"Mingyu?"Pelik Hyuna. Dah kenapa suaminya ni berkot malam-malam macam ni?
"Awak nak pergi mana ni? "
"Saya nak keluar. Ada kerja" jawab Mingyu.
"Malam macam ni? " Mingyu diam. Mengabaikan pertanyaan Hyuna.
"Saya baru nak ajak awak pergi rumah mama..."Hyuna melabuhkan punggungnya di tepi katil.
"Semalam dah pergi. Hari ni pergi lagi?" Mingyu yang berada di hadapan meja solek hanya dipandang biasa.
"Bukan saya yang nak pergi. Jinae yang nak. Semalam kan dia tak ikut saya. " jelas Hyuna.
"Alasan. Nak keluar pergi jumpa orang lain kan sebenarnya? Bukan jumpa mama pun. " Mingyu ni. Sengaja betul naikkan darahnya.
"Saya keluar nak jumpa siapa? Saya bukan ada kerja pun. Lebih baik saya pergi rumah mama. Awak pun sibukkan? Tak ada masa dengan saya? " Hyuna bangun dari duduknya.
"Tak akanlah 24 jam nak berkepit dengan awak. Saya pun ada kerja saya juga." jam tangan diambil lalu diletakkan pada pergelangan tangan.
"Saya tak minta 24 jam. Tapi sekurang-kurangnya ada masa nak luangkan dengan saya. Anak-anak. 30 minit pun dah cukup. " Mingyu pusingkan tubuhnya lalu berjalan mendekati Hyuna.
"Saya tak ada masa nak bergaduh dengan awak. Awak nak keluar. Keluar lah. " Mingyu terus keluar dari bilik begitu sahaja selepas kata begitu.
Air mata yang bertakung pada kelopak matanya cuba ditahan. Dia ke yang mula kan dulu? Dia ke? Dia cuma tanya je. Tapi Mingyu menjawab lebih dari itu.
♡
Mingyu. Boleh you ambil I? Kereta I tak boleh start " kasut tumit tingginya disarung pada kaki.
"Okey. Thank you "
Talian ditamatkan dan Eunbi sandar pada keretanya. Keretanya elok sahaja. Tak ada apa yang rosak pun. Tapi disebabkan dia perlu mulakan langkah untuk Mingyu menjadi miliknya. Dia perlulah memberi satu alasan supaya Mingyu mengambilnya.
15 minit menunggu kereta Mingyu akhirnya berhenti dihadapan rumahnya. Terus sahaja Eunbi masuk ke dalam perut kereta Mingyu.
"Lama ke? "
"Tak lah. Okey je. Lagi pun saya baru je keluar tadi. " jawab Eunbi seraya tersenyum kepada Mingyu.
Mereka sampai di restoran yang sudah ditetapkan oleh Encik Logan untuk mereka berjumpa.
"Kita yang awal sangat ke. Atau Encik logan yang lambat? " tanya Mingyu. Eunbi hanya ketawa kecil sahaja.Begitu juga dengan Mingyu.
"Mingyu. I pergi tandas sekejap.. " Eunbi terus bangun dan berlalu pergi. Telefon yang berada di dalam beg tangannya di keluarkan.
"Hello. "
"Kau dah buat apa yang aku suruh? "
"Kau jangan macam-macam Seokjin. Aku dah bagi duit dekat kau tahu tak? " geram betul dengan Seokjin yang suka bermain-main.
"Okey. Aku letak dulu. "
♡
"Hyuna nak pergi mana? Kan baru sampai? " tanya Puan Johyun yang berada di ruang tamu bersama anaknya.
"Nak balik rumah sekejap. Hyuna tertinggal barang. " pintu utama dibuka dan kasutnya dipakai.
"Nanti kan balik juga.. "
"Alah tak apa. Sekejap je. Hyuna ingat nak balik esok pagi. Hantar budak-budak ni ke sekolah terus. Tu nak balik sekejap ni ambil baju diorang dengan telefon Hyuna tertinggal. " Puan Johyun hanya diam sahaja memandang anaknya yang sudah berura hendak masuk ke dalam kereta.
"Elok-elok bawa kereta tu. Jangan bawa laju. " aku hanya tersenyum sahaja. Banyak kali mama pesan jangan bawa laju. Tapi aku tetap bawa laju. Tak seronok lah bawa slow je. Tapi kalau ada Minjae dengan Jinae terpakasa lah aku bawa perlahan sedikit.
♡
"Mingyu? Mingyu? " rahang lelaki itu dipegang. Eunbi sekarang berada di rumah Mingyu dan Hyuna.
"Sayang.. " Mingyu tersenyum seraya memejamkan matanya. Lengan Eunbi disentuh.
"Ya. "
Jawab Eunbi. Tak sia-sia dia merancang semua ini bersama Seokjin. Akhirnya dia berjaya mendapatkan Mingyu.
"I love you. I really really love you.. " pinggang Eunbi ditarik.
"I pun. I lagi sayang dekat you.." Mingyu ketawa kecil sebelum dia mencium bibir Eunbi. Lama. Semakin lama semakin dalam dan kedengaran hebusan dari lelaki itu.
" I love you "
Badan Eunbi ditolak perlahan dan tali yang ada pada baju gadis itu ditarik perlahan. Eunbi pula membuka tiga butang baju kemeja Mingyu seraya mengusap dada lelaki itu.
"Mingyu... "
"Mingyu.... "
"Mingyu! "
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...