Sehari sebelum perkhemahan, Fatin dan kawan kawan nya pergi ke Mall untuk membeli barang keperluan. Tanpa Fatin sedari Imran mengikuti mereka dari awal lagi. Di sebabkan Fatin dan nasha sudah kepenatan, mereka pergi ke MC Donald dan menunggu pian dan wan di sana. Sedang mereka leka dengan telefonnya, mereka hingga tidak sedar yang duduk di depan mereka itu bukan wan ataupun pian.
"Ouh,pian awal datang. Wan tak siap lagi ke? ". Tanya Nasha.
Nasha dan Fatin masih melihat telefonnya. Fatin mula merasakan sesuatu yang pelik kerana dia tidak menjawab soalan Nasha. Fatin meletakkan telefonnya dan mula menepuk nepuk Nasha. Nasha jugak terkejut dan mula gelabah.
" Asal kau terkejut sangat nampak aku? Aku hantu ke? ". Tanya Imran.
" Ka.. Ka.. Kau nak a.. a.. apa". Tanya Fatin.
"I nak dating dengan you lah sayang". Kata Imran.
" Kau kenapa Imran? Kau tahu kan Fatin dah tunang. Tolonglah jangan kacau dia". Kata Nasha.
Tiba tiba seseorang dari belakang Imran memukul belakang kepala Imran. Ternyata orang itu ialah pian. Mereka berdua memandang satu sama lain. Nasha terus menarik Fatin keluar dari McDonald's itu. Wan dan pian menghalang Imran daripada keluar. Situasi itu sangat menakutkan bagi Fatin hingga tangan Fatin terasa sejuk. Tak lama kemudian, wan dan pian datang ke arah mereka.
"Mana Imran? ". Tanya Fatin.
" Dia dah Blah dah. Dia lawan dengan aku, mestilah aku menang". Kata wan.
Mereka berasa lega dan sambung membeli barang keperluan mereka. Sedang mereka sibuk membeli, tiba tiba suara perempuan bersorak sangat kuat. Mereka terkejut mendengarnya. Nasha pergi melihat apa yang mereka teriakan itu. Ternyata mereka melihat haqiem rusli datang ke Mall itu. Nasha terus memberitahu mereka . Fatin terus keluar dan melihat haqiem yang sedang berjalan di kelompok perempuan itu. Ternyata haqiem ternampak nya dan berjalan ke arah Fatin.
"Fatin, tak sangka jumpa dekat sini". Kata haqiem.
" Haah, ini namanya jodoh". Kata Fatin.
"Hahahaha, pandai gurau sekarang kan. Ni Fatin dah makan belum, kalau belum Jom lah abang belanja". Kata haqiem.
" Boleh ke? Orang dengan kawan kawan ni". Kata Fatin.
"Boleh je. Jom". Kata haqiem.
Mereka pun pergi makan bersama. Ramai yang mengambil gambar mereka sedang makan. Wan, Nasha dan pian menjadi tidak selesa kerana di kepung oleh ramai orang. Haqiem melihat Instagram nya dan ternyata gambar mereka sedang viral di media sosial.
Selesai makan, Fatin dan Nasha pergi ke tandas. Keluar sahaja tandas, banyak wartawan yang menunggu mereka. Semua menanya kan hubungan Fatin dengan haqiem. Fatin terkejut kerana diserang begitu.
"Fatin apa hubungan awak dengan haqiem? ". Tanya wartawan.
" Awak kata awak dah bertunang. Adakah haqiem ialah tunang awak". Tanya wartawan itu.
"Buat pengetahuan semua, haqiem ialah kawan baik abang saya dan tunang saya bukan artis". Kata Fatin.
Fatin terus menarik Nasha dan mengajak mereka untuk keluar dari Mall. Mereka berterima kasih kepada haqiem kerana telah membelanja mereka. Wan dan Nasha menghantar Fatin balik ke rumah . Sampai di rumah, abang airil menunjukkan gambar yang sedang hangat diperkatakan. Fatin terus baring di atas sofa dan mengeluh kepenatan. Abang airil duduk di sebelah Fatin.
"Penatkan jadi artis, dulu masa abang first first pun sama jugak penat dengan gosip". Kata abang airil.
" Abang lelaki tak pe lah. Adik ni perempuan ". Kata Fatin.