5

60 5 0
                                    


        "Mingyu. "

        Mingyu yang sedang membuat kerja itu mengangkat kepala memandamg ke arah pintu yang terbuka.

       "Baru sampai? " Mingyu menanya seraya tersenyum. Kerusinya ditolak menggunakan kaki lalu menghampiri aku.

       Tubuh aku dipeluk erat. Membuatkan tubuh aku tenggelam pada tubuhnya yang sedikit besar.

       "Awak sibuk ke? "

       "Sikit kenapa? "

        "Ingat nak pergi beli barang dengan awak" aku labuhkan punggung dihadapannya.

        "Tanya ayah, dia bagi ke tak saya keluar." Mingyu memandang aku yang sedang melihat telefon.

          "Kenapa tenung saya macam tu? "

          "Saja. "

          "Yelah tu... "

          "Kenapa? Nak tahu? "

          "Mestilah, muka saya ada apa-apa ke? " terus kemera telefon dibuka dan melihat pantulan wajahnya.

          "Tak lah. Cantik je. Cuma rindu nak cium awak" jujur Mingyu. Lelaki itu sekarang ada di depannya. Duduk pada kerusi tetamu.

          Sengaja kakinya mengait kaki Hyuna. Nak menggedik tak bertempat betul. Nasib sayang.

       "Saya dah tanya ayah. Ayah kata boleh. Tapi awak kena siapkan kerja cepat. Lagi sikitkan kerja awak?" telefon aku masukkan ke dalam beg dan memandang Mingyu.

      "Boleh lah. Tapi malaslah nak buat kerja bila awak ada kat sini. Badan ni terus rasa lemah. " Mingyu memegang dadanya.

       "Okey, kalau macam tu saya keluar sorang lah. Awak lemahkan bila ada saya? Jadi saya balik dulu ya? " pipi Mingyu diusap sebelum Hyuna berura hendak meninggalkan Mingyu.

      "Eh tak tak. Hilang dah lemah tu. " Mingyu betulkan kedudukan duduknya seraya memegang pergelangan isterinya.
Gila nak tinggal? Sehari tak jumpa pun terasa rindu inikan pula 10 jam tak jumpa.

       "Cepat lah siapkan kerja tu. Duduk dekat sini buat apa? " Mingyu bangun pergi ke tempatnya dan terus fokus membuat kerjanya sehingga selesai.


        Mereka akhirnya sampai. Beberapa barang keperluan diambil dan diletak di dalam troli.

        "Eh, akak? "

          Hyuna menegur gadis bergadigen putih itu. Gadis itu jelas terkejut apabila Hyuna menyapa akan dirinya.

         "Hyuna! " mereka berpelukkan seketika. Mingyu dibelakang hanya tersenyum nipis sahaja apabila ternampak bekas tunangnya, Soora.

        Disebabkan umur Soora selang 2 tahun dengan umur Hyuna. Jadi Hyuna memanggil Soora dengan panggilan yang lebih sopan.

        Walaupun gadis itu penyebab dia dan Seokjin tidak dapat bersama dia langsung tidak membenci gadis itu. Saling bertukar nombor adalah. Soora pula nampaknya dia pun tidak saling membenci jadi lebih baik mereka menjadi kawan.

         "Panggil nana je. Akak buat apa dekat sini? " ramah Hyuna.

          "Saja, jalan-jalan..." senyuman manis diberi.

         "Ooo, akak nanti jemput datang majlis hari jadi Minjae ya? Nana buat dekat rumah ibu Mingyu. Ajak Jiah sekali. " lengan gadis itu dipegang lembut.

        "Boleh, nanti akak bagitahu Seokjin. Bagitahu tarikh ya nanti? " Hyuna tersenyum.

        "Soora? "

         Mereka memandang ke arah suara tersebut. Seokjin menghampiri mereka bertiga. Senyuman manis sempat diberi kepada Hyuna.

         "Sayang jom? Lapar lah. " Mingyu bersuara. Sakit pula bila nampak Seokjin tidak henti memandang Hyuna. Entahlah, semua sakit rasanya. Sakit hati. Sakit mata. Sakit tangan sebab rasa nak tumbuk saja muka Seokjin tu.

         "Ha? Okey. "

         Mereka pun keluar dari lorong makanan ringan itu.

       "Sejak bila rapat dengan Soora? Dah berapa lama kenal dengan dia? Kenapa saya tak tahu? Saya ni bukan suami awak ke? Kenapa jemput dia datang rumah ibu? Itu kan majlis kita? " Hyuna ketawa mengekek apabila Mingyu tidak berhenti bertanya kenapa.

          Migyu pula apabila Hyuna ketawa terus terdiam seakan mulut terkunci. Jelingan diberi dan troli yang dipegang itu dilepaskan dan dia berjalan terlebih dahulu meninggalkan Hyuna yang masih lagi ketawa.

         Entah sejak bila suaminya berperangai sebegitu. Nak kata hormon orang period. Tak akan lah lelaki period. Ke hormon orang mengandung? Jauh sangat tu.

       Troli kembali ditolak Hyuna dan cuba mengejar Mingyu yang sudah jauh masuk ke lorong bahan basah.

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now