6

52 5 0
                                    


        "Seokjin. Lambat awak balik hari ni? " gadis itu mendekati lelaki yang bergelar suami kepadanya.

       Lengan lelaki itu dipegang seraya diusap. Seokjin nampak penat dan kelihatan sedikit serabut pada pandangannya.

        "Jiah tunggu awak. Tapi dia dah tidur penat kot tunggu awak lama sangat. " Soora mula bercerita. Tangannya ditolak Seokjin dan lelaki itu melonggarkan tali lehernya.

         " Aku tak suruh pun budak tu tunggu aku balik. Kau pun. Boleh tak kau berhenti berkepit dengan aku? Rimas tahu? Aku letih. Penat." Soora memandang pelik.

       "Awak boleh cakap baik-baik kan? Mana saya awak? Budak yang awak cakap tu anak awak tahu? Kalau awak penat. Saya lagi penat jaga makan minum awak dengan anak. "

        "Dah tu kau nak apa? Cerai? " Terdiam terus Soora jadinya. Muka Seokjin ditenung dengan penuh sabar.

        "Kau penatkan jaga aku? Bagi aku makan? Cerai jelah senang. " air liur ditelan kelat. Kenapa lelaki yang baru dia sayang selama 7 tahun itu berubah? Mana perginya kata-kata manis yang keluar dari bibir lelaki itu?

        "Saya tak pernah-"

        "Kau menyesalkan kahwin dengan aku? Aku penyebabkan kau putus tunang dengan Mingyu kan? Cerai jelah? Kau pun boleh goda balik bekas tunang kau tu. "

        "Seokjin... "

        Tumpah air mata gadis itu. Sampai begitu sekali Seokjin memandang rendah pada dirinya sebagai seorang wanita. Isterinya.

        "Nenek! " Minjae berlari memeluk tubuh wanita itu yang sedikit berisi. Rumah ibu mentuanya sangat meriah untuk hari ni. Kereta juga banyak terpakir di luar rumah. Syukur sahaja tidak dipakir di rumah jiran.

       "Happy birthday cucu nenek. Minjae! " ucap Puan Joora ibu kepada Mingyu. Minjae tersenyum seraya mengucap terima kasih.

          Jinae yang berada didukungan aku ditepuk perlahan. Tertidur di dalam kereta. Penat mungkin. Balik dari sekolah mereka terus pergi ke rumah ibu Mingyu. Sempat menukar baju untuk Minjae dan Jinae sahaja.

       "Ibu dah suruh datang lambat sikit. Tak nak dengar. Tengok Jinae dah tertidur tu. Kesian Nana. " lengan Mingyu ditepuk melepaskan geram. Degil betul anaknya sorang ni. Bukannya malam ini menyambut hari lahir anaknya Minjae.

      "Nana naik dulu ya? " Hyuna meminta diri. Takut terjaga pula anaknya Jinae kerana bunyi bising yang datang dari sedara-mara keluarga Mingyu.

       "Sayang? "

       "Buat apa? " tanya Mingyu. Lelaki itu menghampiri katil yang diduduki oleh isterinya dan Jinae yang sedang tidur.

       "Tidurkan Jinae. "

        "Anak perempuan awak ni dah besar tahu? Jangan manjakan dia sangat. " beritahu Mingyu yang sudah baring mengiring menghadap Hyuna.

        "Siapa yang manjakan dia dulu? Sikit-sikit berkepit dengan dia? " tanya Hyuna kembali. Dulu Mingyu rapat dengan Minjae dan dia rapat bersama Jinae. Tetapi sejak anak mereka meningkat dewasa jadi terbalik pula.

          "Yelah, sorry " Hyuna hanya menjeling Mingyu sahaja. Gedik.

          Tidak lama itu Mingyu pula yang terlelap disebelah Jinae. Hyuna hanya tersenyum seraya ketawa kecil. Comel. Jinae tidur mengiring menghadapnya begitu juga Mingyu yang tidur mengiring menghadap Jinae.

        "Mingyu. Saya nak turun tau. " lengan lelaki itu diusap lembut. Mingyu hanya menggumam dan kembali tidur. Sempat Hyuna hadiahkan dua ciuman di tepi dahi Mingyu dan di bahagian pipi sebelum dia berura keluar dari bilik Mingyu.

        Turun sahaja aku. Bunyi yang meriah datang dari sedara-mara masuk ke dalam gegendang telinga aku. Suara kanak-kanak kecil yang menjerit teruja bermain bersama sepupu yang lain.

        "Suami mana? " tanya salah seorang adik beradik ibu Mingyu.

         "Ermm, tidur. Penat mungkin sebab dari kerja terus datang sini. " ramah aku. Wanita itu hanya menganggukkan kepalanya.

           Sedang aku duduk berborak dengan saudara ibu tiba-tiba suara seorang budak kecil menangis dari luar rumah.

         Minjae...

         Terus aku bangun berlari anak ke keluar rumah. Jantung aku semakin mengepam laju apabila kelibat Minjae tiada didepan mata aku.

         "Ibu, ibu nampak Minjae? " tanya aku masuk ke ruang dapur.

         "Tadi dia main dengan budak-budak dekat luar ni. Kenapa? Minjae tak ada ke? " tanya Puan Joora. Dia pula yang berasa cemas.

         "Tak apa. Nana pergi cari dia. Ibu jangan bagitahu Mingyu ya kalau dia dah sedar? . " Puan Joora hanya menganggukkan kepalanya dan kembali membuat kuih. Dia risau tetapi dia juga perlu membuat kerja lain. Jadi dia hanya mengangguk sahaja dan menyedapkan hati.

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now