24

29 4 0
                                    


        Sebulan lebih sudah sejak kejadian Eunbi dirogol oleh lelaki yang dia sendiri tidak tahu siapa.

        Mingyu juga semakin hari semakin rapat dengannya. Kalau boleh setiap hari nak jumpa.

       Eunbi bangun dari tidurnya. Tiba-tiba rasa ingin muntah pula. Terus kakinya melangkah laju masuk ke dalam bilik air dan mengeluarkan segala isi perut.

      Mukanya dibasahkan dan berkumur untuk menghilangkan rasa loya pada tekak. Kepala yang sedikit pening itu dipegang.

        Entah kenapa tiba-tiba rasa nak muntah. Badan pula rasa tak larat nak angkat. Bila rasa nak muntah. Digagahkan juga untuk berdiri pergi ke bilik air.

     "Amboi. Bukan main lagi senyum. Teringat dekat bini ke Mingyu.." Mati terus senyuman Mingyu apabila suara Jungkook menyapanya.

     "Main masuk je kau ni. Kenapa kau datang sini? Nak curi tulang lagi? " tanya Mingyu.

     "Alah. Sikit nak tuduh aku curi tulang. Aku bosan dekat bilik aku. Aku pergi sini. Senang nak borak dengan kau.. " Jungkook menyilangkan kakinya apabila dia melabuhkan punggung dihadapan Mingyu.

       "Hyuna okey? Anak kau? "

       "Okey. Kau tak payah sibuk lah hal aku. Kau tu pergi uruskan perkahwinan kau dengan Hyeki yang daripada hari tu kata nak kahwin tapi tak kahwin lagi pun. " pen yang berada ditangannya di main.

      "Eleh. Aku tanya je. Tu pun nak marah. Ke kau gaduh dengan Hyuna? " Mingyu diam.

      "Kau jangan apa-apa kan dia eh. Dia tu girlfiend aku tau..." amaran Jungkook.

        "Girlfiend konon. Dah bertunang dah nak kahwin pun kau masih nak menggatal dengan isteri aku eh. Tumbuk kau kang.. " Jungkook tersengih.

       "Keluar lah kau sana. Sekejap lagi Eunbi nak masuk sini. " Jungkook memandang Mingyu pelik.

      "Buat apa dia nak datang sini? Bukan hari ni kau free je ke? Tak ada perjumpaan apa-apa? " Mingyu diam. Geram pula apabila Jungkook menanya banyak soalan kepadanya.

       "Kau jangan Gyu... Aku tak suka kau macam ni. Kalau tak ada hal kerja tak payah lah nak berjumpa. Dulu kau sendiri tak suka dengan dia. Sekarang ni apa pula?.. " kepala yang tidak gatal itu digaru oleh Mingyu.

       "Gyu? "

      Mingyu menoleh. Eunbi. Gadis itu sudah sampai. Kakinya melangkah menghampiri meja Mingyu.

       "Hai Jungkook. " sapa Eunbi.

       "Kau ingat eh Mingyu. Lagi sekali kau buat hal. Hancur muka kau... " Mingyu hanya ketawa. Jungkook pula terus keluar dari bilik Mingyu sedikit menghempas.

       "Kenapa dengan Jungkook? "

       "Tak lah. Saya sakat dia. Tu yang dia marah. " tangan Eunbi ditarik lalu di dudukkan gadis itu pada kerusi yang diduduki oleh Jungkook tadi.

     "Okey? Ke ada rasa takut lagi? " Eunbi menggelengkan kepalanya tanda tidak. Sudah lama dah rasa takut tu hilang. Tapi apabila Mingyu selalu menanya tentang dirinya. Dia akan pura-pura berasa takut.

     "Bagus... " kepala Eunbi diusap dan itu membuatkan Eunbi sedikit tersentak kerana perbuatan Mingyu.

      "Dia ada jumpa awak lagi ke apa ke? " Eunbi menggelengkan kepalanya lagi seraya tersenyum.

      "Kalau macam tu. Awak dah boleh lah keluar sorang.. " berubah terus muka Eunbi.

       "Kenapa? "

       "Yelah. Awak dah tak rasa takut lagi kan?  Jadi tak perlu lah saya kena hantar atau bawa awak ke mana yang awak nak pergi lagi.. " jawab Mingyu.

       "Saya pun sibuk. Ada hal lain juga yang saya kena perlu buat. Awak okey kan? " lambat Eunbi menanggukkan kepalanya.

      Fikirnya Mingyu sudah sukakan dia. Rupanya dia hanya bertepuk sebelah tangan.

      Tapi tak bermakna dia akan putus asa untuk membuat Mingyu jatuh cinta padanya.

      "Kita masih kawan kan? " tanya Eunbi.

       "Ya. Masih.. " jawab Mingyu seraya tersenyum.

      "Jom lunch?  Saya belanja... " Eunbi menganggukkan kepalanya dan keluar bersama Mingyu.

        "Awak nak apa lagi? " tanya aku. Rimas rasanya apabila lelaki ini selalu menelefon aku.

       "Saya cuba nak berbaik dengan awak. Kenapa baru hari ni baru nak jawab call saya? " tanya lelaki itu.

       "Saya rimas tahu. Sebab tu saya angkat. Awak tak penat ke?. Telefon saya banyak kali sedangkan awak tahu yang saya tak akan pernah nak angkat? " terdengar keluhan dari lelaki itu.

       "Saya minta maaf... "

       "Saya tahu. Saya abaikan awak selama ni.." tenang sahaja suaranya masuk ke corong telefon. Tapi aku?. Menengking dia. Semua amarah aku hambur pada dia.

      "Awak ingat dengan minta maaf awak tu buat hati saya lembut lah? Hati saya dah tertutup untuk awak. Bertunang dengan awak macam tak ada function . Berhenti ganggu saya. Faham? " gambar dia bersama lelaki itu dipandang. Tajam. Tetapi matanya berkaca. Dia rindu. Tapi...

      "Habis. Apa yang boleh saya buat untuk awak maafkan saya semula? Dan kembali pada saya semula? " air matanya yang mengalir itu dikesat kasar.

       "Saya nak kita putus. Dan saya tak akan kembali dengan awak. Sampai bila-bila. " tanpa sempat menunggu balasan dari tunangnya terus dia tamatkan panggilan.

       Gambar dia bersama lelaki itu diambil lalu dibaling pada cermin. Retak cermin itu. Gambar itu pula pecah bingkainya.

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now