19

38 4 3
                                    


       Deringan telefon yang berkali-kali masuk dalam gegendang telinganya diabaikan. Rimas pun ada. Menganggu kenteteraman dirinya sahaja.

       "Kalau aku tak angkat tu. Tak payahlah call banyak kali. Semak betul lah nombor ni. " lagi sekali butang merah itu ditekan geram.

        "You lambat ke? "

         "Ouh, tak. I pun, baru je sampai. " tangan lelaki itu memeluk pinggang Eunbi.

        "Jom lah. Tak sabar rasanya."

        "Okey. Jom. Tapi sebelum tu. I nak duit dari You boleh tak Gyu?" rahang lelaki itu disentuh.

          "You nak berapa? "

         "I bagitahu you nanti boleh? " peha Eunbi disentuh dan lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

         "Mingyu. Lambatnya awak balik hari ni.. " Hyuna menoleh ke belakang apabila Mingyu masuk ke dalam rumah.

       "Awak nak apa-apa? " Mingyu diam lagi. Jadi Hyuna hanya diamkan sahaja dan kembali mengajar Jinae.

         Takut dia kena marah lagi. Jadi lebih baik dia biarkan sahaja lelaki itu reda seketika berulah dia menanya kemahuan lelaki itu.

       "Mommy, dah siap. " Hyuna senyum, dan terus mengemas barang Jinae yang bersepah diatas meja.

       "Mommy, Jinae lapar lah. Boleh tak mommy masak? " tangan kecilnya diletakkan pada perut.

       "Lapar? Makan malam macam ni tak elok tau. Tapi disebabkan esok Jinae tak sekolah jadi mommy masak. Okey? " tersenyum Jinae jadinya.

       Tangan kecilnya di pegang dan mengatur langkah ke dapur bersama. Dua biji telur diambil lalu direbus. Sandwich telur sahaja lah. Cukup untuk anaknya mengalas perut.

      "Nah. Ambil ni. " sampul surat berwarna coklat itu diberi pada lelaki itu.

       "Ni je kau dapat? " soal lelaki itu apabila dia membuka sampul surat itu.

        "You ni tak boleh sabar ke? Tak akan lah I nak minta 13 juta terus. " lelaki itu tersenyum. Pipi gadis itu dicium sekilas.

      "You ni bodoh ke apa?! Suka hati cium I " lelaki itu tersenyum sinis apabila melihat Eunbi yang sudah naik marah.

       "Apa salahnya? Kau pun buat macam tu kan tadi untuk dapatkan duit ni. "

       "Kurang ajar. You ingat I nak sangat ke kena sentuh dengan lelaki tu? Kalau bukan sebab duit yang you nak tak adanya I nak jumpa lelaki tu. "

       "Pelik betul aku tengok kau ni..." lelaki itu terus keluar dari kereta Eunbi. Laju sahaja jalannya dan terus hilang entah ke mana.

        "Hyuna? "

        "Ouh, Seokjin. Hai! " tubuh Hyuna dipeluk. Terdiam sekejap Hyuna seraya memandang Seokjin kekok.

         "Mingyu mana? " tanya Seokjin.

         "Dia sibuk. Tak dapat nak teman saya belanja." jawab Hyuna. Seokjin pula hanya menganggukkan kepalanya. Pura-pura baru tahu. Padahal dia sudah tahu lama. Yelah. Rancangan dia. Sudah tentu dia tahu dari awal.

         "Minjae mana? "

        "Dia dekat rumah ibu saya. Jadi, saya pergi berdua jelah dengan Jinae. " kepala anaknya diusap lembut.

        "Ouh, kalau macam tu. Jom lah. Saya hantarkan awak. " Seokjin menawar diri. Troli yang sudah terisi barang itu ditarik lembut.

         "Tak apa lah. Lagi pun saya bawa kereta sendiri. " tangan Seokjin ditahan.

         "Bawak kereta sendiri? Berdua dengan Jinae? " Hyuna menganggukkan kepalanya.

        "Sayang tahu tak bahaya. " terkebil-kebil mata Hyuna jadinya apabila Seokjin memanggil dirinya 'sayang'.

        "Tak apalah kalau macam tu. Kita keluar makan jom? Awak ikut saya dari belakang. Boleh? " cadang Seokjin. Rambutnya yang bewarna coklat diselitkan di belakang telinga seraya membalas percakapan Seokjin.

          "Tak payah lah tanya Mingyu boleh ke tidak. Dia mesti bagi punya. Saya ada jumpa dia tadi. Dia okey je.. " Hyuna diam. Tak yakin betul dengan Seokjin ni. Suka hati dia je nak bawa isteri orang ke mana-mana.

        "Okey lah kalau macam tu. Sekejap je kan? " Seokjin tersenyum seraya mengangguk kepalanya. Terus pinggang Hyuna ditarik dan mereka berjalan bersama.

         Hyuna pula hanya tersenyum sahaja. Hatinya berdebar. Tangan Seokjin yang berada pada pinggangnya cuba dialihkan tetapi lelaki itu seakan sengaja mengeraskan tangannya.

       "Ouh, I rasa yang ni pun okey juga. Cantik je cara dia sampaikan pada kita. " balas Eunbi.

      "Yang ni pun okey juga. Tapi kita kena pilih satu je. Awak pilih mana?" tanya Mingyu. Ipadnya ditekan untuk menyemak email yang sudah dia dapat daripada pekerjanya.

       "I tak kisah ikut you. "

      "Eh, tak bolehlah. Kena sama-sama setuju. Syarikat ayah awak nak bekerjasama dengan syarikat ayah saya.. " Eunbi ketawa kecil begitu juga dengan Mingyu.

       Telefon bimbitnya berdering apabila satu panggilan masuk. Laju sahaja dia menekan butang hijau.

       "Siapa telefon?"

       "Ayah I. Risau kenapa I tak sampai rumah lagi.. " Mingyu tersengih.

       "Alah. Saya tengah jaga anak dia sekarang tak perlu risau.. " rasa seperti rama-rama sedang terbang di dalam perutnya sahaja apabila Mingyu berkata sebegitu.

        "Eh. "

       Sudu yang terjatuh itu di pandang oleh Eunbi. Dibongkokkan badannya untuk mengambil sudu itu.

       "Mingyu?"

        "Mingyu, you okey? You tengok apa? " kepalanya ditolehkan kebelakang. Ouh. Patutlah. Umpan dah kena...

       "Mingyu. You okey tak? " lengan lelaki itu disentuh. Berpura-pura tidak tahu apa yang sedang berlaku.

       "Hu? Okey. Kita sambung balik. " Mingyu senyum nipis dan kebali berbincang bersama Eunbi. Tetapi hatinya sakit melihat kemesraan Seokjin dan Hyuna yang hanya terima perbuatan lelaki itu.

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now