21

30 3 0
                                    


     "Betul kan? Awak keluar dengan dia? " tanya Mingyu lagi. Aku masih diam. Perasaan aku bercampur sekarang. Takut. Sedih. Bergetar mata aku melihat Mingyu.

     "Ada awak minta izin dengan saya nak jumpa dia? Ada? "

      "Saya dah cakap jangan jumpa dia. Tapi awak degil. Awak tak nak dengar. Tetap juga nak keluar dengan dia. Tanpa minta izin dengan saya.. " jarinya mununding pada diri sendiri.

        "Mingyu, dia... "

         "Apa? Awak nak bela dia? " mulut aku seakan terkunci. Aku takut. Aku takut Mingyu marah aku. Dan sekarang dia tengah marah aku.

        "Saya bagi awak peluang. Macam ni awak buat dekat saya? Baik saya tak payah bagi peluang dekat awak kalau macam ni balasan yang saya dapatlah! " muka aku terus berudah apabila Mingyu berkata sebegitu.

       "Peluang? " spatula aku hempas atas meja. Terus terbantut rasanya aku nak buat kek cawan.

       "Awak bagi saya peluang? Ha? " aku tanya dia balik.

        "Siapa yang seksa saya selama ni? Siapa? Siapa yang buat anak saya mati dulu siapa? Bukan awak? Bukan awak yang merayu minta maaf dengan saya? Bukan awak? " Mingyu diam. Aku juga diam. Bertakung air mata aku memandang Mingyu.

       "Sebelum ni pun kau menggatalkan dengan dia? " Mingyu berdiri dari duduknya.

       "Kau menggatal dengan Seungkwan. Kau menggatal dengan kawan aku. Jungkook. Lupa? " tajam Mingyu memandang aku. Dah lama aku dan dia tak bergaduh besar macam ni.

       "Saya tak pernah buat semua tu. Jangan tuduh saya suka hati awak je. Awak ingat saya murah sangat ke?! " jatuh air mata aku.

      "Ya, memang kau murah pun. Kau tahu. Aku rasa menyesal bagi kau peluang." Mingyu diam. Naik turun dadanya mencari nafas.

        "Jaga mulut awak Mingyu! Kalau saya tak maafkan awak. Awak ingat saya akan layan awak baik ke?! " terus rambut Hyuna ditarik.

        "Awak nak pukul saya? Pukul lah Mingyu. Saya dah bersedia lama dah. Saya tahu perangai baik awak ni tak akan kekal lama. Palsu je semua ni. "

Pang!

        terteleng kepala aku. Mingyu tampar aku. Pedih. Tapi tak sepedih hati aku yang sekarang ni.

      "Disebabkan plan you jadi. You nak I buat apa?" tanya Eunbi.

      "Aku nak kau telefon Mingyu. Cakap yang kau.... " jawab Seokjin. Iris hitamnya memandang wajah cantik Eunbi.

     "Daddy! " Minjae dan Jinae turun ke bawah menghampiri Mingyu dan Hyuna.

      "Kenapa daddy pukul mommy? " tanya Jinae. Tangan Mingyu disentuh. Mingyu diam. Matanya masih merenung Hyuna yang hanya diam memandang bawah.

Drt.. Drt...

       Bunyi telefon memecahkan suasana sunyi yang dicipta oleh mereka. Jarinya terus menekan butang hijau setelah membaca nama yang tertera pada telefonnya.

        "Hello. Mingyu. Tolong I ada orang cuba nak rogol I. I takut... " Mingyu terus berlalu pergi. Kunci keretanya diambil lalu keluar dari rumah.

         "Okey. Awak tunggu saya datang. Hantar saya location.. "

       "Hahaha. Benda macam ni You suruh I buat. Dah tentulah dia datang. Betulkan apa yang I cakap? Dia dah jatuh dekat tangan I " cawan kecil yang terisi air itu kembali diteguk.

         "Aku balik dulu.. " Seokjin terus bangun dari duduknya. Mingyu dah tak ada dekat rumah. Sekarang peluang dia lah pula nak cucuk jarum.

          "Eh, lepaslah! " jerit Eunbi apabila tubuhnya tiba-tiba ditarik oleh seorang lelaki.

          "Dari tadi aku perhatikan kau tahu? Terliur aku. Cepat ikut aku.." tubuh Eunbi terus diangkat oleh lelaki itu.

          "Lepaslah aku tak nak! "

     "Seokjin.. "

      Seokjin yang berada diluar itu hanya dipandang kosong. Nak apa pula laki orang ni datang ke rumahnya malam malam macam ni.

      "Boleh saya masuk? "

       "Ha? " pintu ditolak perlahan oleh Seokjin dan dia terus melangkah masuk seperti biasa..

        "Awak buat apa datang sini? Balik lah. Dah malam. Lagi pun tak elok awak datang rumah saya sebab Mingyu tak ada. Dia keluar. " Hyuna menghampiri Seokjin yang sudah duduk di sofa.

         "Anak awak mana? "

         "Dah tidur. " Seokjin menganggukkan kepalanya.

         "Tak nak buat air untuk tetamu? " mengeluh Hyuna jadinya. Kakinya tetap melangkah ke dapur untuk membuat air.

        "Saya rindu awak dah lama tak jumpa.. " Seokjin masuk ke ruang dapur. Hyuna yang membelakangkan dirinya dipandang.

       "Awak tak rindukan saya ke? " bahu Hyuna disentuh Seokjin. Terasa bahu itu terhinjut kerana terkejut. Seokjin ketawa.

       "Terkejut? "

       "Seokjin awak nak apa ni? Awak dah lah datang malam macam ni. Masuk suka hati awak je pula tu. Lepastu awak masuk.. " mati kata Hyuna apabila Seokjin terus mencium bibirnya. Lama. Semakin lama semakin dalam. Seakan melepaskan rindu yang dia sudah tahan bertahun lamanya.

       




[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now