"Mingyu! ""Mingyu? Mingyu. Awak tak apa-apa kan? Mingyu? " aku tepuk pipi Mingyu untuk sedarkan dia.
"Eh lepaskan aku lah! "
"Lepaskan aku! "
"Mingyu. Jangan tinggalkan saya. Saya minta maaf... " wajah Mingyu yang seakan tidak bernyawa lagi aku pandang cemas.
"Sayang... "
"Mingyu? "
"Saya penat..."
"Saya tak larat... "
"Mingyu, saya minta maaf. Saya minta maaf. Saya minta maaf sebab tuduh awak suka hati hati... " tangan Mingyu aku sentuh. Masih hangat.
"Saya nak rehat. Boleh? "
"Saya mengantuk sangat.. "
"Mingyu.."
♡
2020
"Hyuna? "
"Ibu... "
"Termenung apa tu? " aku ketawa kecil. Biarlah nak termenung pun. Tak salah kan?
"Dah setahun lebih dah perkara tu berlalu kan ibu? " tanya aku. Wajah ibu yang sedikit sedih aku pandang. Ibu cantik. Walaupun sudah berumur muka masih lagi bersih. Tak ada kedut.
Cerita pasal tahun lalu. Seokjin akhirnya dia dimasukkan ke dalam penjara kerana menjual dadah dan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh terhadap Eunbi.
Soora pula. Dia semakin pulih dari penyakitnya. Sakit apa aku kurang pasti. Dia tak nak bagitahu aku. Jadi aku hanya hormat keputusan dia. Mungkin dia kemurungan disebabkan rumah tangga dia yang tidak begitu terurus. Tambahan pula Jiah takut untuk rapat dengan dia.
Jungkook dan Hyeki pula sudah berkahwin. Sekarang Hyeki tengah mengandung anak mereka yang pertama. Kejadian yang aku dicekik tu sebenarnya Hyeki yang terkena bukan aku. Syukur ingatannya tidak hilang kerana kepalanya terhentak pada perhiasan batu yang berat. Aku bersyukur sangat Jungkook tergerak hati nak pergi rumah aku masa tu.
Dia ada beritahu aku. Sampai sahaja dia dekat sana. Satu rumah gelap. Pintu utama terbuka tidak ditutup. Masuk sahaja di dalam rumah. Dia terus ternampak tubuh Hyeki yang sudah terbaring bersama anak-anak aku yang menangis di belakang tubuhnya. Terus diangkat tubuh Hyeki untuk pergi ke hospital bersama anak-anak aku. Jungkook ada bagitahu juga. Ada orang yang sengaja putuskan wayar rumah. Dan disebabkan dia tak nampak dalam keadaan gelap macam tu. Orang tu sangka Hyeki tu adalah aku.
Tapi tak apa lah. Benda dah jadi. Siapa pelakunya pun aku, Jungkook dan Hyeki dah tahu...
Mingyu pula. Dia...
"Mommy! "
"Eh, sayang.... "
"Pergi mana tadi dengan atuk?" tanya aku seraya mendudukkan Jinae diatas riba aku. Dah besar dah budak kecil ni.
"Pergi taman. Lepastu beli ais krim. " senyuman yang paling manis aku beri pada Jinae. Kalau dia bercerita tak pernah tak teruja.
"Abang ada kacau Jinae tak? "
"Tak, abang main dengan Iseul.."
Aku ketawa kecil. Mula lah tu keluar cemburu dia. Dia memang tak suka kalau Minjae main dengan Iseul. Lebihkan Iseul daripada dia.
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...