39

28 4 0
                                    


     Wajah Jinae yang sedikit lembap aku kesat lembut. Mingyu yang berada di belakang juga turut memandang Jinae.

    "Mommy sejuk.. "

    Selimut aku tarik sehingga paras dada lalu mengusap rambut Jinae. Mujur tadi aku perasan dan sempat tarik Jinae keluar dari kolam. Kalau tak. Tak tahu lah. Mungkin terpaksa bawa ke klinik.

     "Macam mana Jinae boleh jatuh? " tanya aku lembut. Aku tak nak dia rasa terkejut dengan pertanyaan aku.

    "Jinae main lari-lari dengan abang. Akak Jiah sekali. Lepastu tergelincir. " mata aku pejam rapat. Tuhan. Tergelincir. Syukur tak berdarah kepala sebab terhantuk.

    "Ada sakit mana-mana tak? "

    "Tak ada. Mata je pedih. "

    Aku diam. Biasa lah tu kalau mata masuk air. Mesti lah pedih. Mata Jinae pun merah je.

     Kepala Jinae aku usap kembali sehinggalah dia tertidur. Aku keluar dari bilik dan turun ke bawah semula. Soora masih ada lagi di bawah. Bahu Soora aku sentuh lembut dan dia berpaling.

    "Nana, akak minta maaf ya?"

    "Tak apa lah akak. Benda dah jadi nak buat macam mana. Nasib baik Jinae tak ada luka apa-apa." jawab aku.

     "Luka? "

     "Ya. Dia tergelincir tadi.. "

     "Akak minta maaf Nana.. "

     "Tak apa lah kak. Jinae okey je. Dah tidur dah pun.. "

      "Mingyu mana? "

      "Dekat atas. Dia nak jaga Jinae. " Soora hanya menganggukkan kepalanya dan meminta diri untuk pulang ke rumah.

   3 hari berlalu. Jinae baik sahaja. Mula-mula tu risau juga takut jadi apa-apa pada dia tapi aku tak sedar. Makin hari aku tengok makin baik. Rasa risau pun makin kurang.

      "Bye! Jangan nakal-nakal tau.. " tangan aku lambaikan dan kereta Mingyu mula meluncur di atas jalan raya.

      Pinggan yang dibuat sarapan tadi aku sabun dan bilas. Siap. Aku kemas pula apa yang patut. Rasa macam dah lama tak kemas rumah. Basah ketiak.

     Baju-baju Mingyu yang tidak dimasukkan ke dalam bakul aku masukkan dan basuh. Laci aku buka. Surat yang dah tak guna aku ambil untuk buang.

     "Apa benda ni? "

     Tanya aku sendiri apabila terasa satu plastik kecil. Aku ambil dan aku tilik. Apa benda ni? Tepung ke ni? Tapi tak akan lah Mingyu nak letak tepung dalam bilik? Sikit pula tu tepungnya. Dan plastik kecil yang berisi tepung juga aku buang ke dalam tong sampah.

     Penat. Terpaksa mandi balik. Betapa lamanya aku tak kemas rumah sampai terpaksa mandi semula. Mana yang boleh aku angkat dan tolak aku alihkan. Bosan juga kalau barang dekat rumah ni sama je tempatnya.

      Aku ucap tahniah kepada Daeho. Dah kahwin dah. Rupanya dia dah kenal Mira tu lama. Saja tak nak bagitahu aku. Masa aku berada di rumah Tuan Kwon. Itu lah kali pertama dia kenalkan Mira dekat aku. Haih. Diam-diam ubi berisi betul!

      Majlis dah habis. Tapi aku masih lagi berada di dalam dewan besar ni. Daeho minta teman. Sebab lepas ni dia ada photoshoot dengan Mira. Haih. Dah ada isteri pun nak aku teman. Pelik betul. Nasib baik Mira pun ada bawa kawan perempuan dia juga. Tapi mungkin adik perempuan dia kot. Rapat semacam je. Panggil pun kakak.

     "Chan jom? " aku anggukkan kepala.

     "Pergi mana ni? "

     "Kau ikut jelah aku dari belakang. Aku tak ingat kat mana tadi Mira cakap. " aku angguk lagi dan keluar dari dewan.

      Aku ni dah macam isteri Daeho dah. Ikut ke mana dia pergi. Padahal nak pergi photoshoot je.

     1 jam 30 minit photoshoot. Dah nak pukul 7 baru aku dan yang lain balik. Ha, kau ingat aku ikut. Aku diam je ke? Ada kerja juga aeh. Kerja nyakat si Daeho. Susah betul nak suruh ketawa. Acah macho. Depan aku boleh je ketawa. Siap pukul-pukul!

     Aku ingat lepas diorang dah habis Photoshoot boleh lah aku balik. Tak juga! Daeho nak jumpa aku sekejap. Nak lepak. Haih, bila aku boleh balik ni?

    "Chan. Kau tak nak masuk ke? " tanya Daeho.

    "Tak apa lah. Luar je. Ada apa kau nak jumpa aku? " tanya aku seraya menyandarkan tubuh pada pintu kereta.

     "Saja nak borak. Nanti dah tak boleh jumpa selalu.. " aku diam. Suasa tiba-tiba jadi macam sendu.

     "Kau macam mana lepas ni Chan? " aku mengangkat kepala memandang Daeho.

     " Entah lah. Bujang sampai tua lah kot. " aku ketawa di hujung ayat. Daeho ketawa tapi cuma tak kuat macam selalu. Aku dapat rasa yang dia sedih pasal aku.

     "Aku tanya ni.. "

     "Kerja lah macam biasa. Tanggung ibu dengan adik aku. " jawab aku dan suasana kembali senyap.

      " Sepatunya kelmarin aku kahwin we... " Daeho mengangkat mukanya memandang Chanyeol yang sudah menunduk bermain dengan cincin kahwinnya bersama Eunbi.

      "Bila kau sarung cincin tu? Aku tak pernah nampak pun? " tanya Daeho.

     "Kelmarin. "

     "Tuan Kwon macam mana? "

     "Dia okey. Cuma kebelakangan ni dia kurang sihat. Tapi sekarang dah makin baik. " Daeho mengangguk.

     "Aku tahu kau kuat. Terima benda ni dengan hati yang rela. Walaupun kau rasa macam tak adil. Terima lah. Teruskan hidup. Jangan selalu rasa bersalah atau sedih. Kau tak salah pun dalam hal ni. Dan bukan maksud aku kau tak boleh menangis. Cuma jangan melebih. Aku ada. Selalu ada dengan kau. Apa-apa bagitahu aku jangan pendam... " bahu Chanyeol ditepuk memberi semangat.

     "Terima kasih... "







Okey ni saja je nak bagitahu 😆. Saya ingatkan nak habiskan sampai bab 40 je. Tapi macam panjang lagi. Jadi saya tambah lagi beberapa bab. Jangan risau. Tak sampai pun 50 bab 😃

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now