"Saya tak nak.""Kenapa? "
"Sebab saya tak nak. "
"Saya tahu awak marah dekat saya. Tapi tolong jangan tolak.."
"Saya kata saya tak nak. Boleh tak awak jangan paksa saya? " wajah Chanyeol dipandang tajam. Lama. Selepas itu dia berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.
"Kenapa awak tak nak kahwin.. "
"Sebab saya mengandung." terdiam Chanyeol jadinya. Terbutang matanya apabila Eunbi berkata sebegitu. Perlahan-lahan genggaman pada tangan gadis itu dilepaskan.
Betullah kata Daeho...
Hari itu, sebelum dia balik ke sini. Daeho ada memberi tahunya yang dia ternampak Eunbi di klinik di bahagian ibu mengandung. Fikirannya mungkin gadis itu hanya menemani kawannya sahaja. Rupanya...
"Awak dah tahu kan sebab apa saya tolak lamaran awak? Puas? " Terus Eunbi melangkah pergi meninggalkan Chanyeol.
"Saya tak kisah. Saya akan tetap jadikan awak isteri saya. " gila. Boleh pula dia menjerit dekat sini. Macam tak boleh kejar.
"Saya tak nak Yeol. Saya tak nak. Kenapa awak masih tak faham lagi?. Awak suka ke beristerikan perempuan yang kotor macam saya ni? Awak suka? " geram Eunbi di buatnya. Orang cakap tak nak tu tak nak lah. Kenapa perlu paksa?
Dia sendiri kecewa dan malu pada dirinya. Mengandungkan anak yang dia sendiri tidak tahu siapa bapa kepada budak ni. Tapi Chanyeol pula ingin mengkahwininya malah langsung tak ada sedikit perasaan malu.
Chanyeol diam. Dia kecewa. Tapi mungkin salahnya juga kerana meninggalkan gadis itu begitu sahaja tanpa menanya kabar tentang gadisnya sepanjang dia tiada di sini.
Dia yakin dia akan menjaga gadis itu sehingga akhir nafasnya. Dia akan menjaga gadis itu seperti mana dia sayangkan keluarganya.
"Lelaki tadi tu siapa? " Eunbi diam. Tidak menjawab.
"Siapa lelaki tu? "
"Tak perlu sibuk. Itu urusan saya. ""Awak nak jadikan dia bapa pada anak yang awak kandungkan ke?" tanya Chanyeol.
"Kawan kerja. Awak balik lah Yeol. Awak fikir balik apa yang awak cakap tadi. Tolong jauhkan diri awak dari saya. " Pintu utama dia buka dan Eunbi mula melangkah masuk.
"Kita kahwin minggu depan. "
♡
Aku duduk termenung memandang Tv yang tertutup. Fikiran aku asik memikirkan apa yang Eunbi bagitahu aku tengah hari tadi.
Aku terkejut gila sampai tak tahu nak balas apa. Rupanya selama ni dia memang rancang nak berkahwin dengan aku. Dia berkomplot dengan Seokjin. Dan terkejutnya aku. Aku hampir jadi pak sanggup. Aku bersyukur sangat tunang dia dah balik. Dan pasal tunang dia pun aku baru tahu tadi. Haih....
Lega tu lega. Tapi selagi Seokjin masih ada selagi tu lah aku rasa rumah tangga aku akan retak macam tu je sekali lagi.
"Mingyu? Buat apa tenung Tv tu? Dari petang tadi awak diam je.." Hyuna berjalan pergi ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung di sebelah Mingyu. Peha suaminya disentuh.
"Saya terkejut yang dia sebenarnya dah tunang. Dan dia cuba nak jadikan saya ni suami dia. Tak pelik ke perempuan kahwin lebih dari satu? " Hyuna tersenyum kecil.
"Asyik lelaki je kahwin lebih. Dia pun nak merasa... " Hyuna ketawa dihujung ayat. Mingyu pula hanya menjeling sahaja. Sempat lagi isterinya nak berloya buruk.
"Biasa lah. Kurang kasih sayang macam tu lah. Mak dia dah tak ada. Hidup dengan ayah dia je. Ayah dia pun sibuk. Tunang dia pula lari. Hari ni baru muncul. Lepastu tuhan uji dia pula. Dia tak ada tempat nak mengadu.. " Mingyu diam. Mendengar penjelasan dari Hyuna. Sesekali kepalanya terangguk-angguk.
"Saya bersyukur yang tunang dia datang tepat pada masanya. Kalau tidak. Hmm tak tahu lah.. "
♡
"Ada apa kau nak jumpa aku ni? " tangan yang sedikit mengigil itu dimasukkan ke dalam poket hoodie hitamnya.
"Ni duit yang terakhir aku bagi dekat kau. Cukup 13 juta aku dah bayar dekat kau selama ni. " sampul coklat itu diambil lalu dis masukkan ke dalam poket hoodienya kembali.
"Aku nak cakap. Aku nak berhenti dapatkan Mingyu. Aku rasa cukuplah sampai sini je.. " Seokjin diam. Badannya yang digoyangkan berhenti serta-merta. Wajah polos gadis itu dipandang tajam.
Baru dia perasan gadis dihadapannya sedikit berubah. Solekannya tidak garang seperti dulu. Baju pun tidak seseksi dulu. Lebih kepada gaun panjang dan solekkan yang tipis.
"Kenapa? Kau. Kau dah janji dengan aku." jarinya menunding ke arah gadis itu.
"Aku tak boleh teruskan benda ni. Aku dah nak kahwin. Tapi bukan dengan Mingyu. " terus leher gadis itu dicengkam. Terbangun Eunbi dibuatnya. Betapa kuatnya cengkaman Seokjin. Atau lebih tepat dicekik. Sehingga tersekat salur pernafasannya.
"Seokjin... "
Tangan lelaki itu ditepuk-tepuk. Kenapa lah dia pergi ke kedai yang tidak ramai pelanggan yang datang.
"Seok.. Jin. "
"Kalau kau tak tolong aku. Macam mana aku nak dapatkan Hyuna?.. " merah mata lelaki itu memandang tepat pada wajah Eunbi.
"Seok.. "
"Seo.. "
Terus cengkaman dilepaskan dan Hyuna jatuh terduduk. Tekaknya sakit. Terbatuk-batuk dia mencari nafas.
Seokjin pula lelaki itu terus menghilangkan dirinya. Telefon yang berada di dalam beg tangannya di ambil lalu nombor Chanyeol di dail.
"Yeol. Datang sini. Saya tak larat. " kepala yang sedikit pening disentuh. Entah Kenapa dia rasa tidak selesa. Mungkin efek terkejut daripada perbuatan Seokjin.
Dan tak lama itu terus terasa pemandangannya gelap. Hanya mendengar sayup-sayup suara yang memanggil namanya sahaja.
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...