"Eh, Chan. Kau dah nak balik ke? " tanya Daeho yang baru turun dari tangga dalam rumahnya."Tak. Aku ada hal. "
"Lah. Ingat nak balik tadi. Haih. Berdualah aku lagi dengan kau kat sini... " Chanyeol yang mendengar hanya menejelingkan matanya sahaja.
"Yelah. Nanti aku keluar. Halau sangat kan... " perli Chanyeol sebelum pintu utama ditutup dan tinggal lah Daeho seorang.
♡
Hubungan aku dan Mingyu masih lagi renggang. Sampai anak-anak aku tanya kenapa dengan Mingyu? Mingyu marahkan aku ke? Atau diorang ada buat salah sampai Mingyu tak nak bertegur dengan diorang.
Aku lah mangsa yang nak kena jawab. Tipu itu. Tipu ini. Sampai tak ada ayat dah nak cakap.
Sekarang pun aku yang selalu hantar Minjae dengan Jinae ke sekolah. Aku yang hantar. Aku juga yang jemput diorang untuk balik.
Mingyu. Entah. Matahari baru nak naik dia dah keluar dari rumah. Lepastu. Dah tengah malam baru dia balik ke rumah.
Hati aku nibtertanya-tanya. Dia keluar buat apa? Tak akan lah setiap hari kerja berlambak dekat pejabat sampai tengah malam baru nak balik.
Nasib baik hari ni Mingyu ada dekat rumah. Tak keluar pergi ke mana-mana. Jadi dia ingat dia nak berjumpa lelaki itu dan cuba berbincang dengan baik.
"Mingyu... "
Pintu bilik di buka dan lelaki itu tengah membutang baju kemeja biru laut yang tersarung pada tubuhnya.
"Awak nak pergi mana ni? "
"Saya nak keluar. Eunbi nak bagi fail kerja dekat saya." dua butang baju itu dibiarkan terbuka dan rambutnya dikemaskan sedikit.
"Dah malam kan? Tak boleh bagi esok ke? " tubuh Mingyu yang mengahadap cermin itu di dekati.
"Saya nak buat benda tu sekarang. Esok dah kena bentang. Bila saya nak siapkan kalau esok baru dia bagi." jam tangan disarungkan pada pergelangan tangan dan berura hendak keluar.
"Kalau saya nak ikut boleh? "
"Nak ikut buat apa? Minjae dengan Jinae siapa nak jaga? Kenapa? Takut saya curang dengan awak? Boleh tak berhenti fikir benda yang bukan-bukan? Rimas tahu rimas? " tangan yang disentuh Hyuna itu ditarik lalu keluar dari bilik mereka.
♡
"Mingyu... "
Tubuh lelaki itu dipeluk. Erat. Mingyu juga turut membalas seraya tersenyum kecil.
"Awak nampak berisi sikit..."
"Ya ke? Entahlah. Rasa nak gemuk pula tiba-tiba. " gurau Eunbi dan itu membuatkan mereka berdua ketawa bersama.
"Tak apa lah. Selagi cantik. Mesti ada orang nak kan? " Eunbi hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Betul juga. Sekarang orang pilih rupa. Tapi kalau dirinya dah terlalu gemuk. Ada ke orang nak kan dia? Mingyu pun tentu reject!
"Fail? Ada bawa? "
"Ouh. Ada. Sekejap. Tadi tengah hari I sempat bincang dengan ayah I and dia pun setuju. Ayah you? " rambutnya diselitkan dibelakang telinga apabila terasa sedikit menganggu.
"Dah anak dia yang uruskan semua. Mestilah dia setuju. " Eunbi senyum. Gembira kerana pihak Mingyu juga setuju dengan cadangannya.
"So. Nanti saya akan jumpa dengan Encik Logan dan minta dia setuju dengan apa yang kita dah bincang ni."
"Tulah. I pun sama..."
♡
Mingyu dah keluar. Tinggal aku sorang dekat rumah ni. Minjae dengan Jinae dah tidur tadi. Aku bosan. Tak tahu nak buat apa.
Dari tadi aku duduk dekat ruang tamu. Cerita pun dah tak ada cerita yang boleh menarik perhatian aku untuk tengok.
Jadi aku cuma tunggu Mingyu untuk balik ke rumah. Ambil fail je pun. Sampai pukul 11 lebih tak balik lagi. Apa bendalah yang dia buat.
Aku sebagai isteri dah tentu aku risau. Kepala aku tak berhenti fikir benda yang bukan-bukan. Tapi aku masih lagi cuba percaya dekat dia. Selagi boleh sedapkan hati. Selagi tu lah aku cuba sedapkan.
♡
Tunggu Mingyu lama sangat. Akhirnya aku tertidur dekat sofa ni. Tv yang masih menyala aku tutup dan bergerak naik ke bilik.
Mingyu ada. Dah tidur. Biarlah. Penat sangat kot.
Aku pun terus baringkan tubuh disebelahnya dan sambung tidur. Berat sangat rasanya nak buka mata.
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...