"Mingyu? " Tuan Kim masuk ke bilik kerja anaknya. Nampak serabut sahaja muka. Maklumlah. Pekerja yang malas nak buat kerja betul betul dan hanya suka menyusahkan orang atasan sahaja."Ya? "
"Boleh ayah masuk? "
"Masuklah. "
"Tulat kita kena jumpa klien. Dia nak bekerja sama dengan syarikat kita. Tapi ayah tak dapat ikut sekali sebab ayah kena pergi ke Jepun. Jadi ayah nak kamu uruskan dengan Jungkook sementara ayah tak ada. " Mingyu memandang ayahnya.
"Berapa lama ayah kene pergi ke jepun? "
"2 minggu. Mungkin. Syarikat kita dekat sana ada masalah sikit. Jadi ayah kena ke sana. Kalau cepat selesai. Cepatlah ayah balik ke sini semula. "
"Ibu macam mana? "
"Ibu dekat rumahlah. Kalau dia nak ikut ayah okey je. "
"Wah, Mingyu nak ikut juga. " besar mata Tuan Kim apabila Mingyu berkata sebegitu.
"Siapa nak urus syarikat dekat sini? "
"Jungkook ada. "
"Jangan tambah kerja dia. Dia dah nak kahwin. "
"Dah nak. Belum kahwin lagi. " Tuan Kim hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Ada sahaja alasan anak lelakinya ini.
"Ayah dah amanahkan kamu Mingyu..." Tuan Kim bangun dari duduknya. Bahu anaknya ditepuk sedikit dan dia berlalu pergi.
♡
"Jinae! " jerit Mingyu yang baru masuk ke dalam rumah. Tubuh kecil anaknya dipeluk. Erat. Rindu.
"Baby, baru balik? " Mingyu bangun dari cangkungannya dan memandang Hyuna seraya tersenyum.
"Amboi. Baby. Saya salah isteri ke ni? Tak pernah panggil baby. Macam ada sesuatu je ni... " teka Mingyu. Pinggang Hyuna dirangkul.
"Saja? Rasa nak manja pula tiba-tiba. "
"Eleh, gedik! " Mingyu menjeling malas. Hyuna hanya ketawa sahaja. Dada Mingyu ditepuk dan dia berlalu pergi.
♡
"Papa... " Jiah mendekati Seokjin yang sedang bermain telefon. TV dibuka tetapi hanya dibuka sahaja tidak ditonton pun.
"Ya? Jiah nak apa? "
"Papa sibuk ke? "
"Jiah nak apa? "
"Jiah nak makan aiskrim dengan papa. Papa dah lama tak keluar dengan Jiah. Mama pun. Papa asik sibuk je. Tapi kalau papa sibuk lagi tak apalah. Nanti papa penat papa marah Jiah. " wajah ayahnya dipandang.
Seokjin diam mengeluh. Dia bukan penat. Dia cuma rimas apabila Soora asik menanya dia ke mana. Buat apa. Walaupun jarang ditanya dia tetap berasa rimas. Hendak dekat dengan gadis itu pun dia sudah rasa malas. Inikan pula nak berbual seperti dulu.
Perasaannya semakin pudar pada Soora. Dan yang salahnya dia sudah mencintai gadis lain. Yang sudah tentu tidak akan menjadi miliknya.
"Okey. Kita keluar ya? Jiah tunggu papa tukar baju sekejap."
"Jiah nak pergi dengan mama sekali... " Seokjin berhentikan langkahnya dan memandang Jiah yang juga memandangnya.
"Okey, nanti papa bagitahu mama. Jiah tunggu sekejap ya? "
♡
"Baby? Buat apa dekat luar? Tak sejuk? " pinggangnya dipeluk dari belakang. Tahulah dia siapa. Dengar suara sahaja dia sudah tahu.
"Apa baby baby? Geli tahu... "
"Eleh, siapa mula dulu? Baby baby bagai tadi? " Hyuna ketawa kecil. Tangan Mingyu ditepuk lembut.
"Buat apa awak duduk luar ni? Tak sejuk ke Hyuna? " nama isterinya disebut.
"Tak pun Mingyu..." jawab Hyuna. Nama Mingyu disebut pula.
"Awak sayang saya? " tanya Hyuna. Walaupun dia sudah tahu jawapannya tetapi dia tetap ingin tahu jawapan itu dari mulut Mingyu
"Sayang. Sayang sangat. Hati saya untuk Kim Hyuna je. Datanglah mana-mana perempuan sekali pun. Hanya awak yang saya pilih. "
"Amboi, manisnya ayat..." Mingyu ketawa begitu juga Hyuna. Entah kemaruk apa mereka berdua. Malam-malam macam ni nak mengayat.
"Awak. Kalau satu hari ni. Saya ada buat salah ke. Awak percayakan saya tak? " tanya Mingyu.
"6 tahun dah kahwin Mingyu. Kenapa tanya soalan macam tu? Tengok drama banyak sangat ni. Tu terbawak tukan... " Mingyu diam.
"Saya tanya je. Saya nak tahu... "
" Saya tak tahu lah Mingyu. Bergantung pada kesalahan awak kot.." jawab Hyuna.
"Maksudnya macam mana tu? "
"Saya malas nak terangkan sebab saya dah ngantuk. Awak faham-faham sendiri lah ya? " Hyuna masuk ke dalam bilik dan terus baringkan tubuh diatas katil.
Awak semua. Kalau baca tu. Vote lah. Comment ke... Saya nak tahu cerita yang saya buat ni menjadi ke tak. Jadi tak buat awak semua ni rasa marah dekat cast tu? Suka dekat cast tu ke. Ha... Saya tak mintak tau. Tapi kalau boleh vote lah. Comment ke. Saya tak mintak tau. Tapi kalau boleh ha buat lah... Ha saya tak mintak. Kalau boleh je...
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...