Bab 37

222 9 1
                                    

           Setelah sebulan kejadian itu, walaupun duduk satu rumah Fatin dan cikgu shakiram tidak lagi tidur bersama. Sarah juga sering datang ke rumah itu untuk bercakap tentang perkahwinan nya bersama cikgu shakiram. Kehidupan Fatin betul betul berubah selepas itu. Keputusan peperiksaan Fatin jatuh mendadak kerana tidak dapat fokus. Fatin juga mengambil keputusan untuk pindah sekolah dan mahu memberikan tumpuannya kepada group syarikat papanya. Meskipun hatinya berat untuk meninggalkan sekolah itu tetapi Fatin terpaksa juga kerana dia akan lebih fokus pada group . Fatin juga akan jarang datang ke sekolah kerana menguruskan group. Setiap hari jika Fatin tidak ke sekolah, Fatin akan ke syarikat. Fatin juga jarang balik ke rumah kerana tidur di syarikat. Cikgu shakiram merasa geram dengan dirinya sendiri kerana menyebabkan Fatin jadi sebegitu.

"Shakiram, you dengar tak I cakap ni?". Tanya Sarah.

" apa benda? Kau nak pilih pilih je lah. Kau ingat aku kisah ke". Marah cikgu shakiram.

"Lepas kita kawin ceraikan budak tu". Kata Sarah.

" kau siapa nak cakap macam tu?!! Dia isteri aku lah!! ". Jerit cikgu shakiram.

Cikgu shakiram mengambil beg sarah dan menolak Sarah keluar dari rumah itu. Cikgu shakiram dengan kuat menghentak pintu itu dan mengunci pintu itu.

  
          Sementara itu di syarikat, Fatin dan papa nya berada di bilik meeting untuk berbincang tentang group Rise itu. Di sebabkan group Rise ini popular di seluruh Malaysia, Thailand,China, Korea, Indonesia dan Brunei, group ini menerima show dari setiap satu negara itu. Fatin dan dan pasukan nya perlu menyusun jadual mereka dengan teratur supaya tidak ada halangan.

" setiap show ni, adik ikut. Papa nak adik jadi ketua Manager diorang". Kata papa Fatin.

"So berapa minggu adik tak sekolah nanti? ". Tanya Fatin.

" lebih kurang 1 bulan lebih". Kata papa Fatin.

Fatin hanya mengangguk faham. Fatin pulang ke rumah dan mempersiapkan dirinya untuk pergi ke luar negara. Cikgu shakiram yang berdiri di luar bilik Fatin hanya memandang Fatin mengemas bajunya. Fatin tiba tiba berhenti mengemas baju nya dan memandang ke arah cikgu shakiram. Cikgu shakiram terus tersenyum ke arah Fatin tetapi Fatin hanya memandang dengan muka serius.

"Sorry, saya tak boleh datang majlis akad nikah cikgu sebab hari tu saya akan Flight ke korea". Kata Fatin.

" sayang jangan lah cakap macam tu". Kata cikgu shakiram.

Fatin terus terdiam dan menutup bagasi nya dengan cepat dan menghulurkan tangan nya ke arah cikgu shakiram untuk meminta izin pergi ke Korea. Air mata Fatin jatuh di situ juga. Cikgu shakiram menahan dirinya daripada menangis.

          Sehari sebelum Fatin pergi ke Korea dan Cikgu shakiram menikah, Fatin dan keluar bersama sama dengan Nasha, wan dan pian. Mereka sudah lama tidak berjumpa kerana Fatin pindah sekolah. Mereka melepaskan rindunya sebelum Fatin pergi ke Korea. Suasana itu sepatutnya menjadi sangat ruang tetapi Fatin langsung tidak tersenyum. Mereka bertiga tahu akan cerita Fatin dan turut simpati dengan Fatin. Mereka sedaya upaya membuatkan Fatin lupa akan cerita itu dan cuma berseronok.

"Entah bila lagi lah kita nak jumpa lagi? ". Kata wan.

"2 bulan lagi". Kata Fatin.

" kau jaga diri tahu dekat negara orang. Cuaca berubah berubah . Dari Korea ke China ke Brunei ke Thailand ke Indonesia". Kata pian.

"Kau ni bebel macam mama aku pulak". Kata Fatin.

" aku sayang kau tau, sebab tu aku bebel". Kata pian.

"Aku pun sayang kau sebagai kawan aku". Kata Fatin.

" Friendzone" kata wan dan Nasha serentak.

CIKGUKU SUAMIKUWhere stories live. Discover now