Bab 31

138 5 0
                                    

         Ketika di syarikat, cikgu shakiram melihat Sarah berdiri di depan pintu masuk biliknya. Cikgu shakiram memanggil pengawal untuk bawa Sarah keluar dari syarikat nya. Sarah masuk ke bilik cikgu shakiram apabila nampak pengawal cuba untuk membawanya keluar dari office itu.

"Shakiram dengar dulu apa I nak cakap". Kata Sarah.

" Kalau kau nak cakap benda yang sama je, baik kau keluar lah". Kata cikgu shakiram.

"Kalau I nak mintak maaf? ". Tanya Sarah.

Cikgu shakiram terus memandang ke arah Sarah dan menyuruh pengawal untuk pergi. Sarah duduk di depan cikgu shakiram dengan muka kesian. Cikgu shakiram malas mahu melayan tetapi jika dia ingin meminta maaf cikgu shakiram sedia untuk mendengarnya.

" Shakiram, kalau I mintak maaf dengan you, you maafkan tak? ". Tanya Sarah.

" Kalau kau nak mintak maaf bukan dengan aku, tapi dengan isteri aku Fatin. Dia budak lagi tapi kau buat dia stress". Kata cikgu shakiram.

"Okey, I pergi rumah dia sekarang. I nak mintak maaf". Kata Sarah.

" Eh,.. Eh... Bukan sekarang. Dia tengah rehat dekat rumah. Jangan kacau dia. Kau balik lah dulu nanti aku chat kau". Kata cikgu shakiram.

Sarah mengangguk dan melangkah keluar daripada office cikgu shakiram. Cikgu shakiram seperti percaya tidak percaya yang darah meminta maaf kerana itu bukan perangainya. Buat masa sekarang, cikgu shakiram memutuskan untuk percaya kan Sarah.

           Ketika di rumah, cikgu shakiram balik rumah dan melihat Fatin masih tidur. Cikgu shakiram pelik kerana badan fatin kembali panas . Cikgu shakiram menyelimutkan Fatin dan mengambil tuala basah untuk Fatin. Fatin sedar yang cikgu shakiram ada di sebelah nya tetapi matanya seperti tidak mahu terbuka. Hanya mulut yang berbicara.

"Pukul berapa ni? ". Tanya Fatin.

" 6 petang". Jawab cikgu shakiram.

"Lama sangat orang tidur". Kata Fatin.

" Eh, jangan bangun rehat dulu. Badan sayang panas balik ni. Rehat dulu, biar abang suruh mama buatkan bubur untuk sayang. Lepastu makan ubat. " Kata cikgu shakiram.

Fatin hanya mengangguk. Tak lama kemudian, mama membawa semangkuk bubur untuk Fatin. Cikgu shakiram meniup bubur itu supaya tidak terlalu panas untuk Fatin makan. Fatin duduk di katil dengan keluhan. Cikgu shakiram menyuapkan Fatin bubur.

"Lepas makan, makan ubat lepas tu tidur". Kata cikgu shakiram.

Fatin sambung makan dengan di suap oleh Cikgu shakiram. Selepas makan ubat, Fatin terus terbaring di katil. Fatin tidak membenarkan cikgu shakiram untuk tidur bersamanya kerana takut cikgu shakiram akan mendapat deman juga. Tetapi semasa Fatin tidur, cikgu shakiram senyap Senyap duduk di sebelah fatin dan melihat Fatin sepanjang malam.

          Keesokkan paginya, Fatin melihat cikgu shakiram sedang tidur di kerusi sebelahnya. Fatin mengambil termometer dan mengambil suhunya. Fatin melihat suhunya sudah turun berbanding malam tadi. Fatin mandi dahulu dan mengejutkan cikgu shakiram. Sebaik sahaja cikgu shakiram membuka mata, dia terus memegang dahi Fatin untuk memeriksa demam Fatin.

" Panas lagi". Kata cikgu shakiram.

"Pagi tadi orang ade amik suhu. 37.1 ,okey lah kan. Tak lah panas sangat". Kata Fatin.

" Rehat dulu, tunggu demam surut dulu baru keluar rumah". Kata cikgu shakiram.

"Orang dah lama tak sekolah, ni sikit je". Kata Fatin.

Cikgu shakiram memandang Fatin dengan muka marah. Fatin terus mengikuti kata kata cikgu shakiram dan hanya duduk di rumah. Fatin hanya bermain dengan telefon nya di rumah dan tidak buat apa. Ingin menolong mama , tetapi mama tidak benarkan fatin untuk masuk dapur. Tak lama kemudian, fatin melihat cikgu shakiram balik dari sekolah. Fatin pelik kerana baru belum sampai masa untuk cikgu balik dari sekolah.

CIKGUKU SUAMIKUWhere stories live. Discover now