Aku duduk termenung di dalam pejabat ini. Akhirnya, aku dah jumpa Hyuna dekat mana. Syukur dia tak pergi jauh.Pejam celik dah seminggu tiga hari dah Hyuna tak bersemuka dengan aku. Semalam aku baru dapat jumpa dengan dia. Tapi dia masih tak nak balik walaupun aku dah cuba pujuk dia.
Dia dengar apa yang aku cuba jelaskan pada dia. Dia jawab apa yang aku tanya dia walaupun dia hanya menggumam. Mungkin hati dia masih belum dapat terima apa yang jadi. Dan aku masih lagi bagi dia masa. Biarlah. Sampai masa aku akan bawa dia balik nanti.
♡
"Kau tengah buat apa tu? " Chanyeol mengangkat kepalanya apabila Daeho masuk ke dalam bilik.
"Lipat baju lah. Aku kan dah nak keluar dari rumah ni..." jawab Chanyeol sambil tangannya bergerak untuk melipat baju dan masukkan ke dalam beg roda.
"Sunyi lah aku nanti kau dah tak ada. "
"Pulak. Hari tu bukan main kau menghalau aku. Macam aku punca jatuhkan rumah tangga kau. " jawab Chanyeol.
"Hehehe. Dah setahun kau duduk sini. Aku bosan juga asik tengok muka kau... " Daeho baringkan tubuhnya pada katil bujang itu.
"Amboi. Dah ada ke? Tu yang menghalau aku tu kan? Ye lah. Dah ada orang baru nak duduk dekat sini. Siapa lah aku kan? Hanya kawan baik kau je... " Daeho diam. terus dia bangun dari pembaringannya lalu memandang Chanyeol yang sudah bermasam muka.
Haih. Macam Chanyeol pula kekasih dia. Nak kecewa bagai. Padahal mereka berdua cuma bekawan baik sahaja.
"Nak ke alam perkahwinan tu belum. Tapi kenal-kenal tu ada lah. Lagipun suka hati aku lah yang kau nak tarik muka sangat kenapa? Kau gay aeh? " mata dikecilkan apabila memandang muka Chanyeol.
"Hoi! Mulut kau. Aku tampar kang. Apa lah guna tunang aku tu. Baik aku tak bertunang dengan dia kalau aku gay. Haish kau ni. " Daeho hanya menjeling sahaja.
"Okey lah tu dah ada. Kan dah tak sunyi. Nanti meriah je rumah ni. Segala bunyi semua ada nanti. " Chanyeol ketawa kecil dihujung ayat. Daeho pula yang masih blur hanya memandang Chanyeol pelik.
♡
Akhirnya aku pulang ke rumah. Setelah dipujuk Mingyu. Sedih je muka Bona masa aku nak pergi. Lama dia peluk aku. Siap amaran Mingyu lagi jangan buat aku menangis. Mingyu pula layankan aje.
Mula-mula tu aku memang tak nak balik. Ingat nak duduk dalam satu hari lagi macam tu. Habis Mingyu dah paksa. Terpaksa juga lah aku balik.
Dia cakap dua minggu aku dekat sana dah cukup lama bagi dia. Dia sunyi tak ada orang nak layan dia. Dan aku pun ia kan jelah.
Aku harap kali ni Mingyu betul-betul serik dengan apa yang dia dah buat pada aku dan akibatnya aku lari dari rumah tinggalkan dia.
♡
"Eunbi kamu ada makan ubat apa-apa ke? " tanya Tuan Kwon apabila Eunbi turun ke bawah untuk bersarapan.
"Tak ada kenapa? "
"Badan kamu berisi. Mana tahu kamu nak gemuk. Kamu makan ubat. Selera kamu pun lain macam ayah tengok. " Eunbi hanya diam sahaja. Mukanya nampak sahaja seperti dia mengabaikan percakapan Tuan Kwon. Tapi hanya tuhan sahaja yang tahu betapa lajunya jantung itu berdegup sekarang.
"Hari ni kamu masuk pejabat tak? " tanya Tuan Kwon.
"Masuk. Tapi lambat sikit. Eunbi nak pergi cafe sekejap." Tuan Kwon hanya menganggukkan kepalanya sahaja sebelum dia berlalu pergi.
♡
"Ayah. "
"Eh, Chanyeol." terus Chanyeol memeluk tubuh lelaki itu. Erat. Sampai sahaja dia disini. Terus dia pergi ke rumah lelaki itu. Tetapi apabila pembantu rumah memberi tahu yang lelaki sebaya bapanya itu sudah pergi ke pejabat terus dia datang ke sini.
"Rindunya ayah pada kamu Yeol. " bahu Chanyeol diusap-usap.
"Kamu sihat? "
"Sihat. Ayah? "
"Macam ni lah. Bila sampai? Kenapa tak bagitahu ayah?. Boleh ayah minta anak ayah tunggu kamu tadi. " Chanyeol hanya tersenyum sahaja.
"Ibu okey? Adik? "
"Ibu okey. Cuma sakit sikit-sikit tu biasa lah. Adik pun okey. " Tuan Kwon diam hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Ditenung meja kopi yang ada dihadapannya.
"Ayah."
"Ya? "
"Yeol nak minta maaf pasal semua yang Yeol pernah buat dekat ayah.. " tidak sempat Chanyeol mahu menghabiskan percakapannya sudah dipotong oleh lelaki yang berada di hadapannya.
"Alah, tak pelah. Ayah faham perasaan kamu. Kamu balik sini pun mesti ada sebab kan? "Chanyeol hanya tersengih sahaja.
"Pergi lah Yeol. Dia ada dekat cafe bawah sana.. " perlahan-lahan Chanyeol mengangkat mukanya. Wajah selamba lelaki dihadapannya dipandang. Betul ke?
"Tengok ayah buat apa? Pergilah. " terus Chanyeol berlari anak keluar dari pejabat ayahnya. Laju sahaja langkahnya.
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...