Bab 25

126 5 0
                                    

         Fatin berjalan ke dapur dengan bersahaja dan ternampak Cikgu shakiram sedang memasak sesuatu. Fatin terus mendekati cikgu shakiram untuk melihat apa yang Cikgu shakiram sedang lakukan.

"Abang buat apa? ". Tanya Fatin.

" Tengah buat kek batik. Mama cakap sayang suka kek batik". Kata cikgu shakiram .

"Wahh, buat sedang sedang tau. Kalau tak sedap orang tak nak makan". Kata Fatin.

Fatin menolong cikgu shakiram membuat kek batik. Setelah selesai, mereka meletakkan kek batik itu kedalam peti sejuk dan bercadang untuk memakannya esok. Tak lama kemudian, cikgu shakiram mengambil kunci kereta dan bergegas keluar. Fatin hairan dengan Cikgu shakiram kerana tiba tiba tergesa-gesa keluar. Fatin menahan cikgu shakiram kerana ingin menanyakan kemana dia ingin  pergi.

" Abang nak pergi mana?". Tanya Fatin.

"Abang ada hal sikit". Kata cikgu shakiram.

" Hal apa? Dah petang macam ni. Sekolah mesti dah tutup ". Kata Fatin.

" Bukan sekolah tapi syarikat". Kata cikgu shakiram.

"Syarikat? Syarikat apa? Orang tak faham lah". Kata Fatin.

" Nanti lah abang cerita. Abang janji". Kata cikgu shakiram.

Cikgu shakiram terus pergi ke syarikatnya. Fatin pelik kerana cikgu syarikat menyebut tentang syarikat. Fatin menunggu di rumah dengan perasaan ingin tahu.

        Pada waktu malam, Fatin menunggu cikgu shakiram pulang kerana dia berjanji akan menceritakan tentang perkara itu. Tak lama kemudian, cikgu shakiram pulang ke rumah dengan beberapa file di tangannya. Cikgu shakiram mengajak Fatin untuk berbincang di dalam bilik. Cikgu shakiram meletakkan file di atas meja dan menyuruh Fatin untuk duduk.

"Macam mane abang nak jelaskan? ". Tanya cikgu shakiram.

" Mana lah orang tahu? Ni abang punya Cerita ". Kata Fatin.

" Okey, abang tahu sayang akan marah tapi tolong jangan marah ". Kata cikgu shakiram.

" Abang ialah pemilik syarikat hammy entertainment. Tapi syarikat tu bukan abang yang tubuhkan, tu syarikat papa abang. Abang tolong alik alih je. Abang balik Malaysia ni pun sebenarnya bukan nak jadi cikgu tapi sebab syarikat . Dan semua yang berurusan dengan syarikat abang,abang yang punya". Jelas cikgu shakiram.

" Okey". Kata Fatin.

Fatin membuat muka tidak kisah tetapi di dalam hatinya seperti hendak menjerit mendengar penjelasan cikgu shakiram. Fatin juga berpikir yang dia tiada hak untuk memarahi cikgu shakiram hanya kerana dia ada syarikat sendiri. Cikgu shakiram memandang Fatin dengan muka takut. Fatin terus melihat file file yang Cikgu shakiram bawa balik ke rumah. Fatin melihat ada apa yang tidak kena dengan file itu.

"File ni kenapa? ". Tanya Fatin.

" Salah satu pekerja yang uruskan file ni buat salah. Lepastu abang dah approved dengan file ni. So abang kene buat balik semua nya untuk meeting esok". Kata cikgu shakiram.

"Okey orang tolong". Kata Fatin

" Boleh ke? Tak payah lah sayang. Tangan sayang tak baik lagi tu". Kata cikgu shakiram.

Fatin terus mengambil komputer nya dan mula membaharui file itu. Cikgu shakiram juga membantu Fatin. Cikgu shakiram kagum dengan Fatin kerana walaupun umurnya masih remaja tetapi dia sudah tahu tentang selok belok masalah syarikat. Sudah lewat malam tetapi Fatin masih berjaga untuk menyiapkan file itu. Cikgu shakiram terus menarik Fatin pergi ke katil dan menyuruh Fatin untuk tidur. Fatin terus menarik selimut nya.

CIKGUKU SUAMIKUWhere stories live. Discover now