Gadis itu duduk di atas kerusi biru yang telah disediakan. Jantungnya dari tadi berdegup laju. Takut. Gementar. Semua ada. Sejuk tangannya apabila disentuh."Kwon Eunbi. Bilik 1 ya.. "
Gadis itu menganggukkan kepalanya dan masuk ke dalam bilik 1 yang telah di beritahu oleh pembantu doktor tadi.
"Kwon Eunbi? " Eunbi hanya senyum sahaja.
Jantungnya semakin laju apabila doktor itu mula mengambil beberapa helai kertas tentang dirinya.
Dia diam. Menunggu doktor itu memulakan perbualan mereka. Hatinya kuat meminta supaya keputusan yang bakal dia ketahui itu negatif. Tapi dengan dirinya yang sedikit berisi dan perutnya yang sudah kelihatan sedikit buncit itu menandakan keputusan yang bakal dia tahu adalah...
"Tadi saya dah tengok air kencing awak. Tahniah! Awak mengandung 12 minggu. Maknanya kandungan awak dah 3 bulan. Awak tak perasan ke yang awak tak period? " selepas mengucapkan tahniah dia menanya aku soalan.
Aku hanya senyum dan menggeleng. Aku memang tak perasan. Sebab Seokjin suka desak aku dengan duit dia sampai aku tak tahu yang aku dah tak period 3 bulan.
"Tak apalah. Biasalah tu... Jangan strees sangat ya. Nanti efek pada baby..." doktor itu senyum lagi. Lebar. Seakan dia yang mengandung bukan aku.
Aku pula. Memikir siapa bapa budak dalam perut aku ni. Langsung aku tak kenal siapa dia. Macam mana aku nak kandung baby ni 9 bulan?. Tanggung jawab ibu bapa bukannya sekejap. Seumur hidup!
♡
"Saya tanya apa dalam beg tu? " naik turun dadanya mencari nafas.
"Tak ada apa lah. Tak payah sibuk boleh tak? " beg hitam digenggam erat. Rahsia yang dia simpan pecah juga akhirnya.
"Berani awak bawak benda tu dekat rumah kita? Awak jual benda tu. Awak boleh masuk penjara awak tahu tak Seokjin! " lengan lelaki itu cuba ditarik.
"Lepas lah! Kau ingat kalau aku tak buat kerja ni. Dapat ke aku sara kau?! "
"Apa lagi yang tak cukup? Kerja awak yang sekarang ni pun dah lebih dari cukup untuk saya dengan Jiah. Tapi kenapa awak buat kerja sambilan yang macam ni? Saya tak kisah kalau awak nak kerja lebih. Tapi bukan jual benda ni.. " teresak gadis itu menangis.
"Aku buat ni untuk masa depan aku. Masa depan aku dengan Hyuna. Kau lupa ke yang aku dah tak kisahkan pasal kau? Lupa? Aku nak kau senang. Supaya bila aku lepaskan kau nanti. Sekurang-kurangnya aku tak pernah lepaskan tanggungjawab aku dekat kau. Aku tak pernah biar kau dengan jiah tak makan. Tak cukup pakaian. Aku tak kisahkan pasal kau pun. Jadi tak perlu nak kisah pasal aku. Hak aku nak buat apa. " Merah mata lelaki itu. Hendak sahaja dia tolak gadis itu. Tetapi hatinya masih sayang pada gadis itu.
"Berhentilah Seokjin. Banyak lagi kerja lain yang awak boleh buat. Bukan jual benda ni. Kalau Jiah yang nampak benda ni tadi. Awak rasa sempat ke kita nak selamatkan dia? " Seokjin hanya diamkan dirinya sahaja.
Bahu gadis itu ditolak perlahan dan dia terus keluar bersama beg hitam yang dia pegang dari tadi.
Soora yang berada di dalam biliknya hanya dibiarkan begitu sahaja. Biarlah. Sakit hatinya melihat gadis itu merayu pada dirinya untuk berhenti buat benda yang tak pasti akan menjadi miliknya.
Tetapi hatinya sangat cintakan Hyuna. Lebih dari Soora. Tujuh tahun dia tahan. Perasaan itu semakin tebal dalam dirinya.
Dia terpaksa berkasar dengan gadis itu supaya Soora benci pada dirinya dan barulah dia boleh melepaskan gadis itu dengan tenang. Tetapi Soora nampaknya tidak membenci dirinya bahkan dia sadaya upaya untuk Seokjin berhenti dan kembali pada dirinya.
♡
"Hyuna. Bila nak balik? " tanya Puan Johyun yang sedang berjalan menghampiri dia dan Minjae yang sudah tertidur di atas ribanya.
"Entahlah. Tiba-tiba rasa malas nak balik. Minjae pun dah tertidur. " balas Hyuna.
"Baliklah. Kesian Mingyu dengan Jinae tunggu.. " Hyuna hanya diam. Matanya memandang Tv tetapi fikiranya pada Mingyu.
"Biarlah dia. Tak ada apa-apa pun tinggal sekejap. Selama ni elok je dia tinggal sorang masa Hyuna pantang gugur.. " Puan Johyun pandang Hyuna tajam.
"Kenapa cakap macam tu? Benda tu dah lepas kan? Kenapa perlu ungkit? Kot ya pun kamu bergaduh dengan dia. Jangan tinggalkan dia macam ni. Dia tu suami kamu tahu.." Nafas dihembus. Rambut Minjae diusap. Tidurnya sedikit terganggu apabila suara Puan Johyun meninggi.
"Dia yang mula dulu.."
"Tak kisah lah. Siapa mula dulu. Bincang elok-elok. Bukan sana diam. Sini pun diam. Sampai bila masalah nak selesai? "Hyuna diam. Menunduk.
"Mama tahu kamu balik sekejap lagi. Dah pukul berapa dah ni. Kesian sikit dekat Jinae yang tengah tunggu kamu tu. " Puan Johyun bangun dari duduknya dan meninggalkan Hyuna.
Jam dinding dipandang. 11 tepat. Kepala Minjae diangkat dan dialas dengan batal sebelum dia naik ke atas untuk mengemas pulang ke rumah.
Saya nak habiskan cerita ni cepat cepat supaya saya dapat buat cerita baru lagi :)
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...