BAB 6

277 15 0
                                    

            Keesokan harinya, Fatin rasa seperti malas pergi ke sekolah kerana Fatin tahu bahawa satu sekolah membaca article tentang nya. Fatin menurun tangga dengan malas. Sampai di bawah Fatin melihat cikgu shakiram sudah datang dan memakai baju lawa.

"Cikgu dah mula kerja ke? ". Tanya Fatin.

" Haah, cuti lama lama buat apa? Kalau pergi sekolah boleh lah abang tengok muka sayang". Kata cikgu shakiram.

Fatin terus menyumbat roti ke mulut cikgu shakiram. Fatin senyum tanpa di ketahui oleh cikgu shakiram. Selepas sarapan, Fatin dan cikgu shakiram pergi sekolah bersama sama.

          Sampai di sekolah, Fatin tidak mahu turun dari kereta kerana takut di kritik oleh kawan kawan nya.

"Sayang kenapa? " Tanya cikgu shakiram.

"Macam mane kalau diaorang kata bukan bukan pasal orang. Orang tak suka lahh". Kata Fatin.

" Sayang, kenapa nak risau pasal tu? Walaupun berita tu mungkin semua orang tahu, tapi ni sekolah. Apa yang sayang kene buat kalau dekat sekolah? ". Tanya cikgu shakiram sambil memandang tepat pada mata Fatin.

" Belajar?". Kata Fatin

Cikgu shakiram mengangguk. Cikgu shakiram keluar kereta dan membukakan pintu untuk Fatin. Fatin perlahan lahan keluar dari kereta. Selepas Fatin memandang muka cikgu shakiram, Fatin tersenyum senang.

"Ohhh, sayang senyum lahh!! " Jerit cikgu shakiram dengan kuat.

Fatin dengan laju menutup mulut cikgu shakiram. Fatin terus masuk ke kelas.

              Sampai di kelas, Fatin tidak memandang sesiapa pun dan terus mengeluarkan buku. Tak lama kemudian wan dan nasha sampai di kelas dan menegur Fatin dengan mesra.

"Hai Fatin" Sapa wan.

"Hai wan, Nasha". Kata Fatin.

" Eh Fatin kau dah siap kerja sejarah, aku nak pinjam". Kata wan.

"Eh kau ni wan, semalam aku Ajak kau buat sama sama tak nak sibuk main game". Marah Nasha.

" Hahahahaha, Nah" Gelak Fatin sambil memberikan buku Sejarah kepada wan.

Fatin merasa selesa kerana mereka tidak menanyakan tentang perkara yang Fatin sangat takut untuk dengar. Tak lama kemudian, cikgu Mazran masuk ke kelas. Mereka belajar seperti biasa. Pelajaran terhenti apabila Imran tiba tiba masuk ke kelas.

"Imran, awak tak ada adap ke? Dah lah datang lambat". Tegur cikgu Mazran.

Imran terus duduk di tempatnya. Cikgu Mazran membiarkan Imran kerana cikgu Mazran sudah malas untuk memarahinya.

         Selepas cikgu Mazran keluar, Imran tiba tiba berdiri di depan Fatin. Imran hanya berdiri tegak di depan Fatin sambil tersenyum jahat.

"Ohh, ni lah budak yang bertunang dengan cikgu sendiri tu. Wah, gatal sangat dah nak kahwin ". Kata Imran.

Fatin hanya terdiam mendengar kata kata Imran. Pada masa yang sama cikgu shakiram lalu di kelas Fatin dan terdengar perbualan Imran. Walaupun Imran mengatakan perkara itu dengan sangat kuat Fatin hanya boleh berdiam. Cikgu shakiram sudah tidak boleh bertahan lagi. Belum sempat cikgu shakiram masuk, tiba tiba Imran di tumbuk oleh pian. Semua terkejut kerana semua tahu yang pian bukan lah jenis yang ganas. Mereka bertumbuk di dalam kelas itu. Imran mengambil penyapu dan mematahkan batang penyapu itu. Belum sempat Imran menghayunkan batang penyapu itu, cikgu shakiram menarik tangan Imran yang sedang memegang batang penyapu itu. Imran  terkejut kerana tangannya di genggam dengan sangat kuat.

CIKGUKU SUAMIKUWhere stories live. Discover now