"We Mingyu kau pergi jumpa Tuan Kwon tu pukul berapa?" Jungkook masuk dalam bilik pejebatnya."Main sergah je kau ni. Sekejap lagi aku jumpa lah. Kenapa? Kau nak ikut? " Jungkook ketawa seraya menggeleng.
"Tak lah. Saja je tanya.."
"Ada apa kau datang sini? Gaji buta? " tanya Mingyu.
"Amboi mulut kau. Elok sikit aeh. Tuan Kim bukan ada pun. " kakinya disilangkan.
"Bapa tak ada. Anak dia ada dekat sini. " Jungkook menjeling malas. Melebih pula Si Mingyu ni.
♡
"Sorry, am i late? " gadis berkemeja itu duduk dihadapannya.
"Awak siapa ya? " tanya Mingyu. Terkejut dia apabila seorang gadis duduk dihadapannya.
"Awak Tuan Kim kan? Syarikat yang ayah saya nak bekerjasama tu? " beg tangan gadis itu diletak di atas meja pada bahagian kirinya.
"Ya, tapi yang nak jumpa tu Tuan Kwon. "
" I anak dia. Dia tak dapat nak bincang dengan you sebab ada hal. Tak apa kan? " Mingyu hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Nama I Eunbi. You? " tangannya dihukurkan untuk dijebat.
"Mingyu. Anak Tuan Kim. " Mingyu senyum tidak menyambut huluran tangan gadis itu.
"Ouh, okay. Jom lah kita mula. "
♡
"Dad, why you don't tell me that Mr. Kim's son is very handsome? " Tuan Kwon memandang anak perempuannya.
"Manalah ayah tahu yang dia ada anak lelaki. Kenapa? Kamu jumpa dia tadi? " anak perempuannya yang sudah tersenyum sampai ke telinga itu dipandang.
"Bukan jumpa. Tapi bincang dengan dia pasal projek ayah tu. Ayah dia tak dapat datang. Kena pergi Jepun. Jadi dia gantikan ayah dia dan saya gantikan ayah sebab ayah ada hal. How can this thing happen? "
"Remember Eunbi. You are already."
"Yes i know. Duh! Just stop calling his name. " Eunbi bangun dari duduknya dan terus meninggalkan Tuan Kwon yang memandangnya.
♡
"Daddy, Jinae laparlah.. " Mingyu yang sedang duduk di ruan tamu itu didekati. Labuhkan punggung bersebelahan ayahnya.
"Lapar? Daddy tak tahu lah nak masak apa. Kita beli pizza nak? " cadang Mingyu. Anak perempuannya dipandang sekilas. Comel.
"Nak! "
Mingyu tersenyum dan dia terus bangun dari duduknya untuk bersiap. Jinae biarlah dia tinggalkan dekat situ sementara.
Hyuna tiada. Pergi ke rumah Puan Johyun bersama Minjae. Jadi hanya dia dan Jinae sahajalah dirumah.
♡
"Daddy, Jinae nak pepperoni." hujung baju Mingyu ditarik-tarik. Memberitahu pesanannya.
Mereka duduk setelah selesai memesan makanan. Mingyu keluarkan telefonnya dan Jinae hanya duduk diam disebelahnya.
Sekejap tersenyum. Sekejap gelak. Apa benda lah yang lelaki itu sedang buat. Bermain mesej dengan Hyuna mungkin.
"Daddy, Jinae nak pergi tandas." lengan Mingyu disentuh. Kecil sahaja tangan Jinae menyentuh lengan Minyu dengan baju sedikit besar berbulu dan bewarna merah jambu yang dipakainya. Comel.
"Okey, jom. "
"Jinae nak pergi sorang. "
"Sure? Tak nak daddy teman? "
Budak kecil itu menggeleng dan terus meninggalkan Mingyu. Iris matanya hanya menghantar anaknya sehinggalah hilang bayang anaknya.
"Mingyu? "
"Oh my god! You buat apa dekat sini? " tangannya menutup mulut tanda terkejut. Mingyu pula hanya tersengih seraya menyedut minumannya yang baru sahaja sampai.
"Makan dengan... "
"Ouh, I tak dapat nak join sekali. I ada hal. Tapi boleh tak kalau you bagi nombor telefon you dekat I senanglah kalau kita nak bincang pasal kerja kita tu? " Mingyu hanya tersenyum sahaja.
Gadis ini. Tidak tahu malu betul. Siapa nak ajak dia makan sekali? Silap masa dia yang di marah oleh Jinae. Anaknya sorang itu bukan suka sangat bercampur dengan orang luar.
"Boleh boleh. " balas Mingyu. Mereka menukar nombor dan Eunbi sekali lagi meminta maaf kerana tidak dapat meneman Mingyu makan.
"Daddy ada awek baru aeh?..." jari telunjuknya dimain-mainkan seraya menghampiri Mingyu.
"Eh tak lah mana ada... " tubuh anaknya diangkat memudahkan budak kecil itu duduk di atas kerusi.
"Jinae bagitahu mommy... " matanya dikecilkan memandang Mingyu.
"Eh jangan sayang! Mampus daddy nanti... " pipi anaknya ditekup. Muncung bibir merah budak kecil itu. Jinae hanya ketawa mengekek sahaja. Sudah pandai bergurau budak kecil itu. Ikut perangai Hyuna lah tu!
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...