28

32 4 0
                                    


      Pagi. Awal lagi Eunbi sudah bangun dari tidurnya. Cermin panjang yang dia hanya sandarkan pada dinding itu di hampiri lalu membuka bajunya. Perut yang sedikit buncit itu disentuh dan perlahan dia usap.

     Tak tahu nak bagi perasaan apa. Mungkin kalau mereka yang sudah berkahwin diorang akan gembira apabila mendapat cahaya mata yang pertama. Tapi aku?

      Bila aku tersedar yang ada senyuman terbit pada bibir aku. Terus aku tutup perut aku dan bergerak keluar dari bilik.

      Aku tak sepatutnya senyum pada budak yang aku kandungkan sekarang ni. Dia bukan anak aku.

       Dapur aku tuju untuk sarapan. Roti bakar aku letak dalam piring dan gigit apabila sudah disapukan dengan jem strawberi.

      Buah plum yang berada di atas mangkuk itu aku ambil sebijik. Doktor cakap baby yang ada dalam perut aku sekarang besarnya macam buah ni. 12 minggu.

    "Eunbi? " bahu aku sedikit terangkat kerana terkejut dari teguran Tuan Kwon.

    "Lah terkejut pula orang panggil. Ayah panggil nama kamu kuat sangat ke?"

    " Kenapa tenung buah plum tu macam nak tembus? Nak makan pergi potong sana.. " Air kopi yang sudah dituang dihirup sedikit.

     "Eunbi naik dulu.. "

    "Sekejapnya? Baru turunkan tadi? "

    "Eunbi sakit kepala. Nak rehat. " dalam diam dia bawa sekali buah plum itu bersama dengannya.

      Pintu bilik dikunci dan bajunya lagi sekali diselak ke atas lalu buah plum yang di pegang dia letakkan disebelah perutnya yang sedikit membuncit. Dipandang buah plum itu dan perutnya pada pantulan cermin.

      "Kecilnya.. "

       Eunbi duduk diatas katil. Buah plum yang berada dalam tangannya dipandang. Entah apa yang dia fikir.

      Mingyu.

     Dia kena cepat. Selagi Mingyu tidak menjadi miliknya. Selagi itulah hatinya tak akan lega.

       "Mommy! " kakinya laju berlari menghampiri Hyuna seraya mendepakan tangannya untuk memeluk Hyuna.

     "Ya sayang. Okey tak duduk dengan daddy? " soal Hyuna. Sebijik buah strawberi diambil lalu diberi pada Jinae.

     "Okey. "

    "Eh, labu lah! Mommy bawa balik? " tanya Jinae. Terus kucing yang berbulu oren itu ditarik lalu diusap.

     "Haah. Gyumie pun ada. Mommy kesian dekat nenek jaga labu dengan Gyumie sorang-sorang. Mommy bawalah balik. Jinae main sama-sama tau. Jangan gaduh dengan abang. Okey? " budak kecil itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

    

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now