Sampai di rumah Fatin, cikgu shakiram terus balik . Fatin pelik kerana selalu dia akan masuk dahulu baru balik. Fatin terus masuk dan melihat abang abang nya dan papa nya sedang berbincang sesuatu. Abang Airil memanggil Fatin untuk duduk Bersama mereka. Fatin terus duduk tanpa mengetahui apa apa.
Papa Fatin menghulurkan mereka sebuah fail."Papa ada projek baru". Kata papa Fatin.
" Projek apa? ". Tanya Fatin.
" Di sebabkan ramai trainer yang masih belum berjaya untuk memulakan kerjaya diaorang. Tapi untuk trainer lelaki je lah. papa nak buat macam rancangan macam Korea tu". Kata papa Fatin.
"Ohh.. Macam Produce 101 tu ke? ". Tanya abang Aidil.
" Haah, dan papa nak kamu bertiga jadi jurulatih. Aidil dengan Airil bahagian vocal. Fatin bahagian vocal, rap, dance" Kata papa Fatin.
"Tiga sekali? Banyak tu pada". Rungutan Fatin.
" Sign je lah dekat fail tu ". Kata papa Fatin.
Mereka tanpa membaca fail itu dan terus Sign. Papa Fatin memberitahu bahawa rancangan itu akan bermula bulan depan. Papa memberikan mereka nama nama syarikat yang akan menyertai pertandingan itu dan perlu berjumpa untuk membuat pemilihan trainer yang layak menyertai.
Selepas berbincang habis, Fatin terus nak ke biliknya dan mandi. Semasa Fatin mandi, Fatin terdengar telefonnya berbunyi dan cepat cepat mandi. Siap sahaja mandi, Fatin melihat cikgu shakiram menelefonnya. Fatin terus mengangkat panggilan itu.
"Assalamualaikum, tengah buat apa tu? ". Tanya cikgu shakiram.
" Baru siap mandi". Jawab Fatin.
"Amboi, lambat betul mandi. Abang hantar sayang balik 1 jam 30 minit yang lepas". Kata Cikgu shakiram.
" Tadi orang Borak pasal syarikat dengan papa lah". Kata Fatin.
"Ohhh... Okeylah sayang bye". Kata cikgu shakiram.
Cikgu shakiram menamatkan panggilan itu. Fatin memandang telefon nya dengan muka tidak puas hati. Abang Airil menghantar fail dan nama syarikat yang terlibat.
Fatin melihat nama nama syarikat itu sambil memikirkan cara dia hendak berurusan dengan pemilik syarikat. Disebabkan esok tidak sekolah, Fatin bercadang untuk menyelesaikan beberapa syarikat.
Keesokannya, Fatin menyuruh driver papanya untuk membantunya pergi ke syarikat syarikat itu. Awal pagi lagi Fatin sudah pergi untuk menyelesaikan perkara itu. Papanya gembira melihat Fatin yang bersungguh-sungguh membuat kerja itu."Pak Din, kita pergi Flamingo entertainment dulu". Kata Fatin.
Mereka terus bergerak ke syarikat itu. Fatin berasa gugup kerana ini kali pertamanya untuk membuat kerja sebegini. Fatin terus berjumpa dengan CEO syarikat itu dan mula berbincang. Setalah lama berbincang, Fatin meminta untuk berjumpa dengan para trainer. Fatin dan CEO mereka pergi ke bilik Latihan mereka.
Sampai di bilik latihan itu, Fatin melihat mereka dengan muka serius dan melihat mereka berlatih.