Pada hari perlawanan silat, fatin memanaskan badan sambil memandang sekeliling. Dia melihat ada beberapa wartawan yang datang ke perlawanan itu kerana mengetahui Fatin akan bertanding. Sedang Fatin sibuk memanaskan badan, seseorang datang ke arahnya.
"Senior kau kata tangan kiri kau sakit, Senang lah aku nak kalah kan kau". Kata Anis.
" Kau siapa? ". Tanya Fatin.
" Oh, aku Anis. Wakil sekolah paduka. Senior kau lawan aku dulu tapi dia dah tak main sekarang sebab kene buang sebab kau". Kata Anis.
"Cakap banyak tak guna kalau masuk nanti kalah". Kata Fatin.
Fatin terus mengambil begnya dan berpindah ke tempat lain. Anis hanya memandang Fatin dengan muka geram. Sebelum bermula perlawanan, Fatin melihat perlawanan Anis dengan teliti. Wan datang mendekati Fatin dan menonton perlawanan itu bersama sama. Fatin bertanya tentang Anis. Wan memberitahu yang Anis adalah juara 3 kali berturut-turut.
" Kau kenal Anis tau? ". Tanya Fatin.
" Siapa je tak kenal dia? Dia juara 3 kali berturut-turut kot. Selalu sekolah kita yang akan dapat tempat kedua". Kata wan.
"Tahun ni , dia tak akan dapat gelaran juara tu". Kata Fatin
Fatin terus pergi ke gelanggang nya dan bersiap sedia untuk berlawan.
Bakat Fatin memang tak pernah mengecewakan. Fatin menang setiap perlawanan dan akhirnya berhujah dengan Anis di final. Tangan kiri Fatin mula rase sakit. Anis tersenyum melihat Fatin memegang tangannya.
Perlawanan antara Fatin dan Anis di mulakan. Anis sentiasa menyerang tangan kiri Fatin demgan sengaja. Fatin menahan sakit tangannya. Pada pusingan pertama Anis mendahului dan Fatin ketinggalan di belakang." Fatin, kau tak perlu paksa tangan kau tu. Kalau tangan kau sakit lagi, cikgu shakiram marah aku tau". Kata wan.
"Kalau demi tempat pertama aku sanggup". Kata Fatin.
Fatin masuk kembali kedalam gelanggang. Kini masanya untuk Fatin menyerang Anis kembali dan mengejar point markah yang ketinggalan. Beberapa saat sebelum perlawanan berakhir, Fatin menjatuhkan Anis dengan tangan kirinya. Selepas membuat jatuhan itu, Fatin Mengerang kerana tangan kirinya sakit. Fatin menghalang wan untuk masuk ke gelanggang dan menunggu untuk pengadil menamatkan perlawanan. Fatin melihat markahnya dan ternyata dia mengalahkan Anis. Dalam kesakitan, Fatin berasa gembira kerana dapat mengalahkan Anis. Wan terus cepat cepat membawa Fatin ke pasukan Medic. Pasukan Medic menyarankan untuk mereka pergi ke hospital. Fatin menyuruh wan untuk tunggu di situ kerana perlawanan wan masih belum habis.
" Kau tunggu sini, game kau tak habis lagi. Kau tolong telefon cikgu shakiram je. Bagitahu dia". Kata Fatin.
Wan terus menelefon cikgu shakiram dan memberitahu yang Fatin dalam perjalanan ke hospital.
Di hospital, cikgu shakiram berjumpa dengan doktor . Doktor menunjukkan x-ray tangan kiri fatin.
"Kalau kita tengok dekat sini, bukan setakat penggelang tangan je yang bermasalah, tulang dia retak, bahu pun sama. Saya akan simen tangan dia untuk 2 minggu. Lepas dua minggu datang lagi untuk check up". Kata doktor.
" Baik doktor ". Jawab cikgu shakiram.
Sementara menunggu tangan fatin di simen, cikgu shakiram menelefon papa dan mama fatin tentang tangan fatin. Selepas siap tangan fatin di simen, cikgu shakiram terus berjumpa dengan fatin. Cikgu shakiram memandang fatin dengan muka marah. Fatin pasrah apabila melihat muka cikgu shakiram sebegitu.
" Jom, amik ubat lepas tu balik". Kata cikgu shakiram.
Fatin tanpa bercakap apa apa hanya mengikut cikgu shakiram mengambil ubat dan balik.