memegang susu kotak.
"Nah, minum susu ni. Nanti perut tu kosong pulak , tak sarapan tadi kan".kata Cikgu shakiram.
" Tak nak lah. Orang ada je bawak air kosong ni". Kata Fatin.
"Sayang, amik susu ni. Nanti kalau sakit perut jangan nak mengadu ". Kata cikgu shakiram.
Cikgu shakiram membukakan susu itu dan beri kepada Fatin. Fatin minum dengan terpaksa. Sampai di sekolah, Fatin terus berjumpa dengan Nasha dan bersiap sedia memanaskan badan. Sedang mereka panaskan badan , Fatin melihat cikgu shakiram sedang bercakap dengan telefon. Fatin tertanya tanya siapa yang selalu menelefon cikgu shakiram.
" Asyik asyik dengan telefon dia tu. Dengan siapa dia bergayut tu? ". Kata Fatin.
Fatin terus fokus dengan latihan. Selepas latihan sesi pertama tamat. Mereka berehat sebentar sebelum sambung sesi kedua. Nasha tiba tiba menepuk nepuk bahu Fatin. Fatin dengan muka marah memandang Nasha. Nasha menunjuk kearah cikgu shakiram dengan seorang perempuan.
"Fatin , Fatin. Siapa tu? Kau kenal ke?". Tanya Nasha.
" Siapa? ". Kata Fatin.
" Tu lahh, sebelah cikgu shakiram tu". Kata Nasha.