Fatin ternampak Kak Bella tidak berkerja hari ini. Fatin memandang Kak Bella yang sedang makan ais krim di atas sofa.
"Apa pandang pandang? Ada masalah ke".
Marah Kak Bella. Fatin terus masuk ke biliknya. Fatin tertanya tanya mengapa cikgu shakiram menjadi diam tidak seperti selalu.
" Kenapa dengan cikgu tu eh? Pelik lah. Selalu kalau balik sekolah, mulut dia lah tak boleh nak tutup. "
Kata Fatin sambil melihat telefonnya. Fatin ternampak story ig cikgu shakiram. Yang tertulis "aku jealous". Fatin baru tersedar kenapa cikgu shakiram tidak bercakap dengan nya.
Fatin terus menghubungi cikgu shakiram." Assalamualaikum, bakal suami"
"Waalaikummusalam, nak apa? ".
"Kalau jealous, cakap jelah. Ni nak merajuk macam apa. Ingat comel ke merajuk"
"Siapa kata jealous tak de masa lah. Tapi Imran tu siapa pada sayang".
" Imran.. Rasa dia apa?".
Fatin terus mematikan telefonnya. Fatin tergelak seorang diri. Kak atiera masuk ke bilik Fatin.
"Aku dengar kau jadi tunang orang dah?. Gatal kau kan, tak sabar sangat nak kawin agak nya. Ohh ataupun aku rase tunang kau tu kesian lah dekat kau sebab kau kan tak laku".
Kata Kak atiera sambil membuat muka. Fatin terus menolak Kak atiera dan menutup pintu. Abang Aidil memandang Kak atiera yang berdiri dia bilik Fatin. Abang Aidil memanggil Kak atiera.
"Atiera, sini kejap"
"Nak apa? "
"Sebenarnya kau yang jealous kan? Sebab dulu kan kau suka dekat Shakiram tu"
"Tak de okey"
"Jealous"
Kak atiera terus masuk ke biliknya. Abang Aidil masuk ke bilik Fatin. Fatin sedang mandi dan melihat cikgu Shakiram menelefon Fatin. Abang aidil menjawab panggilan itu.
"Helo? "
"Ye, abang jealous. Siapa Imran tu? Suka hati dia je nak cakap Sayang ni girlfriend dia".
" Ni aidil "
"Ohhhh. Sorry"
Cikgu Shakiram terus meletakkan telefonnya. Abang aidil tergelak mendengar yang cikgu Shakiram jealous. Fatin keluar dari bilik air tanpa bertanya apa apa. Abang aidil turun ke bawah dan menanyakan mama siapa Imran.
"Ma, mama kenal ke Imran"
"Imran? Oh Imran ex boyfriend adik kenapa tanya".
" Tadi Shakiram kata dia jealous yang Imran mengaku yang dia tu boyfriend adik".
"Hahahahaha, tak sangka shakiram tu pandai jealous".
Fatin terdengar abang aidil dan nama bercakap pasal Imran Fatin cepat cepat mencari telefonya. Fatin cuba untuk menghubungi cikgu shakiram tapi tidak diangkat.
Keesokkan harinya, mama Fatin terkejut kerana melihat Imran di hadapan rumahnya. Mama Fatin menjemput Imran masuk dan bersarapan sekali. Fatin masih tidak tahu tentang kehadiran Imran.
" Imran datang naik kereta sendiri ke?"
"Haah, hari ni je sebab nak jemput Fatin".
" Oh"
Perbualan antara mama Fatin dan Imran terhenti di situ. Abang aidil memandang ke arah Imran dan terkejut. Abang aidil terus keluar untuk berjoging. Abang aidil ternampak cikgu shakiram berada di hadapan rumah.